Nuffnang Ads

Sunday 7 December 2008

Salam Aidiladha











Caption: Ketika di Kelana Jaya 28 November 2008.

Hari ini semua umat Islam menyambut raya korban. Hari ini juga genap setahun 2 hari emak meninggalkan alam fana ini. Raya korban kebiasaannya tidak disambut meriah oleh keluarga kami, lazimnya abah dan emak akan ke masjid pada paginya, kemudian abah akan melapah lembu korban bersama penduduk dan jemaah masjid Kg Melayu Bt.16, Rawang, sehingga lah ke petang.

Tapi raya korban kali ini aku menyambut berseorangan. Abah berada di Mekah kerana mengerjakan haji bersama mak usu dan atuk. Alhamdulillah rezeki abah untuk ke sana lagi dimakbulkan Tuhan. Kali pertama dia ke sana, sepuluh tahun dulu, bersama arwah emak. Terngiang-ngiang gurauan emak beberapa tahun dulu, "tahun 2008, kalau mak ngan abah dapat ke Mekah lagi, mak nak ko kahwin dulu..."

"Apala...kalau ija tak kawen lagi, mak pegi je lah..." inilah kata2 menyedapkan ati, sebab masa tu akak masih single mingle lagi. Nampaknya gurauan arwah emak tetap tidak kesampaian kerana Februari nanti baru nak naik pelamin.

Tapi kan, banyak perkara yang berkaitan 2008 ni. Contohnya, lesen memandu aku, arwah emak renew kan sehingga Mac lepas, kataya "ni lima tahun terus, lepas ni mak dah tanggung, ko renew sendiri".

Walaupun raya berseorangan, aku tetap juga menyediakan juadah raya. Sejak semalam aku sudah memerap di dapur menyediakan rendang, kuah kacang dan nasi impit. pagi tadi aku sempat juga masak lodeh. Takpelah, kejap lagi boleh jamu Rashid bila dia balik kerja nanti.

Seingat aku ini, kali ke-2 aku beraya sorang2. Pertama kali masa semester akhir diploma. Merajuk punya pasal, langsung tak nak jengah mak abah. Diorang siap buat lemang, aku pulak beraya sorang2. Mujur ada Rahman, tengaharinya kami ke rumah Jasmin, dapatlah merasai suasana raya. Abah menangis ketika menelefon aku ketika itu...ngehngeh...tak berhati perut betul aku ni.





3 comments:

tepcom said...

camera digital price

ennieva fauzi said...

semua tu kenangan yang terindah za...simpanlah di sudut hati yang paling dalam..cewah semental lak..

rynas said...

iskkk wak ni tak baik tau buat ayah awak cam tuh...