Nuffnang Ads

Tuesday 18 November 2008

Salahkan Melodi?

Aku membaca satu artikel di Budiey.com, kononnya Melodi memanipulasi insiden ketika majlis Ashraf-Bunga minggu lepas. Sebagai salah seorang yang hadir pada majlis itu (walaupun sekejap kerana tidak dibenarkan masuk), aku memang sokong sangat perkara ini dibangkitkan.

Aku salah seorang yang berasa dilayan seperti manusia kelas kedua. Kalau nak tahu, si Nora yang bertanggung jawab handle pihak media memang kekwat. Aku sejak awal tidak diberikan meja (alasannya lewat RSVP). OK, aku akui andai itu kesalahan daripada pihak aku. Kalau begitu, jangan benarkan aku datang. Ini tidak, "...datang sahaja, kita tengok situasi". Ketika aku mendaftarkan diri pun, itu juga alasannya. Jika benar tempat terhad, mengapa media lain datang beramai-ramai, tidak pula banyak soal? Nampak sangat perempuan ini memilih bulu, mendahulukan kawan-kawan. Kalau benar ada beberapa pihak mempersoal hak eksklusif, kami di gua pun boleh join sekaki sebab kami juga dari kompeni sama (media prima).

Apapun, itu semua sudah berlaku. Kalau nak kata aku marah, tidak sangat. Cuma aku tak suka diperlaku sedemikian, jangan ingat aku hadap sangat nak bertemu 'pengantin' suam-suam kuku itu. Kalau tidak kerana arahan editor, mampus aku tak jejakkan kaki ke majlis itu.

Oh, ada juga insiden peribadi. Pada malam itu aku telah menegur seorang auntie ashraf. Selepas memperkenal diri dan bersalaman dengannya, seorang saudara Ashraf bertanya, 'siapa ni?'

Dan dijawab..."anak pian, ingat tak KAWAN yang badan gempal2 tu...". KAWAN??? Setahu aku, abah dan arwah suaminya bersepupu. Oh mungkin juga sejak suaminya meninggal, maka tali persaudaraan juga putus??? Atau mungkin juga kerana kami tidak mempunyai banglo di kawasan elit sekitar Bangsar, Bukit Damansara atau sekurang-kurang teres di kawasan Damansara??? Tidak seperti saudara-mara lain, yang rata-ratanya 'urban'??? Hanjenglah!!! Ingat aku heran???

6 comments:

rynas said...

gitulah dunia bila populariti mengatasi segalanya saudara sedaging boleh dilupakan dek kerana pangkat darjat yg tak seberapa..alahai

MummySuri said...

betul tu kakak...adik kata 'ada aku kesah???' hahaha....

Naddy said...

aku nampak ko tengah mengomen pasal abby n norman dlm melodi. uihh jaga tepi kain orang. pasal pengantin itew, aku menyampah betul masa ash kata "kita ada dua peran". Apekebenda peran tu, rumah atas pokok? Peranan la beb, ingat sikit ko tu produk Malaysia. Oh pliss la.

MummySuri said...

aku sokong ko Mizzy N...ngeh2...memang mamat tu brangan abesssssssssss....

ennieva fauzi said...

tak sangka...setakat kawen ngan bunga apa la kelassss ye tak...baek kawen ngan pelepah kelapa ke, daun pisang ke, ada gak manfaatnya kakakaka (gelak popye)

Anonymous said...

bahasanyer 'keras' tp jujur..i like :D