Nuffnang Ads

Friday 24 August 2007

Akhirnya!

Saat yang aku tunggu menjelma akhirnya. Baru sekejap tadi (17:15 waktu Kuala Lumpur), aku menghantar surat perletakan jawatan kepada editor. Lega dan gembira. Puas yang teramat. Selama lebih setahun menimba pengalaman (itu tidak termasuk ketika internship dan hari-hari aku menempel muka), sudah cukup bagi aku mengumpul kekuatan melangkahkan kaki.

Dunia kewartawanan banyak suka dan duka. Suka bila dapat banyak free gift dan diberi layanan kelas kedua atas pada setiap function yang dihadiri. Duka bila diherdik, photoshoot batal, baju yang dipakai model rosak, dan bermacam lagi. Paling sedih, apabila mengenangkan gaji. Tak naik-naik!

Lagi sedih terpaksa meninggalkan kawan-kawan terutamanya Ridhuan Abdullah, si pereka grafik. Dia yang beriya-iya mempromosi bakat dan idea yang aku ada dan akhirnya aku diterima bekerja. Penulis, itulah pekerjaan pertama aku.

Dan bermula pertengahan September, aku akan memulakan pekerjaan baru dalam bidang pengiklanan. Kewartawana dan pengiklanan, dua bidang berbeza, tapi masih dalam platform sama = MEDIA.

Ah, inilah hari menggembirakan. Dan sebentar lagi aku akan berasak-asak di Puduraya pulang ke Muar. Bukan, aku bukan orang sana. Itu kampung emak. Pastinya, aku akan mendapat 'habuan' bunga emas kerana aku cucu tunggal. Suka atau tidak, mereka mesti menyayangi aku. Hehe.

No comments: