Nuffnang Ads

Sunday 27 December 2009

Disember lagi...

Akhirnya disember datang lagi...mengikut perkiraan kalender, lagi beberapa hari lagi 2009 bakal melabuhkan tirainya. Disember 2007, aku kehilangan bonda tercinta selepas 3 hari bekerja di media prima. Disember 2009, aku sudah bergelar ibu kepada Puteri Batrisya Nur Qaseh, yang kini 2 bulan 10 hari.

Disember 2009 juga menyaksikan aku tidak lagi bergelar wartawan kerana tidak lagi bekerja. Yang pastinya itu semua sementara, 2010 aku akan mencari pekerjaan baru. Bukan aku tidak suka bekerja di sana, apakan daya jodoh tak panjang. Ibaratnya, aku berada di tempat yang betul tapi bekerja dengan orang yang salah.  

Jadi masa yang terluang ni, aku habiskan dengan membesarkan anak dan membuat kerja2 rumah. Kadang2 boring jugak, sebab dah selalu keluar bekerja, bila duduk di rumah terasa kebosanannya lebih2 lagi dah takde gaji.

2009, aku menamatkan zaman bujang, kemudian mengandung dan melahirkan. Penatnya memang terasa sangat, apatah lagi sepanjang mengandung aku sering sakit. Sepatutnya Batrisya lahir pada 20 Nov, tetapi kerana tekanan darah tinggi, Batrisya terpaksa lahir pada depavaali, sah anak keling! namapun keturunan, nak jugak lahir hari sama..hehehe. Seminggu di wad, bosannya usah cakapla... terima kasihla kepada saudara mara serta sahabat handai yang datang melawat aku...

Bila balik ke rumah, suspen jugak sebab pertama kali bergelar ibu. Lagipun aku dah takde emak, berpantang pun ala kadar je lah... nasib baik ada makcik dan atuk aku. Dioranglah yang tolong serba sikit, kalau tak susah jugak. Sekarang ni aku dah boleh mandikan baby, seronok dapat grooming baby hari2...

oklah, ni je kot untuk entry kali ni...jumpa lagi tahun depan!!! 

Friday 25 September 2009

Salam Lebaran 1












Salam lebaran untuk semua kengkawan dan sedara mara yang membaca blog aku. Hari ni hari keenam umat Islam beraya, tapi aku dah ke ofis. Sepatutnya semalam lagi dah masuk kerja, tapi mc sebab x sihat. Sejak mula Ramadan, sampailah masuk Syawal, tak berhenti kerja rumah...memasaklah, mengemas walaupun ala kadar dan selebihnya upah indon...tetap penat. Dan hasilnya, kaki aku dah membengkak, walaupun baru 32 minggu.

Syawal kali ini, kami sekeluarga beraya di Muar dahulu sebelum aku dan Rashid berangkat ke JB pada petang raya. Sepatutnya pada mula2 kahwin dulu, Rashid mahu beraya di JB, entah macam mana, tiba2 pulak dia bertukar fikiran, nak beraya dengan family aku dulu. Akak apalagi, suka sakan lah kan...raya di Parit kedondong memang best walaupun penat sebab ramai sedara mara datang menyinggah. Gamaknya laki aku teruja nak berya dalam suasana kampung kot. Kitorang tiba di Muar dalam 2 petang. Sampai2 je, terus atuk aku request Rashid masak rendang. Nak tak nak terpaksalah kan...permintaan khas katanya.
Lepas dah rehat ala kadar, kitorang pun teruslah ke pasaraya paling happening kat sana, Wetex Parade namanya membeli apa yang patut sebagai bahan penambah. Selepas buka puasa, teruslah memulakan aktiviti masak memasak. bila dah selesai masak rendang, laki dan pakcik meneruskan aktiviti memasang pelita. sebelum tu laki dengan senang hati tolong memasang langsir, sukalah makcik aku kan, sebab ada orang menolong...sepatutnya langsir semua dah pasang awal...tapi dah jadi habit mak usu aku tu pasang pada malam raya...selalunya akak lah jadik mangsa.

Ingat lepas rendang dah settle, boleh le terus jalan2 di bandar sebab malam raya memang meriah tengok orang membeli belah saat2 akhir. Laki pulak request nak kuah sambal, nak makan dengan lodeh...terpaksalah aku buat...walaupun dalam hati nih cam malas dan nyampah je...bila dah settle semuanya, barulah aku, laki dan bapa berpeluang berjalan-jalan sekitar bandar Muar, tak ke mana pun, sekadar singgah makan di Bentayan, makan mee bandung dan yong tau foo.

Tahun ni 1st time le aku beraya sebagai isteri, tahun kedua beraya tanpa emak. Pagi raya, selepas kejutkan laki untuk semayang raya, barulah aku bersiap. Takde baju raya baru pun, sekadar pakai apa yang ada, cuma rashid yang sempat menempah baju melayu seminggu sebelum raya.

Balik semayang raya, masing2 bermaaf-maafan...kami laki bini masing2 menerima seorang RM200 daripada atuk, pakcik dan mak cik. Lepaslah nak kaver samapai ujung bulan...hehe. Selepas bermaafan kami semua ke kubur melawat arwah emak. Tahun ni dah takde drama air mata macam tahun sudah...mungkin semua dah dapat terima kenyataan. Cuma atuk aku je lah yang berair sikit, dia memang ratu air mata uols...hehehe.










Wednesday 12 August 2009

Baby terlalu aktif

Sejak kebelakangan ni, perut aku seringkali menerima terjahan kaki si baby. Senaknya Tuhan saja yang tahu. Kadang-kadang tengah duduk buat kerja, tiba-tiba je aku terbergerak ke depan, sebab tendangan yang kuat dan terdengarlah aku jerit 'adoii'. Pasti orang sebelah menyebelah heran kenapa aku sering saja terjerit sorang-sorang.

Jika dia terlalu aktif, selang beberapa minit, akan terasa setiap tendangannya. Tercungap-cungap dibuat. Bila malam menjelang, bertambah-tambah terjahan yang dilakukan. Pernah ketika aku lena, Rashid dapat merasai beberapa siri tendangan tanpa henti. Dahsyat sungguh.

Harapnya apabila meningkat remaja si baby tidak terlalu aktif keluar malam. Hah risau jugak dibuatnya, sebab aku dulu suka sangat keluar dengan kengkawan sampai ke pagi. Nanti berjangkit pulak kat anak. Dahla Dr kata aku bakal dapat baby perempuan...

Semoga dia tidak melakukan perkara-perkara yang kurang enak...AMIN...

Tuesday 4 August 2009

Perut saya






Petang-petang ni rasa malas plak nak buat keje. Sementara menunggu azan maghrib, elok la aku hapdate blog ni. Sebab lepas ni aku kene kaver konsert abang Jamal Abdillah tuh.
Selalu tengok selebriti atau ibu mengandung lain buat pose pegang perut bila bergambar. Walaupun aku ni bukanle selebriti, teringin le jugak berposing sedemikian rupa.
Pix bersama baby tu pakcik aku yang snap ketika kenduri sepupu...penat jugaklah dodoi baby ni. Paling lawak bila baby tu muntah, aku asyik jerit mintak tolong. Sahlah bila aku dah bersalin, pasti jeritan selalu berkumandang di rumah.


Wednesday 22 July 2009

Makan2 @ Delucca













Malam minggu baru-baru ni, aku dan laki bawak bapak makan2 di sebuah restoran Italy, Delucca namanya. Aku begitu kepingin makan lagsania dan spaghetti yang aku cuba ketika event Hafiz AF selasa sebelum tu.
Malangnya malam minggu tiada pula menu yang aku harap2kan. Kecewanya, Tuhan aje yang tahu. Memandangkan restoran semi fine dining, aku pun order la course by course. Aku pun orderle appetizarnya, Salmon Acqua, rasanya pahit ye...dan ikan yang x dimasak, sekadar diperap dengan limau. Laki pulak dah tau, sengaja tak nak explain. Nak tak nak telan je lah.
Lepas tu aku makan Penne Fegato, laki dan bapak makan Pollo Fiorentina dan Carpaccio di Feletto. Rasanya makanan kat sini bolehla. Tak la sedap mana. Untuk desert, aku order Tiramisu, sedap la jugak.
Lepas ni terasa serik pula nak makan di restoran2 macam ni. Sudah la harga mahal, rasa tah pape. Kalau aku tahu menu yang aku nak takde, baik aku makan kat Concorde je, dah sah2 sedap!
Tengoklah aksi bapak, bosan giler sebab tempat tu restoran/bar. Jadi banyaklah asap rokok berterbangan. Mula2 sampai, dia terkejut sebab tempat tu ada bar, mesti dia ingat kitorang nak order air alkohol...hahaha. Bila pandang sekeliling, semua minum wine, meja kitorang je order juice. hehehe.
Sambil makan sambil layan live band. Bapak pun enjoy la jugak. Nak amik gambar banyak2 masa makan, segan pula sebab x de orang lain amik gambar, nanti orang kata aku jakun plak...so tak dapat le nak tunjuk gambar makanan...bila keluar dari restoran, barulah posing2...


Friday 3 July 2009

5 bulan 1 hari

Hari ini, Jumaat, 3 Julai 2009 genap lima bulan sehari usia kandungan, itu mengikut perkiraan aku. Kalau Ikut Dr dan ikut saiz baby ketika scan, pasti lain. Sepanjang lima bulan, macam-macam dah aku lalui. Dan rasanya semua itu buat aku nak berenti kerja dan berehat saja kat rumah.

Beberapa minggu lepas aku dapat surat warning pertama, kerana mc yang berlebihan dari yang sepatutnya. Tak apalah, nak buat macam mana, dah nak sakit, bukan sengaja. Malah pada usia kandungan lima bulan ni pun, kadangkala aku masih muntah waktu pagi. Usah cakaplah ketika kandungan 2-4 bulan, setiap pagi non stop aku muntah. Sekarang ni, muntah dah kurang, pagi-pagi mesti pening kepala, nak angkat pun payah. Laki aku selalu ingat aku sengaja je buat-buat tak larat. Motif???

Sepanjang tempoh mengandung ini juga banyak juga hal berkaitan ketidakpuasan hati sang ketua kepada aku. Hah, peduli apa aku, aku tahu, dia punya agenda peribadi.

Oh tentu anda semua tahu berita sedih dan mengejutkan berlaku pada minggu lepas. Kematian Micheal Jackson. Aku bukanlah peminat fanatik, tapi sebagai penggemar lagu-lagunya dan membesar dengan lagu-lagu beliau, kematiannya sedikit sebanyak mencuit hati.

Manakan tidak, siapa lagi yang mampu bermoonwalker sebagaimana yang dilakukan lelaki bernama MJ ini. Dan selepas ini tiada lagi muzik video terbaik seperti mana smooth criminal, black or white dan remember the time. Oh aku suka lagu Liberian girl...lagu khusus untuk Elizabeth Taylor itu. Rasanya aku antara insan bertuah berpeluang menonton konsert MJ di KL pada 1996.

Ingat lagi, ketika JOJO mengumumkan konsert MJ di KL, aku sudah memujuk abah untuk turut serta. Walaupun pada mulanya abah tak berminat, dan setelah kontroversi MJ tidak dibenarkan buat konsert di stadium Shah Alam, akhirnya impian aku nak tonton konsert Mj tercapai.

Abah telah sudi membelanjakan tiket paling iaitu murah 60 hengget. Lalu pada suatu Ahad, kami ke Concorde untuk membeli tiket. Dalam hati aku berdoa agar tiket 60 hengget habis dan abah dapat membeli tiket 120 hengget. Tapi nampaknya tiket 60 hengget masih dijual.

Selepas membeli, aku dan abah melepak depan pintu Concorde menanti kalau2 MJ muncul. Malangnya yang muncul hanyalah pemuzik dan penarinya sahaja. Hampeh!!! Kami tak tunggu lama kerana aku harus ke tuisyen add math pada malamnya.

Malam Selasa, aku dan abah menonton konsert MJ dengan penuh kegembiraan, yelah, nak pegi oversea, tak mampu, nasib baik le dia datang KL. Kerana konsert MJ juga, aku telah ditegur seorang ustazah di sekolah, kenapa aku mahu pergi ke konsert sebegitu. Beria nih ustazah bertanya, marah la konon...dan jawab aku "...eh biarlah, Mj baik tau. Dia suka menderma tau!!!" Terus ustazah tadi berlalu dengan muka merah menyala... Motif??? suka hati akula nak tengok konsert ke hapa...tak gitiew???

Tuesday 7 April 2009

pix


ps: ni pix majlis di rawang, malam karaoke...


Aha...boleh pun upload. Setelah sekian lama, hari ni baru la dapat menghapload gambar kawen. Kalau macam ni, esok lusa aku upload official pix oleh abang Ikram. Tapi yang kat atas ni (baju merah) majlis di JB, official fotografer nye ala2, ustaz...boring giler. Baju dah grand, fotografer plak tak best... Gambar2 ni aku dah pun upload di Facebook. Sesapa yang takde Facebook, cepat2 la signup. Senang jer...hehehe

Sunday 22 March 2009

Fasa Baru Syaliza Shapiansuri

Alhamdulillah. Dah lama nak menulis, tapi asyik tak sempat je. Ni le baru berpeluang, sebab aku dah siapkan satu news article, lepak jap. Lagipun mata dah berpinau, otak dah beku.

Aku cuba masukkan gambar2 wedding, tapi maaflah, blog ni seperti tak menginzinkan. Sape yang nak tengok gamabar2 tuh, silalah ke facebook aku. Pagi tadi aku baru terima panggilan official photographer, Ikram Ismail, nampaknya gambar dah siap. Tak sabo plak rasanya nak tengok...tapi nanti lah. Mungkin lepas dah settle urusan pindah rumah, baru ler aku pegi ambil dan bayor bakinya.

Selepas 2 bulan bergelar isteri aku masih tak berpeluang masak waima pada hujung minggu. Adalah sekali, itu pun sekadar kitchen helper, sebab laki aku yang masak. Lagipun mak, makcik, pakcik dan keluarga kakaknya yang datang. Kalau aku yang masak sure le tak sedapkan.

Dalam 2 bulan ini jugak ada berita gembira. Tak lama lagi aku bakal jadi mummy...yaay! Bunting Pelamin nampaknya...dah nak masuk 6 minggu. Bulan depan boleh le ke hospital buat scan. Alahan takde la sangat, cuma hari tu adala aku muntah2 sampai flat. Mujur aku tak muntah di muka budak jaga kaunter klinik. lepas daripada hari tu, dah takde nampaknya. Cuma selera makan je dah kurang.

Bercakap pasal makan, sebelum ni kalau aku nak makan pape, mesti aku plan. Pastu bila sampai kat kedai lain pulak jadinya. Skang ni lain plak feel aku. Bila aku plan nak makan sesuatu, itulah jugak yang aku pilih bila sampai kat kedai tuh...baguskan???

Masa awal2 hamil, aku asyik nak makan spaghetti je...tak kiralah, carbonara ke, creamy mushroom ke, skang ni aku lebih suka makan makanan Melayu...cewah...poyo je statement.

Untuk buat baby check up and delivery (cam mc d delivery je), aku dan Rashid sepakat pilih Hospital Tawakal. Senang dan itulah satu2nya spital yang dekat dengan Rawang. Marila kengkawan semua doakan janin saya nih sihat walafiat ye...??? Thanks uols!!! hehehe.

Wednesday 21 January 2009

Sabtu & Sari Yanti

Sekalung tahniah untuk Sari Yanti dan pasangannya, Eddyu Casmady yang naik pelamin sabtu lepas. Aku dan ofismate si Safwan ditugaskan untuk kaver majlis nikah, Jumaat malam dan sanding pada esoknya. Nak upload gambar, tak boleh pulak.

Memang cantik majlis si Sari, yelah, dah empunya badan kurus kecil molek, pakai apapun cantik...kan??? Tapi sayanglah, sebab pengantin request pakai putih masa sanding...so majlisnya banyak putih berbanding warna lain.

Nak jadikan cerita, kitorang bertolak dari sri pentas ni jam 5 petang, lepas tu ke KL Sentral jemput freelancer. Jadiknya, jam 6 petang baru bertolak ke Kuala Pilah. Aku dengan tak madi dan muka hazab, terus je pakai baju oren hadiah mak rashid (kelas uols, batu2 merah kat baju tuh) dan seluar putih bertolak lah ke kulala pilah tuh...penatnya Tuhan je yang tau.

Nasib baik kitorang sampai majlis belum bermula. Dan aku antara wartawan paling awal sampai...mesti le sedara mara si Sari tuh tengok aku semacam dgn muka yang tak bersiap. dipendek kan cerita, kitorang ke hotel yang disediakan pengantin hampir jam 12 malam...tapi aku kena plak berkongsi bilik dengan sedara pengantin lelaki. Akak pun mulalah rasa tak selesa, sebab aku kene settle kan kerja. Dahla, internet connection cam hangsuang, pastu laptop aku plak lembab semacam...bertambah tak selesa la aku dalam bilik tuh....

Akhirnya aku amik keputusan carik hotel lain. At last dapat gak bilik kat Kuala Pilah Rest House...biliknya memang le hanj...tapi dah terpaksa kutelan jugak...jangan tak tau ye, hanya RTM 1 dan RTM 2 saja yang berfungsi di bilik aku.

Esoknya barulah aku berjumpa rakan wartawan lain yang datang kaver majlis. jumpa la kak yam ngan suziey dari BP itiew...juga seorang bekas finalis gadis ir, hidayah, rakan sekelas Sari.
Habis je interview ngan pengantin, terus aku angkat kaki balik rumah. Leganya...

Monday 5 January 2009

Nu Yer

Kejap sungguh masa berlalu kan??? Dah masuk hari kelima 2009...rasa seperti semalam je baru lepas SPM...(mesti ada kata "Haik Tuih"...hahaha). Pada hari terakhir 2008, aku telah sain kontrak baru. Syukur, nampaknya rezeki di sini kekal. Harapnya aku tidak terlepas bonus yang akan diagih pada Mac atau April nanti.

Tinggal 39 hari saja lagi sebelum aku bergelar 'isteri'. Excited ni, tapi banyak lagi yang perlu di settle. Aku perlu menunggu kepulangan abah dari Mekah untuk menghulur duit...ngehngehngeh. Langsir belum ditempah, kelengkapan bilik pengantin belum ada lagi. Dinding luar rumah perlu dicat baru. Perlu juga mencari kain sedondon untuk famili. Uikss, maunya terkangkang akak nanti.

Tadi Jeejee dari Favors By Eddy baru email quotation tambahan untuk PA system, menjadikan totalnya hampir 6K...dah macam nak buat konsert plak. Tu belum lagi quotation tambahan gift tetamu malam nikah.

Mujur jiran aku, Mad Supian sudah membersihkan persekitaran rumah, segala kotak, botol, zink, kayu atau apa sahaja diangkutnya. Sampaikan kuda mainan aku ketika kecik dulupun diangkutnya, baru plan nak turunkan kepada anak aku nanti. Mujur dia tak membuang lebihan kayu dinding yang ada...maunya bapak aku mengamuk nanti. Yelah, sekeping papan harganya lebih 30 hengget, kalau lebih 100 keping??? Tapi bukanlah menolong dengan tangan kosong, 500 hengget dah tentu. Mamat ni buat keje memang bagus, memang rumah bersih gile.

Sabtu 2 minggu lepas, Rashid membelikan 2 ekor kucing. Memang le best, tapi bila kucing2 tuh hyperaktif, aku plak yang hypertension!!! Apa pun terima kasih Rashid, selepas ni kita sama2 taking care kucing2 tuh yer???