Nuffnang Ads

Tuesday 30 October 2007

Parasit

Sedih. Bonda kesayangan aku sedang berperang dengan penyakit kansernya. Tiba-tiba parasit itu muncul kembali walaupun sebelum ini doktor mengesahkan dia bebas daripadanya selepas menjalani satu pembedahan membuang pundi kencing dan menggantikannya dengan yang baru tahun lepas.

Melihat fizikalnya, hanya kulit membalut tulang, dia tidak lagi seperti selalu. Semua yang mengenalinya sedia maklum, bonda seorang perempuan yang mampu melakukan apa sahaja. Menebas semak samun di tepi sungai rumah kami, alah, itu kerja biasa baginya. Sasanya bukan calang-calang, dia mampu membuat kerja-kerja yang biasanya dilakukan lelaki. Kini itu semua tidak mapu dilakukannya. Dia hanya mampu berbaring dan menangis menahan sakit.

Dan aku? Di saat kegembiraan mendapat kerja baru, terpaksa berulang-alik ke hospital. Sebagai satu-satunya anak, aku terpaksa mengorbankan sedikit waktu kerja. Mujur bos faham masalah yang aku alami. Mungkin kerana dia juga menerima nasib yang sama.

Saudara mara dan kawan-kawan tidak putus-putus datang menjenguk. Begitu juga my precious, datang melawat dan membawakan juadah nasi beriani yang dimasak ibunya (ala, sebab kakaknya mengadakan rumah terbuka).

Walaupun doktor tidak mapu berbuat apa-apa, tetapi aku percaya bonda akan hidup lebih lama lagi. Seperti kata my precious, penyakit apa pun, perlu semangat tinggi untuk melawannya. Esok, kami (aku & my precious) akan ke Melaka, ke rumah nenek saudaranya, untuk mengambil sejenis herba yang dikatakan mampu menghalang parasit membiak. Semoga ianya menjadi penawar untuk bonda.

Wednesday 10 October 2007

Selamat Hari Raya


Buat Keluarga dan sahabat handai, selamat menyambut Syawal. Ampun dan maaf jua dipinta. Raya Keempat aku kembali bekerja. My precious terpaksa bekerja sepanjang raya. Itu pilihannya, tidak mahu bersama-sama meraiakan kemeriahan raya.


Oh, can't wait to eat and smoking in front public again. Puasa membataskan pergaulan dan perbuatan.

Thursday 4 October 2007

Penat


Penat la...tak sabar nak berbuka puasa. Dahaga ni...

Gambar ni disnap oleh sahabat kami, Rahman Daros menggunakan HP Motorola Vxxx.

lokasi: Old Town White Coffee, Jalan Yap Kwan Seng.