Nuffnang Ads

Tuesday 30 October 2007

Parasit

Sedih. Bonda kesayangan aku sedang berperang dengan penyakit kansernya. Tiba-tiba parasit itu muncul kembali walaupun sebelum ini doktor mengesahkan dia bebas daripadanya selepas menjalani satu pembedahan membuang pundi kencing dan menggantikannya dengan yang baru tahun lepas.

Melihat fizikalnya, hanya kulit membalut tulang, dia tidak lagi seperti selalu. Semua yang mengenalinya sedia maklum, bonda seorang perempuan yang mampu melakukan apa sahaja. Menebas semak samun di tepi sungai rumah kami, alah, itu kerja biasa baginya. Sasanya bukan calang-calang, dia mampu membuat kerja-kerja yang biasanya dilakukan lelaki. Kini itu semua tidak mapu dilakukannya. Dia hanya mampu berbaring dan menangis menahan sakit.

Dan aku? Di saat kegembiraan mendapat kerja baru, terpaksa berulang-alik ke hospital. Sebagai satu-satunya anak, aku terpaksa mengorbankan sedikit waktu kerja. Mujur bos faham masalah yang aku alami. Mungkin kerana dia juga menerima nasib yang sama.

Saudara mara dan kawan-kawan tidak putus-putus datang menjenguk. Begitu juga my precious, datang melawat dan membawakan juadah nasi beriani yang dimasak ibunya (ala, sebab kakaknya mengadakan rumah terbuka).

Walaupun doktor tidak mapu berbuat apa-apa, tetapi aku percaya bonda akan hidup lebih lama lagi. Seperti kata my precious, penyakit apa pun, perlu semangat tinggi untuk melawannya. Esok, kami (aku & my precious) akan ke Melaka, ke rumah nenek saudaranya, untuk mengambil sejenis herba yang dikatakan mampu menghalang parasit membiak. Semoga ianya menjadi penawar untuk bonda.

Wednesday 10 October 2007

Selamat Hari Raya


Buat Keluarga dan sahabat handai, selamat menyambut Syawal. Ampun dan maaf jua dipinta. Raya Keempat aku kembali bekerja. My precious terpaksa bekerja sepanjang raya. Itu pilihannya, tidak mahu bersama-sama meraiakan kemeriahan raya.


Oh, can't wait to eat and smoking in front public again. Puasa membataskan pergaulan dan perbuatan.

Thursday 4 October 2007

Penat


Penat la...tak sabar nak berbuka puasa. Dahaga ni...

Gambar ni disnap oleh sahabat kami, Rahman Daros menggunakan HP Motorola Vxxx.

lokasi: Old Town White Coffee, Jalan Yap Kwan Seng.

Thursday 27 September 2007

Rezeki

Tahniah kepada my precious kerana baru menerima tawaran sekaligus naik pangkat. Demi Chef di Sheraton Imperial. Bolehlah memanggilnya chef. Sebelum ini sekadar Commis 1, jadi tak boleh nak panggil chef. Aku pun bergembira sakan bila diberitahu. Aku kan salah seorang tulang belakangnya? (angkat diri sendiri).

Oh hari ini aku terima laptop utk kegunaan kerja. Hmm...oklah tu daripada tak dapat langsung.

Monday 24 September 2007

Tudung Kepala

Aku nak curi masa menulis tentang tajuk di atas. Bukan nak timbul kemarahan atau kontroversi, sekadar pendapat peribadi. Aku memang dari dulu tak berapa berkenan dengan perempuan bertudung ni. FYI: yang muda remaja la, yang dah berumur macam mak aku tu memang patutla mereka bertudung. FYI gak, mak aku bertudung pun beberapa bulan sebelum ke Mekah.

Ok, semalam aku melalui satu jalan di SS17 untuk ke Damansara. Ada satu Bazar Ramadan di depan flat di situ. Memang ramai manusia. Yang bertudung jangan cakapla, sebab berdekatan kampus UIA.

Mata terus tertumpa pada satu sudut di taman permainan kanak-kanak flat itu. Tiga orang perempuan Melayu, berbaju kurung dan semestinya bertudung. Usia lingkungan awal 20-an.

Dua daripada mereka berebut-rebut menaiki buaian yang ada di situ. Buruknya pemandangan. Sudahlah berbaju kurung dan bertudung, boleh pulak berebut-rebut. Bongok! Fikirlah, awak tu berbaju kurung dan bertudung, apabila berbuai tersingkaplah kain. Sudahlah di tepi jalan, banyak mata yang memerhati.

Mungkin aku sedikit emosional, tetapi itulah kenyataannya. Hey, kamu perempuan Islamik, pergi buat sesuatu yang berfaedah dan jangan memalukan orang Islam seperti kami yang tidak bertudung ini. Faham?

Sunday 23 September 2007

Kata Hati

Ok, finally aku 'paksa' diri meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Jumaat lepas, my precious joined aku dan kawan-kawan berbuka puasa (itu cara terbaik dia ambil hati selepas apa yang dia dah buat).

Ok, ok, he's falling for me and so do i. Dalam bahasa mudahnya, kami 'memiliki' di antara satu sama lain. Ok, officially, we're now what they call 'lovers', heh...

Mengambil kira situasi sekarang (tuntutan keturunan), aku cuba untuk bertahan walaupun ada akan kata itu tindakan bodoh dan bangang. Well, we complete each other, that the most important thing.

Thursday 20 September 2007

Sesak Nafas

Marah teramat. Itu yang mampu aku tulis. Rasa tertipu, bangang, bodoh, lurus bendul dan macam-macam lagi. Semuanya kerana my precious. Bangang ke tak? Dah tau nak berbuka puasa, boleh pulak dia angkut si M, rakan serumahnya.

Bukan dia tak tahu, aku marah sebab tak boleh terima fakta dia akan menjemput 'tunangan pilihan emak'nya di Puduraya? Boleh pula dia dia angkut mamat tu sekali? Tanpa rasa bersalah langsung! Mamat bangang tu pun satu, tak boleh la nak berenggang. Asyik nak ikut je. Get a life lah looser!

Bukan aku sengaja masuk lubang neraka. Aku tak tahu pulak emak my precious dah ada pilihan untuk anaknya. Bukan orang lain pun, anak saudaranya juga. Si anak pula mengikut tanpa banyak membantah, walaupun di mulut kata tak suka. Tak faham aku bangsa yang takut harta jatuh ke tangan bangsa lain. Inilah bangsa bangsat namanya. Dan aku jaga dengan sendirinya termasuk golongan itu kerana merelakan diri diperbodohkan.


I was so pissed!

Tuesday 18 September 2007

Bersiaran dari SS14, PJ

Hmm...penatnya hari ni. Seharian mengadap monitor pc, menyemak segala macam website. Hari kedua di Utusan Airtime dan keenam Ramadan. Penat. Otak beku.

Setakat ini aku masih kurang jelas dengan apa yang bakal aku lalui sepanjang mencari rezeki di sini. Semalam aku di beritahu aku akan mengawasi dan memantau website rasmi utusan airtime. Arghh...tugas baru dengan kosong pengalaman.

Seronok bekerja di kawasan ini, boleh cik cur (seperti yang selalu dikata Ridhuan 'my side kick' Abdullah). Oh tak sabar nak berbuka, rancangnya mahu berbuka bersama Ridhuan dan Riz di Brickfields a.k.a KL Sentral.

Thursday 6 September 2007

Idea, Semangat, Masa.

Formalnya, tarikh ini adalah hari terakhir aku bekerja. Mungkin aku patut mengemas segala barang yang ada di atas meja. 1450. Masih ada masa, tidak perlu terkocoh-kocoh. Atau mungkin aku patut, dan perlu memikirkan mengenai jumlah artikel yang masih berbaki. Lima kesemuanya. Atau mungkin lebih daripada itu.

Jadi aku mengambil keputusan datang lagi pada minggu hadapan. Aku perlukan sehari dua lagi sebelum meninggalkan meja ini untuk selama-lamanya. Oh, idea dan semangat, datanglah kepadaku. Aku sangat-sangat memerlukan kamu ketika ini. Aku buntu memikirkan artikel yang masih berbaki.

Simpulkan

Finally, dapat juga aku menulis setelah beberapa percubaan gagal. Kesuntukan masa dan masalah server, semuanya membataskan niat aku menulis. Dan hari ini, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku mahu menulis apa yang berlaku sepanjang minggu lepas dan semestinya minggu ini.

Esok adalah hari terakhir aku bekerja di Berita Publishing. Officially. Tempat pertama yang aku jejak untuk memulakan internship, kemudian diterima bekerja. Banyak sangat kenangan, tetapi life must go on. Sampai bila aku hendak memerap membelek majalah yang pada pandangan aku susah orang nak kenal. Really. Payah nak jumpa. Kalau ke kedai mamak pasti takkan jumpa. Kalau tanya di Muar, jangan harap ada. Distribution tak menyeluruh. Masalah betul.

Bila tak menyeluruh, susah pembeli nak dapat, macam mana orang nak kenal majalah. Bila nak pinjam barang untuk photoshoot pun banyak hal. Susah amoi di butik sekitar Kuala Lumpur ini nak bagi, tak memberi keuntungan katanya. Jangan kan Guess, MNG pun tak layan!

All my friends kept telling me to move from this company. Sebab utamanya, jangan bekerja dengan editor yang pada pandangan mereka 'tak ke mana'. Well, they know better. And, i see what they saw. Rasanya, i'm no longer teeneger, kerana itu malas hendak 'bersunguh-sungguh'. Ada yang beritahu, i should continue writing, but in different magazine. I'm good with fashion and should continue, as a fashion writer. Bukan aku tak pernah cuba. Ada yang compliment dengan kerja fesyen aku. Tetapi kalau editor banyak hal, nak cakap apa?

Mungkin sudah ketentuanNya. In 2 weeks, aku akan berpindah ke tempat baru. Copywriter, jawatan baru, di tempat baru. Berdebar menunggu tugas baru, sebab aku tahu matapelajaran pengiklanan ketika diploma dulu sekadar C+ saja.

Oh, sempena cuti merdeka, aku, my precious dan dearest Rahman ke Genting Highlands. Gosh, i was so excited. Bayangkan, selepas 15 tahun, aku kembali. Walaupun beberapa bulan lepas ada mengikuti rombongan L'Oreal ke Gala Fashion Hair Show, tapi itu tak memberi apa-apa makna.

Well thanks to Rahman yang mendapatkan bilik percuma. Percutian tambah meriah! Lebih meriah sebab kami bertiga. aku ditemani 2 lelaki yang sangat penting, my precious Rashid dan wonderful Rahman. Memang selepas Rashid beritahu pada 31 Ogos hari cutinya, terus aku sms Rahman dan Ridhuan, rancang bercuti sekali. You've missed it Wan! Kalau dia ada, pasti lebih happening!

Mahunya tidak happening? Setelah seharian menjerit, mencuba pelbagai permainan yang ada. Malamnya kami bertiga memerap dalam bilik (FYI: room: aku +Rashid). Menghabiskan tiga gulungan Cannabis dan hampir sebotol Absolut Vodka, dengan tambahan sebotol Sprite. Memang meriah! Opps, jangan kutuk, sempena 50 tahun merdeka, kamu diberi hak memilih jalan kehidupan sendiri, bukan?

Sempena hari lahir yang ke 27 tahun baru-baru ini, aku menyambutnya bersama Rahman dan Nora (nak tak nak, dia pasti ada, kerana dia housemate). Kami menjamah creamy chicken mushroom pasta yang dibuat aku dan diajar Rashid. Minuman yang dihidangkan, pastinya lebihan Vodka yang kami bawa dari Genting.

Lewat jam 2 pagi Rashid muncul. Walaupun lambat, tetapi dia tetap datang. Walau tanpa sebarang hadiah, aku tetap gembira kerana he made it! And in front of everybody, he told us Grand Seoson Hotel, Langkawi offered him job. Refused to take it. The reason: "Nanti ada orang tak senang duduk kalau aku pergi."

And that person was me! Thanks Sayang!

Friday 24 August 2007

Akhirnya!

Saat yang aku tunggu menjelma akhirnya. Baru sekejap tadi (17:15 waktu Kuala Lumpur), aku menghantar surat perletakan jawatan kepada editor. Lega dan gembira. Puas yang teramat. Selama lebih setahun menimba pengalaman (itu tidak termasuk ketika internship dan hari-hari aku menempel muka), sudah cukup bagi aku mengumpul kekuatan melangkahkan kaki.

Dunia kewartawanan banyak suka dan duka. Suka bila dapat banyak free gift dan diberi layanan kelas kedua atas pada setiap function yang dihadiri. Duka bila diherdik, photoshoot batal, baju yang dipakai model rosak, dan bermacam lagi. Paling sedih, apabila mengenangkan gaji. Tak naik-naik!

Lagi sedih terpaksa meninggalkan kawan-kawan terutamanya Ridhuan Abdullah, si pereka grafik. Dia yang beriya-iya mempromosi bakat dan idea yang aku ada dan akhirnya aku diterima bekerja. Penulis, itulah pekerjaan pertama aku.

Dan bermula pertengahan September, aku akan memulakan pekerjaan baru dalam bidang pengiklanan. Kewartawana dan pengiklanan, dua bidang berbeza, tapi masih dalam platform sama = MEDIA.

Ah, inilah hari menggembirakan. Dan sebentar lagi aku akan berasak-asak di Puduraya pulang ke Muar. Bukan, aku bukan orang sana. Itu kampung emak. Pastinya, aku akan mendapat 'habuan' bunga emas kerana aku cucu tunggal. Suka atau tidak, mereka mesti menyayangi aku. Hehe.

Tuesday 21 August 2007

Pertama Kali

Erm...fikir, apa patut aku tulis. Ini adalah kali ketiga aku mencipta blog. Lagi dua entah ke mana hilangnya. Mungkin kerana aku malas nak mengingat semula password blog ciptaan terdahulu. Atau mungkin aku ingin mencipta 'jiwa' baru dlam blog ini.

Semangat untuk menulis blog berkobar-kobar setelah membaca blog Semusim Di Neraka. Selain untuk membuktikan aku juga mampu menulis di waktu senggang begini (sebenarnya menyahut cabaran sorang mamat semasa aku pergi interview kat advertising agency).

Seharian aku di pejabat, bersenang-lenang kerana editor bercuti. Sementelah aku juga masih dalam mood cuti, rasanya tidak salah sesekali mengambul peluang curi tulang (selalu sebenarnya). Semalam dan esok aku telah dan akan menghadiri temuduga. Bosan berada di tempat bekerja sekarang, terasa ingin merasai 'suasana' baru setelah setahun 3 bulan di sini.

Ah, nampaknya terpaksa aku akhiri catatan untuk hari ini. Perlu bergegas ke One Utama untuk mengambil kunci rumah dari 'my precious'.