Nuffnang Ads

Thursday 25 November 2010

panjangkan umurnya

aku sedang berada di dalam toilet dalam masa sama menulis cerita ini. ini saja masa yang ada. waktu sekarang 7.20 pagi. jumaat. hari ini aku mahu EL lagi. hari ketiga abah di hospital. kene strok.
semalam dr beritahu perkara paling aku takuti. kemungkinan abah boleh pergi bila-bila masa menghadapNYA.
sedih, memang terlalu ketika pada waktu diberitahu aku keseorangan. tapi aku kene terima kenyataan. syukur suami banyak membantu dan mujur juga ketika abah rebah tempohari, dia ada di rumah. mujur juga ketika ini aku punya pembantu, setidak-tidaknya kebersihan rumah terjaga disaat-saat kelam kabut begini. malah pembantu bengong itu juga yang menjumpai abah tersungkur di tepi katil ketika mahu ke toilet.
ketika mula2 diberitatahu dr mahu berjumpa, aku tahu pasti ada yang tidak kena. aku kuatkan semangat sebab kali pertama aku menghadapi situasi macam ni ketika emak sakit kanser dulu. bila dr cadang diajar mengucap dan memanggil sedara mara jenguk abah, terus gugur air mata walaupun aku dah cukup kuat untuk tidak menangis pada awalnya.
petang semalam 'keajaiban' berlaku juga apabila scan kali ke-2 mendapati kerosakan otak abah maintain seperti hari pertama - maknanya ada potensi untuk abah bertambah baik atau mungkin kedaannya kekal seperti itu, tidak mampu berkata-kata dan bergerak....
Allah semoga engkau panjangkan usia lelaki itu. tapi kalaupun ajalnya setakat ini, aku terpaksa juga terima kenyataan.

1 comment:

lili norlaili said...

salam liza..

membaca catatan ini di pagi hari...lantas, sendu rasa di hati.

semoga tabah menghadapi dugaan maha berat ini. saya turut mendoakan kesejahteraan buatnya...amin.