Nuffnang Ads

Monday 29 December 2008

Datuk Ct

Lama aku cuba mengupload pix ni, akhirnya berjaya juga. Sebenarnya aku bukanlah peminat fanatik datuk ct. Pix ni diambil ketika aku kaver harijadi Saida, kakak ct. Inilah pertama kali aku bergambar bersama ct walaupun selalu berjumpanya ketika assignment.

Dulu aku memang le menyampah ngan si ct ni, semuanya kerana imej 'gadis suci' yang dibawanya. Tapi semenjak ct berkahwin, aku dah tak menyampah, kerana akhirnya peminat ct tahu bahawa penyanyi kesayangan mereka ini hanyalah insan biasa yang punya naluri untuk dicintai oleh lelaki berumur dan ketika itu masih berstatus suami seseorang. Peace kak iti...hehe.

-Nak nyanyi lagi ct 'pandang2 jeling2' masa resepsi nanti...

Thursday 25 December 2008

2 hari 1 malam

Sabtu lepas, aku menjemput bakal mak mertua yang pulang dari India di KLIA. Dengan gagahnya aku bangun jam 7am untuk bersiap. Flight touch down jam 0730, maknanya jam 0800 mak mertua akan muncul di pintu ketibaan antarabangsa.

Usai bersiap tanpa mengering rambut, sekadar towel dry, aku memecut kenderaan menuju KLIA. Alah, setakat kenari, berapa sangat yang boleh dipecut. Sebaik tiba, aku menyikat rambut yang mengerbang sebelum keluar dari kereta. Maklum, sepanjang perjalanan aku tidak memasang aircond, guna angin untuk keringkan rambut.

Terus menuju pintu ketibaan antarabangsa, aku tercari-cari kelibat mak mertua sebab jam menunjukkan pukul 8.20. Inilah pertama kali aku menjemput mak mertua seorang diri, sebelum ini bersama Rashid. Tanpa sebarang maklumat penerbangan aku mencari-cari possible flight yang dinaiki mak mertua.

Kakak Rashid yang bercuti di Sabah ketika itu juga gagal mendapatkan nama penerbangan. Sepanjang berdiri, aku dikelilingi aci, meenaachi, aya, baiya, appa, taggachi yang kesemuanya menunggu saudara atau kenalan yang datang ke Malaysia. Korang dapat bayangkan bagaimana situasinya???

Hmm, jenuh juga aku menunggu sehinggalah selepas 30 minit, aku nampak seseorang berbaju merah sedang duduk di tepi tiang berdekatan pintu 5 bersama troli dengan muatan beg baju serta 2 beg guni gula. Rupa2nya mak mertua sudah lama menanti. Aku je yang tak perasan kelibatnya.

Sepanjang perjalanan pulang ke Kota Damansara (pulang ke rumah aku) mak mertua dan aku berbual2 mengenai India, persiapan kahwin dan haneymoon. Selepas membeli roti canai dikedai berhampiran aku dan mak mertua makan sambil melayan pernikahan Mawi kat tv.

Wah, banyak jga komen mak mertua mengenai Mawi, antaranya, dia tak setuju Mawi tinggalkan si Ina dulu. Mengikuti perkembangan artis rupanya...

Tengahari itu aku menyiapkan asam pedas ikan tenggiri bersama ikan goreng serta sayur kacang. Nampaknya dia kurang gemar dengan stail asam pedas aku yang pedas serta kacang pancang...keras katanya. Begitu juga nasi, keras katanya. Aiseh, masakan pertama dah mendapat komen tak best.

Esoknya, dia sendiri yang masak, dari breakfast sampailah makan tengahari. Siap buatkan stok ayam goreng berempah lagi. Seronok jugak, aku cuma membersihkan pinggan mangkuk, cuci baju dan buat apa yang patut.

Aku peratikan mak mertua jenis sempoi, cuma dia tak suka baju berlonggok dan rumah lintang pukang...aku pun tak gemar jugak, serabut otak. Tapi kalau penat, aku pejamkan mata je, buat2 tak nampak.

Malam minggu aku, rashid & mak mertua ke bandar tasik selatan, ke rumah seorang saudaranya untuk mengambil kotak baju. Kelas tak??? pakai kotak je, tak yah beli luggage. Biasalah, mak mertua kalau dengan sedaranya, akan berbahasa ibundanya, aku melopong jelah, sambil pose2 cantik.

Sepanjang berada di rumah aku, mak mertua layan cerita tamil sambil makan kacang. Kalau bosan dia tidur. Yelah, rumah aku pun takde balkoni atau laman, apa lagi yang boleh dilakukan, layan tv je lah...

Wednesday 24 December 2008

Breaking News

Ni sekadar nak menambah entry sebab dah lama menyepi. Tadi seseorang memberitahu bahawa editor majalah Jelita telah dilantik.

Namanya biarlah dirahsiakan, kenela beli majalah Jelita keluaran akan datang. Tak tau le nak ucap tahniah atau takziah di atas perlantikan insan itu. Sepanjang mengenali majalah ini rasanya zaman Kak Ani paling gah. Tak ada orang boleh menggantikan tempat beliau.

Setiap rencana yang diutarakan cukup kritis. Malah, bahasa yang diguna cukup menyanjung bahasa Melayu. Tiada sedikitpun kecacatan ejaan. Penulis jemputan juga bukan sembarangan, Datin Noraini, isteri Datuk Rejab Arbee, orang kuat NST dulu. Aku suka sangat tulisan Datin dan pernahlah berangan menjadi kolumnis.

Dengan perlantikan editor baru ini, entah bagaimana hasilnya nanti ye??? Teringat ketika dia mengepalai satu majalah hiburan dulu, kesalahan ejaan usah cakaplah...rubbish! kata mat salih.

Mungkin pendekatan majalah sekarang berbeza berbanding sebelumnya, sudut fotografi menjadi keutamaan berbanding cerita di dalamnya. Tapi bagi aku, dua2 perlu berjalan seiring. Buat apa membayar RM8, sekadar melihat gambar???

Apapun, aku sangat berharap agar pihak pengurusan mencari editor yang benar2 berkaliber dari setiap sudut- idea kritis, fashion sense, hiburan, dekorasi...pendek kata, seorang ketua yang mampu membawa majalahnya bersaing dalam era kesuraman penjualan majalah masa kini. Bukan sekadar syok sendiri. Tak gitu???

Thursday 11 December 2008

Coba2





Jumaat lepas, aku ke sebuah restoran yang menghidangkan makanan Mexico, NachosNachos di dalam pasaraya besar Giant, Kota Damansara. Mulanya tak terfikir untuk ke sana, kerana sejak awal lagi aku begitu kepingin menikmati makanan segera di Wendy's.
Sedang dok asyik beratur di Wendy's aku bertukar fikiran, terus ke NachosNachos. Ini lah pertama kali aku menikmati makanan dari negara ini. Selalu dok makan Cachos (jajan pelbagai perisa tu...) kali ini makan lah main dish nye.
Aku order chicken+corn+mushroom soup sebagai appetizer dan main course:campuran kentang bakar+kepak ayam+nachos. Tak ingat nama menunya. Rashid pula order lamb fajitas. Boleh tahan juga harga makanan di sini... Pandangan seorang chef: makanan di sini biasa sahaja.
Kalau keluar berdua, aku memang suka mencuba pelbagai jenis makanan. Makan malam kami boleh menjangkau RM60 semalam. Memang rasa berat je nak keluar duit bila membayar, tapi takpelah, demi selera yang pelbagai.
Abah aku pernah menegur cara kami menikmati makan malam. Membazir katanya. Bila fikir balik, memang betul. Tapi inilah padahnya apabila makan bersama seorang chef...hehe(selera aku pun sama je...).


Sunday 7 December 2008

Salam Aidiladha











Caption: Ketika di Kelana Jaya 28 November 2008.

Hari ini semua umat Islam menyambut raya korban. Hari ini juga genap setahun 2 hari emak meninggalkan alam fana ini. Raya korban kebiasaannya tidak disambut meriah oleh keluarga kami, lazimnya abah dan emak akan ke masjid pada paginya, kemudian abah akan melapah lembu korban bersama penduduk dan jemaah masjid Kg Melayu Bt.16, Rawang, sehingga lah ke petang.

Tapi raya korban kali ini aku menyambut berseorangan. Abah berada di Mekah kerana mengerjakan haji bersama mak usu dan atuk. Alhamdulillah rezeki abah untuk ke sana lagi dimakbulkan Tuhan. Kali pertama dia ke sana, sepuluh tahun dulu, bersama arwah emak. Terngiang-ngiang gurauan emak beberapa tahun dulu, "tahun 2008, kalau mak ngan abah dapat ke Mekah lagi, mak nak ko kahwin dulu..."

"Apala...kalau ija tak kawen lagi, mak pegi je lah..." inilah kata2 menyedapkan ati, sebab masa tu akak masih single mingle lagi. Nampaknya gurauan arwah emak tetap tidak kesampaian kerana Februari nanti baru nak naik pelamin.

Tapi kan, banyak perkara yang berkaitan 2008 ni. Contohnya, lesen memandu aku, arwah emak renew kan sehingga Mac lepas, kataya "ni lima tahun terus, lepas ni mak dah tanggung, ko renew sendiri".

Walaupun raya berseorangan, aku tetap juga menyediakan juadah raya. Sejak semalam aku sudah memerap di dapur menyediakan rendang, kuah kacang dan nasi impit. pagi tadi aku sempat juga masak lodeh. Takpelah, kejap lagi boleh jamu Rashid bila dia balik kerja nanti.

Seingat aku ini, kali ke-2 aku beraya sorang2. Pertama kali masa semester akhir diploma. Merajuk punya pasal, langsung tak nak jengah mak abah. Diorang siap buat lemang, aku pulak beraya sorang2. Mujur ada Rahman, tengaharinya kami ke rumah Jasmin, dapatlah merasai suasana raya. Abah menangis ketika menelefon aku ketika itu...ngehngeh...tak berhati perut betul aku ni.