Nuffnang Ads

Sunday 31 October 2010

weekends



wo...dah tunjuk skill memandu...

testing duduk kat sofa yang gojes...kalo mummy kaya nanti kasik beli satu!







singgah kat jualan fisher price...testing2 je. kot2 nanti nak beli...



ECW Champion...







jenjalan ke pkns shah alam. nampak x minah pakai baju kaler itam kat belakang? tu la maid aku...

opps, ai x ready lagi la...



wa...happy dapat pegang besi...
jom balik...

macam2 hal berlaku sepanjang weekend baru2 ni. Sabtu we ol ke kota damansara hantar maid ke agensi. sebelum tu ada 2 orang mangkok tlah melanggar keta kenari aku. budak sekolah, kompom x de lesen. belum sempat laki nak belasah dah ada brader ni berlari dapatkan budak tu, takut we ol blasah la kan...konklusinya, x de darah, tp aku kompom budak tu bengong seumur hidup sebab kepalanya hentam bumper aku. kes ni masih x setel, sebab keta belum di bawa ke perodua.
berbalik kisah maid, rupanya laki perasan masa nak naik tangga si bengong neh kesat air mata, gamaknya dia ingat we ol nak hantar dia balik kemboja...tujuan we ol ke sana nak suh agensi terangkan kat minah bengong neh, camna nak kerja sebb dia x paham langsung bahse inggeris atau melayu. pepagi sabtu dah kasik aku hangin satu badan sebab dia kasik pemutar dapur gas aku patah. korang boleh bayang x betapa kuat tangan dia. sblm tuh dia kasik patah penyambung getah paip. merosakkan harta benda aku jek. tu yg aku bawak g agensi, sampai kat agensi, trus la dimarahi dalam bahse kemboja.
lepas tu we ol ke pkns shah alam...mengecikkan gelang tangan aku ngan batrisya...malamnya we ol anak beranak (laki + ticca) ke reunion sekolah kat rebung. pixnya akan di hapload kemudian...
Ahad, we ol ke 1 utama. saja menghilangkan kebosanan hujung minggu (kerja rumah dah ada orang lain buat...hahaha). asalnya nak carik swimming suit & buku batrisya serta kamus bahse kemboja. last2 lain pulak yg dibeli. kamus tuh punyalah mahal...63 hengget! kecik lak tu. soo akak decided x nak beli dan beli novel2 ramlee awang murshid. lagi baik. utk ticca aku belikan buku2 dan flash card sajork!
















.

Friday 29 October 2010

Ticca's day out wit daddy

kesian...dah macam hape tah ghopenyer...dah x pakai carrier

ni ler stroller ticca, memang best sebab kecik. tapi kesian la kat baby, manjang duduk je, x bley baring. rasa cam nyesal plak beli model ni... nanti baby baru kluar mummy pau atuk twin stroller hokey...hehehe


singgah makan kat food junction mid velley...


wah suka gitu dapat makan sambil usha2 orang sekeliling...very the bz bodi anakku iniew...







masa untuk pulang! ticca balik ngan daddy, mummy balik sendiri...sebelum tu kene bayo duit tiket both cars...


semalam laki x keje, petangnya dia ada urusan kat upm. jadik di bawaknya batrisya ikut skali...wah seronok la diorang meronda2 berdua. lepas ofis hour we ol ke mid valley berjalan2 ketika kocek masih penuh...pasni, takde duit dok je kat umah diam2...




Wednesday 27 October 2010

tumbuh gigi

nampak x gigi sebatang bahagian atas???

muka eksen

x pandang kamera pulak!


opsss...selingan sajork! hahaha
skang ni tengah minggu deadline. aku dah x mampu nak ngadap kerja translation, tu yang ngadap blog kejap. anak aku skang ni dah tumbuh gigi kapak, tapi tiap kali nak disnappy giginya, dia terus tutup mulut. punyalah kedekut! sampaikan laki terpaksa tonggengkan si batrisya supaya aku boleh snap. tu pun dapatlah snap ciput je masa we ol ke klinik isnin lepas!



Thursday 21 October 2010

1st Birthday


chocolate moist sajork. dinch fondant2 bagai...


pixxies buat deko...


mummy kemaskan minnie ears ticca, si dekya tu nak jugak la tuh...

ok, pose!




buat sendiri sajork!


atok ngan mak ngah nadirah pon nak jugak!


sorry yer, i pun kenela posing glamer gak...


oppsss...mummy terkejut gituh...






suap birthday girl dulu...


pastu suap mummy plak...

chef turun padang bakar ayam...

tetamu tengah melantak

hai uols, shantek x ai???


sorry la, ai nak landing jap...penat!


dah ngantuk, tapi masih x nak tido. tgh excited cuba hadiah...



ahad 17 oktober 2010 genap setahun usia batrisya. so we' ol buatla majlis hari jadiknya. jemput sedara mara ngan jiran terdekat. pilih2 gitiew... macam biasalah, aku la yang paling excited nak buat macam2 especially pilih tema semua. makanan macam mihun, ayam panggang dan segala macam sos, laki yang buat. ada gak yang makcik aku buat. kuih2 tempah kat makcik aku kat bangsar. ginile, jadiknya sambutan ala kadar, tapi meriah...
anak aku pun sungguh excited tgk ramai tetamu sampaikan majlis dah habis x reti2 nak lelap mata.












testing tiup lilin

eh nak jugak???

testing sebelum b'day ticca...




over nyer!

sesi tunjuk hadiah...









ni birthday kazen aku. tahun ni baru berpeluang hapload. tahun lepas nye b'day dah posing2 x lama lepas tu aku pun terberanak, terus le lupa nak hapload...