Nuffnang Ads

Thursday 25 November 2010

panjangkan umurnya

aku sedang berada di dalam toilet dalam masa sama menulis cerita ini. ini saja masa yang ada. waktu sekarang 7.20 pagi. jumaat. hari ini aku mahu EL lagi. hari ketiga abah di hospital. kene strok.
semalam dr beritahu perkara paling aku takuti. kemungkinan abah boleh pergi bila-bila masa menghadapNYA.
sedih, memang terlalu ketika pada waktu diberitahu aku keseorangan. tapi aku kene terima kenyataan. syukur suami banyak membantu dan mujur juga ketika abah rebah tempohari, dia ada di rumah. mujur juga ketika ini aku punya pembantu, setidak-tidaknya kebersihan rumah terjaga disaat-saat kelam kabut begini. malah pembantu bengong itu juga yang menjumpai abah tersungkur di tepi katil ketika mahu ke toilet.
ketika mula2 diberitatahu dr mahu berjumpa, aku tahu pasti ada yang tidak kena. aku kuatkan semangat sebab kali pertama aku menghadapi situasi macam ni ketika emak sakit kanser dulu. bila dr cadang diajar mengucap dan memanggil sedara mara jenguk abah, terus gugur air mata walaupun aku dah cukup kuat untuk tidak menangis pada awalnya.
petang semalam 'keajaiban' berlaku juga apabila scan kali ke-2 mendapati kerosakan otak abah maintain seperti hari pertama - maknanya ada potensi untuk abah bertambah baik atau mungkin kedaannya kekal seperti itu, tidak mampu berkata-kata dan bergerak....
Allah semoga engkau panjangkan usia lelaki itu. tapi kalaupun ajalnya setakat ini, aku terpaksa juga terima kenyataan.

Monday 22 November 2010

zero=puding=batrisya

serius. aku x de mood nak menulis skang. zero. bahan dah ada, tapi nak memulakan ayat, payahnya la. dari awal tadi aku asyik mengadap pc dengan minda kosong, ngantuk yaamat! kejap2 aku terlelap. tengok keliling, masing2 serius ngadap pc. yang sebelah kiri mmg le manjang ngadap pc, subtitling department. yang belah kanan, yakni team aku, x tau langadap pc sebab menulis atau buat benda lain. tapi masing2 senyap je...tak macam tempat2 kerja aku sblm ni, riuh rendah!

ari ni pepagi dah melantak nasik lemak, disamping bawak belakan puding roti yang laki buat malam tadi. teringin sangat nak makan, terus mintak laki buatkan. lepas balik keje, berlari ke tesco beli bahan2. malam tadi jugak bakar... semalam aku g asemen kat restoran puteri sg penchala. punyalah dok kejar si pasha sandha, zamarul ngan almy, sampaikan makan pun lite2 sajork, x sempat pun menjamah puding roti kat situ. bila dah abis interview, akak pekerja kat situ dah kasik bungkus puding roti. trus terbayang kesedapan puding sepanjang pulang ke opis.

cerita bab batrisya, skang ni ada je benda baru yang dia belajar. semalam aku menyaksikan macam mana dia protes bila ada benda yang dia x nak buat. dah pandai buat muka geram sambil ketap2 gigi. bila kau paksa, dia mula cakar muka. haish! garang tol! pastu bila akak jerit bgtau jgn pegang pampers ketika aku tgh cuci bontotnya, 2 kali ganda kuat jeritannya. bila ingat2 balik, cam sama je perangai aku bila melawan mak aku dulu. hehehe. tapi bila laki jaga, elok je dia behave. bila laki jerit skali, trus diam, nanges...x melawan dah.

ok, aku nak sambung keje...dah dapat mood nak menulis artikel. weeee...

Monday 15 November 2010

anda rasa saya comel?


warm up dulu...

pastu tunjukkan wajah ceria bersama dua batang gigi...


posing lagiiiiiii ceria...

maintain posing sambil daddy saya melihat2 keta uncle farid...


okeh, saya dah ready nak tido! (dah puas jenjalan)


13-15 November lepas we ol 3 branak ke kuantan. sebelum check in kat swiss garden, jumpa kawan aku si jasmin ngan laki dia farid utk guide ktorg ke resort. ni pixxies masa baru sampai area gambang, tunggu farid amik we ol singgah ke rumahnya sblm ke pantai balok. batrisya baru bangun tido trus je ready utk di snappy gambarnya...

Sunday 7 November 2010

kene ketuk baru nak paham

wawa, seronoknya cuti 3 hari...memang rilek sakan le. kali ni nak buat entry luahan perasaan, x de gambo. al kisah, 3 hari duduk kat rumah macam2 le aku nak pantau maid bongok lagi bengong yang dok ada kat rumah tuh...
sblm tu kasik flashback: malam raya depaavali tu, aku tergerak hati nak jengah bilik maid...rupa2nya dia dok bawak masuk ubat nyamuk, diletak atas sekeping suratkhabar. dekat sangat ngan tilam. terus akak meletop ibarat gunung merapi yang baru meletuskan asap tebal...
esoknya, tiada lagi istilah ihsan. terus tarik balik kemudahan yang akak bagi spt katil dan tilam spring (walopun dah bertahun usianya, tapi heii, kat kg ko ada ke tilam macam tu???). hah tidola ko kat lantai beralaskan tilam leper (masih tilam, bukan toto).
we ol satu famili dah x kose nak bagi muka. esoknya pepagi aku dah mengamuk. ada je salah dia yang aku carik, mrasa! dah tak kose, banyak sangat benda yang dia lupa. dah ajar berpuluh kali masih x ingat2.
finale kemarahan bila hari ahad, aku dah tak tahan marah tgk cara dia sidai baju, terus aku capai kain dan libas badannya. nasib baik x libas mukanya yang burok itu. kali kedua, aku tunjal kepalanya bila mana dia buat2 bongok arahan yang aku bagi. kira sabtu dan ahad we ol dah tak kasik chance la dia nak rehat. kerja tak henti. smalam la paling hebat, siap kasik punggah store dan kemas semula! hah, tu semua idea laki...skang ni bilik stor sudah kemas.
minah ni memang tak makan saman, aku dah ajar cara basuh baju, dia buat jugak cara dia. setiap kali nak buat keje mesti nak ditengok, mesti nak disuruh. sampaikan bapak aku suh pulang balik je. aku pon terpikir nak tukarkan ngan maid filipino je. maid kemboja ni bangang satu macam, keras kepala...pendek kata bodoh tahap gaban lah! tapi siaple bulanan 1000 hengget nak kasik kat si filipino tuh...nampaknya baby kenelah duduk kat umah je, suh si filipino jaga. akak kawan aku ada amik maid filipino, katanya sangat pantas buat keje dan jaga anak...tengoklah macam mana nanti...

Tuesday 2 November 2010

biarlah orang nak beli...

tengok pix baby ni kat BHonline...comelnyer. kesian kat baby ni, kecik2 dah nak kene jual. pada aku biarlah orang nak beli. mungkin pasangan tu nak sangat anak sampai sanggup bayar berpuluh ribu. daripada dibiarkan di tepi jalan, last2 mati, baiklah 'jual'...dah itu kekdahnya. bukan nak menggalakkan jual baby, mungkin masa depan baby ni lebih cerah kalo dijaga orang yang mampu aka berduit...

p/s: ishh..aku x sukalah maid nak cium2 si batrisya. laki plak kalo nampak si sabon tu dah start nak feeling2 ibu mithali, trus suruh akak amik...