Nuffnang Ads

Monday 29 December 2008

Datuk Ct

Lama aku cuba mengupload pix ni, akhirnya berjaya juga. Sebenarnya aku bukanlah peminat fanatik datuk ct. Pix ni diambil ketika aku kaver harijadi Saida, kakak ct. Inilah pertama kali aku bergambar bersama ct walaupun selalu berjumpanya ketika assignment.

Dulu aku memang le menyampah ngan si ct ni, semuanya kerana imej 'gadis suci' yang dibawanya. Tapi semenjak ct berkahwin, aku dah tak menyampah, kerana akhirnya peminat ct tahu bahawa penyanyi kesayangan mereka ini hanyalah insan biasa yang punya naluri untuk dicintai oleh lelaki berumur dan ketika itu masih berstatus suami seseorang. Peace kak iti...hehe.

-Nak nyanyi lagi ct 'pandang2 jeling2' masa resepsi nanti...

Thursday 25 December 2008

2 hari 1 malam

Sabtu lepas, aku menjemput bakal mak mertua yang pulang dari India di KLIA. Dengan gagahnya aku bangun jam 7am untuk bersiap. Flight touch down jam 0730, maknanya jam 0800 mak mertua akan muncul di pintu ketibaan antarabangsa.

Usai bersiap tanpa mengering rambut, sekadar towel dry, aku memecut kenderaan menuju KLIA. Alah, setakat kenari, berapa sangat yang boleh dipecut. Sebaik tiba, aku menyikat rambut yang mengerbang sebelum keluar dari kereta. Maklum, sepanjang perjalanan aku tidak memasang aircond, guna angin untuk keringkan rambut.

Terus menuju pintu ketibaan antarabangsa, aku tercari-cari kelibat mak mertua sebab jam menunjukkan pukul 8.20. Inilah pertama kali aku menjemput mak mertua seorang diri, sebelum ini bersama Rashid. Tanpa sebarang maklumat penerbangan aku mencari-cari possible flight yang dinaiki mak mertua.

Kakak Rashid yang bercuti di Sabah ketika itu juga gagal mendapatkan nama penerbangan. Sepanjang berdiri, aku dikelilingi aci, meenaachi, aya, baiya, appa, taggachi yang kesemuanya menunggu saudara atau kenalan yang datang ke Malaysia. Korang dapat bayangkan bagaimana situasinya???

Hmm, jenuh juga aku menunggu sehinggalah selepas 30 minit, aku nampak seseorang berbaju merah sedang duduk di tepi tiang berdekatan pintu 5 bersama troli dengan muatan beg baju serta 2 beg guni gula. Rupa2nya mak mertua sudah lama menanti. Aku je yang tak perasan kelibatnya.

Sepanjang perjalanan pulang ke Kota Damansara (pulang ke rumah aku) mak mertua dan aku berbual2 mengenai India, persiapan kahwin dan haneymoon. Selepas membeli roti canai dikedai berhampiran aku dan mak mertua makan sambil melayan pernikahan Mawi kat tv.

Wah, banyak jga komen mak mertua mengenai Mawi, antaranya, dia tak setuju Mawi tinggalkan si Ina dulu. Mengikuti perkembangan artis rupanya...

Tengahari itu aku menyiapkan asam pedas ikan tenggiri bersama ikan goreng serta sayur kacang. Nampaknya dia kurang gemar dengan stail asam pedas aku yang pedas serta kacang pancang...keras katanya. Begitu juga nasi, keras katanya. Aiseh, masakan pertama dah mendapat komen tak best.

Esoknya, dia sendiri yang masak, dari breakfast sampailah makan tengahari. Siap buatkan stok ayam goreng berempah lagi. Seronok jugak, aku cuma membersihkan pinggan mangkuk, cuci baju dan buat apa yang patut.

Aku peratikan mak mertua jenis sempoi, cuma dia tak suka baju berlonggok dan rumah lintang pukang...aku pun tak gemar jugak, serabut otak. Tapi kalau penat, aku pejamkan mata je, buat2 tak nampak.

Malam minggu aku, rashid & mak mertua ke bandar tasik selatan, ke rumah seorang saudaranya untuk mengambil kotak baju. Kelas tak??? pakai kotak je, tak yah beli luggage. Biasalah, mak mertua kalau dengan sedaranya, akan berbahasa ibundanya, aku melopong jelah, sambil pose2 cantik.

Sepanjang berada di rumah aku, mak mertua layan cerita tamil sambil makan kacang. Kalau bosan dia tidur. Yelah, rumah aku pun takde balkoni atau laman, apa lagi yang boleh dilakukan, layan tv je lah...

Wednesday 24 December 2008

Breaking News

Ni sekadar nak menambah entry sebab dah lama menyepi. Tadi seseorang memberitahu bahawa editor majalah Jelita telah dilantik.

Namanya biarlah dirahsiakan, kenela beli majalah Jelita keluaran akan datang. Tak tau le nak ucap tahniah atau takziah di atas perlantikan insan itu. Sepanjang mengenali majalah ini rasanya zaman Kak Ani paling gah. Tak ada orang boleh menggantikan tempat beliau.

Setiap rencana yang diutarakan cukup kritis. Malah, bahasa yang diguna cukup menyanjung bahasa Melayu. Tiada sedikitpun kecacatan ejaan. Penulis jemputan juga bukan sembarangan, Datin Noraini, isteri Datuk Rejab Arbee, orang kuat NST dulu. Aku suka sangat tulisan Datin dan pernahlah berangan menjadi kolumnis.

Dengan perlantikan editor baru ini, entah bagaimana hasilnya nanti ye??? Teringat ketika dia mengepalai satu majalah hiburan dulu, kesalahan ejaan usah cakaplah...rubbish! kata mat salih.

Mungkin pendekatan majalah sekarang berbeza berbanding sebelumnya, sudut fotografi menjadi keutamaan berbanding cerita di dalamnya. Tapi bagi aku, dua2 perlu berjalan seiring. Buat apa membayar RM8, sekadar melihat gambar???

Apapun, aku sangat berharap agar pihak pengurusan mencari editor yang benar2 berkaliber dari setiap sudut- idea kritis, fashion sense, hiburan, dekorasi...pendek kata, seorang ketua yang mampu membawa majalahnya bersaing dalam era kesuraman penjualan majalah masa kini. Bukan sekadar syok sendiri. Tak gitu???

Thursday 11 December 2008

Coba2





Jumaat lepas, aku ke sebuah restoran yang menghidangkan makanan Mexico, NachosNachos di dalam pasaraya besar Giant, Kota Damansara. Mulanya tak terfikir untuk ke sana, kerana sejak awal lagi aku begitu kepingin menikmati makanan segera di Wendy's.
Sedang dok asyik beratur di Wendy's aku bertukar fikiran, terus ke NachosNachos. Ini lah pertama kali aku menikmati makanan dari negara ini. Selalu dok makan Cachos (jajan pelbagai perisa tu...) kali ini makan lah main dish nye.
Aku order chicken+corn+mushroom soup sebagai appetizer dan main course:campuran kentang bakar+kepak ayam+nachos. Tak ingat nama menunya. Rashid pula order lamb fajitas. Boleh tahan juga harga makanan di sini... Pandangan seorang chef: makanan di sini biasa sahaja.
Kalau keluar berdua, aku memang suka mencuba pelbagai jenis makanan. Makan malam kami boleh menjangkau RM60 semalam. Memang rasa berat je nak keluar duit bila membayar, tapi takpelah, demi selera yang pelbagai.
Abah aku pernah menegur cara kami menikmati makan malam. Membazir katanya. Bila fikir balik, memang betul. Tapi inilah padahnya apabila makan bersama seorang chef...hehe(selera aku pun sama je...).


Sunday 7 December 2008

Salam Aidiladha











Caption: Ketika di Kelana Jaya 28 November 2008.

Hari ini semua umat Islam menyambut raya korban. Hari ini juga genap setahun 2 hari emak meninggalkan alam fana ini. Raya korban kebiasaannya tidak disambut meriah oleh keluarga kami, lazimnya abah dan emak akan ke masjid pada paginya, kemudian abah akan melapah lembu korban bersama penduduk dan jemaah masjid Kg Melayu Bt.16, Rawang, sehingga lah ke petang.

Tapi raya korban kali ini aku menyambut berseorangan. Abah berada di Mekah kerana mengerjakan haji bersama mak usu dan atuk. Alhamdulillah rezeki abah untuk ke sana lagi dimakbulkan Tuhan. Kali pertama dia ke sana, sepuluh tahun dulu, bersama arwah emak. Terngiang-ngiang gurauan emak beberapa tahun dulu, "tahun 2008, kalau mak ngan abah dapat ke Mekah lagi, mak nak ko kahwin dulu..."

"Apala...kalau ija tak kawen lagi, mak pegi je lah..." inilah kata2 menyedapkan ati, sebab masa tu akak masih single mingle lagi. Nampaknya gurauan arwah emak tetap tidak kesampaian kerana Februari nanti baru nak naik pelamin.

Tapi kan, banyak perkara yang berkaitan 2008 ni. Contohnya, lesen memandu aku, arwah emak renew kan sehingga Mac lepas, kataya "ni lima tahun terus, lepas ni mak dah tanggung, ko renew sendiri".

Walaupun raya berseorangan, aku tetap juga menyediakan juadah raya. Sejak semalam aku sudah memerap di dapur menyediakan rendang, kuah kacang dan nasi impit. pagi tadi aku sempat juga masak lodeh. Takpelah, kejap lagi boleh jamu Rashid bila dia balik kerja nanti.

Seingat aku ini, kali ke-2 aku beraya sorang2. Pertama kali masa semester akhir diploma. Merajuk punya pasal, langsung tak nak jengah mak abah. Diorang siap buat lemang, aku pulak beraya sorang2. Mujur ada Rahman, tengaharinya kami ke rumah Jasmin, dapatlah merasai suasana raya. Abah menangis ketika menelefon aku ketika itu...ngehngeh...tak berhati perut betul aku ni.





Tuesday 25 November 2008

Miskin Otak


Tuan punya kereta mewah ini mungkin bertuah kerana kereta yang dipandunya cukup membuatkan orang sekeliling memuji betapa hebatnya dia. Kaya... malangnya tuan punya kereta ini mungkin miskin otak, lihat sahaja cara keretanya diletakkan.

Aku paling pantang, apabila tuan punya kenderaan meletak kenderaan secara membabi buta. Apa ingat pandu kereta mewah boleh meletak kenderaan sesuka hati??? piirahhh!!!

Atau mungkin juga pemandu kereta ini seorang pakcik tua yang sudah kurang penglihatan???

Thursday 20 November 2008

Mak Mertua @ India

Pasti inilah ungkapan mak mertua dalam hatinya...'Yindiaaa, here i come!!!' pada ketika ini. Sebelum itu, aku ingin memberitahu Abdul Rashid agar tidak terasa hati dengan ayat di atas (sorry sayang...hikhikhik) kerana ini sekadar selingan. Jam 2pm nanti mak mertua akan terbang ke India melawat adik-beradik serta saudara-maranya selama sebulan!!!

Malam tadi aku dan Rashid ke rumah akak ipar di Kapar melawat mak mertua yang akan ke Tanjavur (betul ke ejaan?). Humang aiii, sibuk sungguh dia packing makanan, siap bawak set pc...mahu bersiaran langsung melalui internet ke??? Kata Rashid, itu semua untuk sedara mara di sana, ada antara mereka orang susah. Bagus mak mertua, buat kebajikan, sama seperti arwah mak aku (sesi puji-pujian). Mak mertua suka ye bila aku bagi handbag, tapi bukanlah berjenama nine west, sekadar handbag percuma yang aku dapat ketika beli perfume lama dulu. Masih elok, baru sekali dua aku memakainya.

Tujuan utamanya untuk mengahdiri perkahwinan anak saudaranya (sebelum ni mak mertua nak jodohkan rashid dan perempu iniew...ngehngeh), dan menyelesaikan hal berkaitan tanah padi seluas 15 ekar (wah, nih kalo kat mesia tentu harganya berlipat kali ganda...jadi menantu orang kaya lah akak!!! hahaha).

Rashid beritahu, emaknya pernah bercadang buat banglo (duit mesia boleh buat istana) persinggahan kat tanah tuh. Wah... terus akak berangan menyanyi, menari, lari2 keliling rumah, sawah padi...macam dalam cerita tamil tu??? hahaha. Tapi semua anaknya tak setuju sebab takde motif nak buat rumah kat sana, belanja ke sana bukan dapat seratus dua...betul juga, akak pun kurang setujulah, kalau mak mertua buat rumah di kawasan pulau ke, tepi pantai ke, meriahlah kan??? tepi sawah??? dinch uolssss!!!! Takut akak bertukar kerjaya menjadi petani piuler....

Matahariku

Sepanjang pagi ini, aku berada di Foyer Sri Pentas ni untuk pc semi final muzik2. Aku tak pernah mengikuti sangat kerana seingat aku kali terakhir aku beriya mengikuti muzik2 ni pada zaman Nik Ramzi jadi penerbit, zaman aku bersekolah rendah/awal menengah. Tak sangka pula Nik Ramzi lepas tu jadi lecturer aku masa kat mass comm dulu.

Selepas pc, aku mengadap pc je sehingga petang. Telinga ni asik sangat mendengar lagu Agnes Monica 'Matahariku'. Sedap sungguh lagu nih. Terasa badan melayang bila dengar. Walaupun ni lagu putus cinta, tapi akak dapat menghayati sepenuh jiwa...acece... Harapnya ini bukan lagu tema buat akak la ye???

Sebelum ni berminggu-minggu aku dok gila lagu 'Juitaku Sayang' version Kak Pah dan Sheqal. Sedap sungguh suara Kak Pah, idola aku sejak sebelum tadika. Cadangnya nak nyanyi lagi ni masa wedding nanti...tengokla kalau mendapat kerjasama penganti lelaki.

Teringat masa umur aku 5 atau 6 tahun. Ketika itu abah dan arwah mak membelikan radio untuk mak usu. Ketika itu, radio berkaset yang boleh merakam suara memang hip. Tanpa mikrofon, suara yang dirakam cukup jelas. seingat aku, abah menggunakan pembaris sebagai mikrofon. Lagak pengacara, abah bertanya kepada ku "...nak nyanyi lagu apa?". "...malulah" aku jawab.

"Jangalah malu, nyanyilah cepat...liza nak nyanyi lagu apa?" "...emmm..lagu Sharifah Aini..." sambut aku. "Ok, Syaliza akan menyanyikan lagu Sharifah Aini...(tak ingat lagu apa)" umum abah lagi.

Nah, begitu kuat pengaruh kak Pah dalam hidup aku. Seingat aku, kecik2 lagi aku sudah berangan mahu menjadi seperti kak Pah, Zaleha Hamid (dangdut raggae uols!!!) atau Azlina Aziz. Wah...brangan nih! gitiewlah...

Kata Rahman, aku memang suka brangan!!! Apa kata anda??? hehehe...

Tuesday 18 November 2008

Cerita Kahwin
















Caption: Ni le sebahagian gambaran barang2 yang akan ada pada wedding aku pada valentine's 2009 nanti. Fabrik yang kat atas ni adalah untuk majlis nikah dan resepsi kat JB. Resepsi kat rumah kiu menggunakan fabrik songket, abang Man tak pilih lagi...
Rynas selalu berpesan agar sentiasa menghapdate perkembangan perkahwinan aku. Setakat ini aku sudah melangsaikan kerja2 penting seperti memilih pelamin, gift, baju, makan minum etc...

Ujian HIV pun dah selasai...memang kami berdua suci murni sebab keputusan membuktikan negatif...hehehe. Sekarang aku menunggu Rashid menyelesaikan hal berkaitan kesahihan status, lepas itu, baru aku boleh meneruskan kerja2 mengisi borang.
Ada beberapa perkara yang masih belum selesai, seperti deposit untuk band tradisional, menempah langsir dan membeli katil baru. Semua ini akan dilakukan selepas abah pulang dari Mekah bulan Januari nanti.
Setakat ini jumlah bayaran untuk baju, khemah, gift, pelamin, makan minum etc...sudah menjangkau RM70K. Humang aiii....tu belum tambahan lain. Hari tu aku dok mengira, kos yang diperlukan termasuk barang2 hantaran, hampir RM90K. Tapi itu kiraan kasar. Harapnya tak lah sampai ke jumlah itu. Aku bukannya anak VIP sehingga perlu buat majlis sehingga ratusan ribu.





Pagi @ KLIA

Pagi tadi aku dan Rashid menjemput mak mentua di KLIA. Seronok betul mak mentua balik dari bercuti. Selama seminggu, dia melawat negara2 Arab. Singgah juga di Baitulmaqdis dan melawat tempat menarik di sana.

Salahkan Melodi?

Aku membaca satu artikel di Budiey.com, kononnya Melodi memanipulasi insiden ketika majlis Ashraf-Bunga minggu lepas. Sebagai salah seorang yang hadir pada majlis itu (walaupun sekejap kerana tidak dibenarkan masuk), aku memang sokong sangat perkara ini dibangkitkan.

Aku salah seorang yang berasa dilayan seperti manusia kelas kedua. Kalau nak tahu, si Nora yang bertanggung jawab handle pihak media memang kekwat. Aku sejak awal tidak diberikan meja (alasannya lewat RSVP). OK, aku akui andai itu kesalahan daripada pihak aku. Kalau begitu, jangan benarkan aku datang. Ini tidak, "...datang sahaja, kita tengok situasi". Ketika aku mendaftarkan diri pun, itu juga alasannya. Jika benar tempat terhad, mengapa media lain datang beramai-ramai, tidak pula banyak soal? Nampak sangat perempuan ini memilih bulu, mendahulukan kawan-kawan. Kalau benar ada beberapa pihak mempersoal hak eksklusif, kami di gua pun boleh join sekaki sebab kami juga dari kompeni sama (media prima).

Apapun, itu semua sudah berlaku. Kalau nak kata aku marah, tidak sangat. Cuma aku tak suka diperlaku sedemikian, jangan ingat aku hadap sangat nak bertemu 'pengantin' suam-suam kuku itu. Kalau tidak kerana arahan editor, mampus aku tak jejakkan kaki ke majlis itu.

Oh, ada juga insiden peribadi. Pada malam itu aku telah menegur seorang auntie ashraf. Selepas memperkenal diri dan bersalaman dengannya, seorang saudara Ashraf bertanya, 'siapa ni?'

Dan dijawab..."anak pian, ingat tak KAWAN yang badan gempal2 tu...". KAWAN??? Setahu aku, abah dan arwah suaminya bersepupu. Oh mungkin juga sejak suaminya meninggal, maka tali persaudaraan juga putus??? Atau mungkin juga kerana kami tidak mempunyai banglo di kawasan elit sekitar Bangsar, Bukit Damansara atau sekurang-kurang teres di kawasan Damansara??? Tidak seperti saudara-mara lain, yang rata-ratanya 'urban'??? Hanjenglah!!! Ingat aku heran???

Thursday 13 November 2008

Flashback











Jam di tangan menunjukkan 1pm. Waktu makan tengahari. Kejap lagilah turun kafe, tapau. Sejak di Media Prima, waktu makan selalunya ke One Utama atau di kafe saja. Hari ini rakan makan tengahari, Ayu tidak ada pula. Jadi makan later2 la ye...
Malam ini aku akan ke resepsi Ashraf Sinclair. Biasalah, kene kerja. Kalau tak, tak hingin aku pergi. Tak mudah rupanya nak ke sana, perlu mengambil tag media dulu. Hai Ashraf untunglah kamu, berbinikan perempuan Indon kaya raya. Agaknya kalau tidak kerana Bunga Cinta Lestari, Ashraf Sinclair tidak ke mana... Khabarnya resepsi malam ini di The Saujana Subang, dijana sepenuhnya Bunga. Maknanya Ashraf tak berduit lah??? Takpelah, janji si Bunga gila kan kamu sebab handsome (ye ke???).

Semalam aku melihat gambar2 pernikahan mereka, dalam banyak2 gambar, aku terpandang Pak May dan keluarga turut berada di Jakarta. Agaknya malam ini pasti mereka ada sama. Teringat aku ketika bertemu Ashraf ketika sepupu abah, Pak Man, meninggal beberapa tahun dulu. Pak Man mengahwini makciknya (kakak ibu Ashraf). Rupa-rupanya kami selalu bertemu, cuma aku yang tidak perasan. Maklumlah Ashraf Sinclair tidaklah sepopular mana, walaupun sudah bermodeling sejak remaja. Dan bukanlah tujuan aku untuk mengaku saudara...
Ok, sepanjang 2 minggu lalu, aku telah menghadiri beberapa majlis. Majlis perkahwinan rakan sekelas, Hisham, Anugerah Skrin dan pulang ke Muar kerana majlis tahlil arwah dan doa selamat.

Tahniah buat Hisham dan pasangannya, Hazreen. Nampaknya dia tidak menjemput ramai rakan ketika belajar dulu. Katanya, hanya rakan2 penting dijemput. Hmm...bangga juga mendengarnya. Jadi aku hadir bersama Murzain dan isterinya, Suzi. Nampaknya kawan aku yang seorang ni, bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Macam tak percaya Murzain, kawan sejak diploma dulu bakal mendapat baby. Kesempatan hari itu juga aku gunakan untuk berborak panjang bersama auntie pah, mama Murzain. Ketika diploma dulu selalu juga aku berkunjung ke rumah auntie ini. Namun, sejak degree, aku jarang mengunjunginya kerana sudah berlainan kelas.

Kelakar juga mengingati insiden2 sepanjang mengenali 2 rakan ini. Hisham dengan sifat 'pemalas'nya dan Murzain, kononnya lelaki buruan gadis...(ye ke???). Akhirnya masing2 dah bergelar suami, tahun depan akak pula bergelar isteri... Rahman, bila lagi??? hehehe....
Oh, bersama ini akak sertakan pix jahitan pada tangan rashid. Mujur tidak terkene urat, kalau tak, tema persandingan kiu adalah OKU!!!

Wednesday 12 November 2008

GRO




Dah 2 minggu tak hapdate (lama tak dengar x-officemate en razak ungkap perkataan ni) blog, mesti Rynas bosan kan??? Ni aku curi masa, dah siap 1 review filem, sat lagi sambung kerja semula.

Semalam aku dan sahabat terbaik (so far...hehe) Rahman keluar bersama. Sejak bergelar pelayan udara, dan menetap di Kota Singa, jarang kami dapat bertemu. Setiap kali ke KL pasti kami akan bertemu, walaupun sekejap...selalunya begitulah.

Aku katakan pada sahabat ku itu, "...kau akan bosan kerna aku kurang gemar ke party, tidak seperti selalu. Sesekali mungkin, tapi aku prefer agar kita pergi makan-makan atau karaoke sahaja". Adakah kerana hormon yang semakin menghampiri usia 30 tahun??? Ah, cepatnya masa berlalu, rasa seperti baru sahaja selesai SPM!!!

Kami ke Pavilion, terus ke Thai Xpress, Rahman belum makan tengahari, walaupun ketika itu waktunya 5 petang. Aku pun ambil kesempatan mencuba pembuka selera, roti ketam dan pemanis mulut, pulut mangga. Rasanya biasa-biasa sahaja.

Selepas berborak panjang dan menge'pau' 2 batang rokok...(tu tak termasuk ketika di rumah Alam), kami berangkat ke Lot 10 untuk sesi memanjakan kuku tangan dan kaki. Hampir sejam, kami ke Pavilion semula untuk mengambil kereta. Ketika berada di traffic light di hadapan KL plaza, aku dengan tidak sengaja menoleh ke belakang.

Rupa seorang ni sangat familiar, tapi bukanlah otak aku ligat memikirkan siapa dia. Sebaliknya otak aku ketika itu sedang berfikir mengenai hal lain tapi mata ni terhenti kepada seorang ini.

"Kak Liza kan?" tanyanya. Aku angguk dengan mulut suku ternganga. Oh minah ini, jiran dan seteru sejak kecil. Aku lihat di sebelahnya, seorang negro separuh dewasa. Sah! memang dia seorang GRO seperti yang dilapor wartawan lokasi (jiran2 yang kepochi...).

Tanpa sebarang kata aku memaling muka, terus bercerita kepada Rahman mengenai seorang kawan bernama Fariza yang khabarnya sedang petus cinta (betul ke???). Maaflah minah, aku tak berminat nak berbual panjang denganmu. Malah untuk berkata 'hai' pun aku tidak sudi.

Di dalam Pavilion, ada 2 orang lelaki Arab datang kepada minah ini dan pasangannya...hebatlah konon dapat kawan international?

Mari aku ceritakan mengenai emak minah ini. Sejak di Uitm si emak punyalah bangga kerana anaknya berkasih dengan orang kaya (ada aku kesah??? tapi orang bercerita, aku dengar saja). Tapi hubungan pasangan ini berkubur selepas masing2 tamat belajar. Dari mula, si emak tak habis-habis gebang konon anaknya bakal kahwin anak datuk (hebat sangat ke datuk tu???). Kecohnya makcik ni, sehingga jiran tetangga mual, rasa mahu muntah hijau!!!.

Si emak gebang lagi, kononnya si anak bergaji 7 ribu sebulan...walhal baru habis belajar, konvo pun belum! Hai makcik, jual puki namanya kalau begitu banyak gajinya. Lain lah kamu itu berketurunan raja atau orang berada, punya harta sehingga tak terkira.

Sekarang ini si emak gebang lagi, konon anaknya hanya bekerja dengan membuat assignment hujung minggu. Tambah si emak, anaknya hanya keluar bekerja jika ingin duit lebih, habuan assignment bukan sedikit, paling kurang 3 ribu seminggu!

Kesian kamu makcik, diperbodoh anak sendiri. Makcik, mahu aku beritahu anak kamu sebenarnya 'pelacur'??? Kesian...itupun kamu masih mahu mencanag 'kehebatan' anakmu ke telinga jiran2???

Dan kepada Rahman, aku katakan "...nasib baik aku 'bersiap', kalau tak jatuh 'taraf' aku. Walaupun hanya berseluar East India, namun ianya aku beli dengan duit gaji menulis, bukan jual puki ye..."

Thursday 30 October 2008

Rehat sebentar...

Bosannya nak menaip story. Tadi baru menyiapkan satu gosip. Ini tengah berkira mahu memulakan intro Siti Sarah. Penatnya otak...tapi dah tanggungjawab, kenelah buatkan?

Malam semalam, aku dan Abdul Rashid telah bertemu official photographer untuk wedding kami, Ikram Ismail di Chawan, Bangsar. Seperti biasa, Syaliza Shapiansuri ini akan tiba lewat daripada yang dijanjikan. Selepas melihat beberapa album dan bertanya serba sedikit aku terus membayar deposit. Alah, takde apa yang nak tanya, dah faham sangat cara kerja abang Ikram masa kerja di BP dulu.

Sekejap sungguh masa berlalu, diam tak diam, hujung minggu bakal menjelma. Esok aku akan ke prebiu media Quantum of Solace...hooray!!! Dan petangnya akan bertemu Man Kajang...yaay!

Oh, malam semalam juga Rahman ada menelefon dan kami berbincang mengenai tema dan warna baju yang akan dipakainya selaku best man. Siapa agaknya bakal menjadi best woman? Hmmm.....

Sunday 26 October 2008

Kerna Rynas

Sepanjang minggu ini, seorang ex officemate, Rynas namanya, mahu aku update blog yang dah bersawang ini. Wah...tak sangka, blog ini ada pembaca. Ingat sekadar blog syok sendiri...kira ok la tu! (seperti yang selalu di sebut Saida).

Baiklah, demimu Rynas dan pembaca setia, Abdul Rashid, ku gagahi juga menyusun ayat-ayat sambil mengingati peristiwa penting sepanjang 'kekosongan' blog ini. Bagus juga TV Chap Ayam di rumah ni rosak, sekurang-kurang perhatian akan beralih kepada laptop yang ku kira sangat lembap dan facebook!

Petang tadi aku dan Rashid menghadiri open house Aidilfitri. Rasanya Syawal tahun ini banyak dihabiskan menghadiri rumah terbuka berbanding tahun lepas, secara puratanya sepanjang Syawal berada di hospital menjaga arwah emak.

1 Syawal lalu, pertama kali aku berhari raya tanpa emak. Kali ini kami berhari raya di rumah baru atuk, dan emak di rumah barunya nun jauh di alam barzarkh. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang mukmin...

Tiada baju baru seperti tahun-tahun sudah, cukuplah sepasang kaftan yang dibeli dari Jharah. Itupun sehingga sekarang masih tidak mahir mengikat kain pareonya. Tetamu pun silih berganti, dan banyak masa hanya di dapur.

Ada seorang saudara, datang sekeluarga bersama anak cucu. Setiap tahun datangnya pasti pada raya kedua 12pm. Tahulah hari raya, tapi perlukah kamu datang pada waktu makan tengahari? sudahlah yang datang ibarat rombongan Cik Kiah, kamu pula datang tanpa rasa bersalah... kami yang dikunjungi ini terpaksa pula menyiapkan makan minum kamu, sedangkan kami hanya bertiga (aku, makcik & atuk). Akhirnya tuan rumah terpaksa makan tengahari pada 3 petang!

Inilah perkara yang aku paling benci. Memanglah Aidilfitri masa berkunjung ke rumah saudara mara, tapi jangan sampai menyusahkan tuan rumah dan menambah dosa kami kerana hati membara dengan sikap tetamu.

Syawal juga bermakna aku terpaksa belajar membiasakan diri berhari raya tanpa Abdul Rashid. Saban tahun, 1 Syawal akan diraikan di dapur hatel. Hari akhir Ramadan, aku sempat menyediakan rendang ayam dan ketupat segera sebelum pulang ke Muar. Tapi sayngnya, Rendang yang di bawa ke Muar basi pada tengahari 1 Syawal.

Minggu kedua Syawal, aku mula bertemu wedding planner. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Favors By Eddy akan menyediakan semua keperluan dari pelamin, barang hantaran, khemah dan PA system. Aj dan Faiz dari CantikNYa! Florist menyediakan bunga pahar dan gift tetamu.

Jurugambar pilihan semestinyalah abang Ikram Ismail. Jumaat ini aku akan memilih fabrik bersama abang Man Kajang. Seronoknya! Walaupun plan awal mak mentua mahu fabrik dibeli di Singapura. Ini pun rasa bersalah sebab tak mengajaknya memilih fabrik...

Insan paling berdebar semestinya pakcik Shapiansuri, pastinya dia suspen memikirkan RM yang bakal terbang tidak lama lagi. Minggu ini, RM10K diperlukan untuk membayar semua deposit. Sorrylah bah, ija pokai...!!!

Sunday 6 July 2008

Polis Fesyen

Hujung minggu lepas, dua hari satu malam aku berada di Johor Bahru. MO? Bakal mak mertua adakan kenduri arwah, di samping melawat nenek datin Rashid, yang sedang sakit tua. Ada juga MO lain, apa lagi kalau taka melawat sahabat baik, Rahman Daros yang kini menetap di seberang tambak kerana bertukar kerjaya sebagai pelayan udara (steward) SIA.

Ramai juga saudara mara Rashid yang baru aku kenal. Selama du hari itu juga aku berkenalan dengan lebih rapat dengan bakal mak mertua, Jannath Bivi namanya!!! Ok, setelah beberapa lama, baru aku tahu. Ada insiden sentap, bila dia memanggil nama aku dengan 'Faeza'. Motif??? sentap akak!!!

Paling tak tahan, bila dia jadi polis fesyen (quote: rahman). Pada hari Sabtu aku dan Rashid perlu menghantar mangkuk tinkat lauk kenduri ke rumah nenek datinnya di danga bay, dan maknya telah membuka mulut "Rashid saja keluar, liza tak payah". Motif??? walhal akak pakai sopan je, tak la seksi mana pun, cuma boobs ni yang buat nampak aku seksi...agaknya la.

Malam selepas kenduri arwah, kami bertiga (aku, rashid & rahman) menghibur hati dengan berkaraoke sehingga 3 pagi. Memandangkan kami tidur di rumah sementara (rumah baru rashid tak siap lagi, dan emaknya begitu sempoi sehingga boleh berpindah randah sesuka hatinya. kelas mak mertua!!!), kami bertiga terpaksa tidur sebilik sehingga kakak sulung rashid mengetuk pintu jam 8.00 pagi dan minta aku pindah ke bilik sebelah. Atas kebenaran rashid aku tak berpindah dan terus tidur di bilik itu.

Jam 9.00 pagi terdengar sayup2 suara anak buah rashid memanggil, "mak usu (aku le tu), bangun la, dah pukul berapa ni???" Hambik, kene laser dek anak buah. "Mak usu kenapa bangun lewat???" haruslah mak usu bersuka ria dengan pak usu kamu, lagi nak tanya. Bakal anak-anak buah pun boleh tahan ye, agak laser mulutnya terutama yang sulung.

Sekali lagi insiden polis fesyen berulang, kali ni sebelum ke rumah nenek datin. Tapi kali ni mak mertua approved, sebab aku pakai t-shirt free bertulis 'Sepi' dan seluar drawstring yang kemudiannya diganti jeans.

Apabila di rumah nenek datin pun ada lagi insiden, kali ini kene tutup rambut. Ha, motif akak kene grab selendang dan menyarung di kepala semata-mata nak berjumpa pakcik rashid??? Musnah fashion sense!!!

Apa pun, semuanya berjalan lancar, dan it was fun.

Wednesday 18 June 2008

Tak Kuasa

Dengan segala macam kenaikan, tak kuasa memikirkannya berlebih-lebih. Kalau lebih difikir, banyak pula makian yang akan keluar dari mulut.

Sebagai rakyat yang bekerja untuk gaji bulanan, tidak dapat tidak, perlu juga mencari solusi agar segala macam beban tidak menjerut leher sendiri.

Oh dan tak kuasa juga berdepan dengan orang bodoh setiap hari.

Tuesday 6 May 2008

Fasa pertama: dimiliki


Alhamdulillah, akhirnya fasa pertama untuk memulakan kehidupan berkeluarga sudah tercapai. Ahad 4 Mei 2008, aku akhirnya menjadi tunangan Hj Abdul Rashid Mohd Hashim. Walaupun tempoh seminggu, dapat juga aku adakan majlis pertunangan yang meriah.


Itupun dengan bantuan pakcik Shapiansuri. Tanpa bantuannya, alamat, tak merasalah nak buat majlis semeriah itu. Terima Kasih Abah!


Terima kasih kepada Rahman dan Jasmin, you guys rowk. Thanks Auntie Kojie, bagi pinjam kain songket.


Kini bermula kehidupan baru sebagai tunangan orang. Kadang-kadang bagai tak percaya. Banyak hati yang perlu aku jaga selepas ini.


Rahman, the bestfriend ever, we're going to lose each other. Mujur engkau ke Singapura, sekurang-kurangnya kita tak terasa 'terpisah'. Takpe, nanti aku melaway engkau jika aku balik JB, rumah mak mertua.


Next month, aku dan Rashid akan mengambil kursus kahwin. Tak sabar ingin mendirikan sebuah famili...




Friday 25 April 2008

Menunggu hari

Lama tidak update blog. Mungkin selepas ini aku akan lebih rajin jika ada sebuah meja untuk meletakkan laptop. Buat masa sekarang aku hanya meriba atau meletakkan di atas meja kopi atau meja makan sahaja.

Sesungguhnya kehidupan aku makin baik dan semestinya makin bahagia. Percaya tak? hanya sembilan hari lagi untuk aku menjawat jawatan 'single'? Seperti mimpi! Memang kami ada merancang untuk bertunang pada bulan Mei, aku ingat pertenganhan bulan.

Nampaknya Rashid seorang lelaki unpredictable. Dalam tempoh seminggu lebih ini aku harus menyiapkan barang hantaran kerana tarikh pertunangan adalah 4 Mei ini. Memang kami merancang untuk bersederhana, tetapi takkan aku tidak memberi hantaran langsung?

Ah, semuanya berjalan dengan baik sekali. Aku cuba buat apa yang termampu, walaupun bersendirian tanpa emak, tidak seperti perempuan lain yang gembira kerana masih ada ibu.

Sunday 20 April 2008

Wednesday 2 January 2008

Tahun Baru. Azam Baru. Hidup Baru???

Wel, well...it's now 2008. Jadi apa agaknya benda hebat akan engkau buat pada tahun ini? Aku seperti tahun-tahun sebelum ini, meriah dengan azam, tapi adoo???

2008, tahun baru untuk aku memulakan perjalanan hidup yang lebih baik. Setelah pemergian emak menemui Illahi pada 6 Disember 2007, aku redha, aku kini perlu menjadi manusia yang patuh pada azam. Patuh pada apa yang aku janjikan.

Aku ingin jadi manusia yang lebih produktif. Pasanan terakhir emak pada aku, "Kerja rajin-rajin". satu ayat klise yang biasa dituturkan oleh orang-orang tua. Tapi perkataan klise itu akan aku ingat sampai bila-bila kerana itu adalah bualan lisan terakhir daripadanya, tiga hari sebelum ke alam lain.

Dan tugas aku sebagai anak, tidak akan berakhir di situ. Ada seorang lagi yang perlu aku jaga, perlu aku curahkan kasih sayang, abah. Nampaknya dia masih bersedih, hilang kekasih dan isteri yang selama ini mengatur makan pakainya. Sesekali air matanya berlinang. Aku tidak boleh turut sama mengalirkan air mata. Aku harus dan akan menjadi insan yang kuat berhadapan cabaran, aku belum sebatang kara. Dan andai aku sebatang kara, aku akan bersiap sedia, jadi insan super.

Terima kasih aku kepada my precious Rashid, kerana dia, aku boleh jadi setabah ini. Dia banyak menasihati agar aku tidak terlalu bersedih dan redha dengan apa sahaja yang berlaku. Dia juga yang menemankan aku sepanjang aku menunggu jenazah tiba dari Terengganu ke Muar.

Nampaknya hubungan kami bertambah baik. Sepanjang emak sakit, ada beberapa kali dia datang bertanya khabar. Emak aku seperti merestui hubungan kami, itu yang aku harapkan. Penerimaan family lain juga bagus.

Pada hari kedua tahun baru ini, aku menerima berita gembira dan sedih. Gembira sebab tunang Rashid mahu putuskan pertunangan apabila diberitahu mengenai hubungan kami; baguslah, aku tak perlu jadi no 2. Sedih sebab aku jadi orang ketiga dan family rashid akan menyalahkan aku.

Tapi aku tak kisah. Buat apa aku takut jika orang yang aku sayang berani memberitahu perkara sebenar. Itu maknanya dia serius. Andai mereka masih bertunangan, aku tetap berada di posisi sekarang, sebab aku sayang dan mahu bersama lelaki ini.