Nuffnang Ads

Wednesday 24 December 2008

Breaking News

Ni sekadar nak menambah entry sebab dah lama menyepi. Tadi seseorang memberitahu bahawa editor majalah Jelita telah dilantik.

Namanya biarlah dirahsiakan, kenela beli majalah Jelita keluaran akan datang. Tak tau le nak ucap tahniah atau takziah di atas perlantikan insan itu. Sepanjang mengenali majalah ini rasanya zaman Kak Ani paling gah. Tak ada orang boleh menggantikan tempat beliau.

Setiap rencana yang diutarakan cukup kritis. Malah, bahasa yang diguna cukup menyanjung bahasa Melayu. Tiada sedikitpun kecacatan ejaan. Penulis jemputan juga bukan sembarangan, Datin Noraini, isteri Datuk Rejab Arbee, orang kuat NST dulu. Aku suka sangat tulisan Datin dan pernahlah berangan menjadi kolumnis.

Dengan perlantikan editor baru ini, entah bagaimana hasilnya nanti ye??? Teringat ketika dia mengepalai satu majalah hiburan dulu, kesalahan ejaan usah cakaplah...rubbish! kata mat salih.

Mungkin pendekatan majalah sekarang berbeza berbanding sebelumnya, sudut fotografi menjadi keutamaan berbanding cerita di dalamnya. Tapi bagi aku, dua2 perlu berjalan seiring. Buat apa membayar RM8, sekadar melihat gambar???

Apapun, aku sangat berharap agar pihak pengurusan mencari editor yang benar2 berkaliber dari setiap sudut- idea kritis, fashion sense, hiburan, dekorasi...pendek kata, seorang ketua yang mampu membawa majalahnya bersaing dalam era kesuraman penjualan majalah masa kini. Bukan sekadar syok sendiri. Tak gitu???

1 comment:

ennieva fauzi said...

agaknya diorang rela melihat majalah itu terlungkup daripada segar bugar. Entahlah...walaupun sudah tidak berada di situ lagi tapi kesian dengan kawan2 yang tinggal...apa nak jadi tak tau la..