Nuffnang Ads

Friday 3 July 2009

5 bulan 1 hari

Hari ini, Jumaat, 3 Julai 2009 genap lima bulan sehari usia kandungan, itu mengikut perkiraan aku. Kalau Ikut Dr dan ikut saiz baby ketika scan, pasti lain. Sepanjang lima bulan, macam-macam dah aku lalui. Dan rasanya semua itu buat aku nak berenti kerja dan berehat saja kat rumah.

Beberapa minggu lepas aku dapat surat warning pertama, kerana mc yang berlebihan dari yang sepatutnya. Tak apalah, nak buat macam mana, dah nak sakit, bukan sengaja. Malah pada usia kandungan lima bulan ni pun, kadangkala aku masih muntah waktu pagi. Usah cakaplah ketika kandungan 2-4 bulan, setiap pagi non stop aku muntah. Sekarang ni, muntah dah kurang, pagi-pagi mesti pening kepala, nak angkat pun payah. Laki aku selalu ingat aku sengaja je buat-buat tak larat. Motif???

Sepanjang tempoh mengandung ini juga banyak juga hal berkaitan ketidakpuasan hati sang ketua kepada aku. Hah, peduli apa aku, aku tahu, dia punya agenda peribadi.

Oh tentu anda semua tahu berita sedih dan mengejutkan berlaku pada minggu lepas. Kematian Micheal Jackson. Aku bukanlah peminat fanatik, tapi sebagai penggemar lagu-lagunya dan membesar dengan lagu-lagu beliau, kematiannya sedikit sebanyak mencuit hati.

Manakan tidak, siapa lagi yang mampu bermoonwalker sebagaimana yang dilakukan lelaki bernama MJ ini. Dan selepas ini tiada lagi muzik video terbaik seperti mana smooth criminal, black or white dan remember the time. Oh aku suka lagu Liberian girl...lagu khusus untuk Elizabeth Taylor itu. Rasanya aku antara insan bertuah berpeluang menonton konsert MJ di KL pada 1996.

Ingat lagi, ketika JOJO mengumumkan konsert MJ di KL, aku sudah memujuk abah untuk turut serta. Walaupun pada mulanya abah tak berminat, dan setelah kontroversi MJ tidak dibenarkan buat konsert di stadium Shah Alam, akhirnya impian aku nak tonton konsert Mj tercapai.

Abah telah sudi membelanjakan tiket paling iaitu murah 60 hengget. Lalu pada suatu Ahad, kami ke Concorde untuk membeli tiket. Dalam hati aku berdoa agar tiket 60 hengget habis dan abah dapat membeli tiket 120 hengget. Tapi nampaknya tiket 60 hengget masih dijual.

Selepas membeli, aku dan abah melepak depan pintu Concorde menanti kalau2 MJ muncul. Malangnya yang muncul hanyalah pemuzik dan penarinya sahaja. Hampeh!!! Kami tak tunggu lama kerana aku harus ke tuisyen add math pada malamnya.

Malam Selasa, aku dan abah menonton konsert MJ dengan penuh kegembiraan, yelah, nak pegi oversea, tak mampu, nasib baik le dia datang KL. Kerana konsert MJ juga, aku telah ditegur seorang ustazah di sekolah, kenapa aku mahu pergi ke konsert sebegitu. Beria nih ustazah bertanya, marah la konon...dan jawab aku "...eh biarlah, Mj baik tau. Dia suka menderma tau!!!" Terus ustazah tadi berlalu dengan muka merah menyala... Motif??? suka hati akula nak tengok konsert ke hapa...tak gitiew???

2 comments:

ennieva fauzi said...

Saya pun admire MJ..ingat lagi masa album Moonwalker, MJ siap ada berlakon lagi. Walaupun, masa tu budak 9 tahun, saya tetap beli video dia dan tengok ulang2 kali. Masa tu bukan zaman cd pun.

Then, minat habes ngan lagu dan video klip Earth Song, Smooth Criminal, Black or White, Bad dan Thriller. Adus, semoga si MJ atau Mikaeel bersemadi dengan aman. Amin.

Maryam Elyas said...

Sian Cik Liz...
Mabuk teruk ek? Takpe la. Sabar ya. Jangan risau2 nanti baby terjejas lak. Jaga emosi ya...