Nuffnang Ads

Thursday 25 December 2008

2 hari 1 malam

Sabtu lepas, aku menjemput bakal mak mertua yang pulang dari India di KLIA. Dengan gagahnya aku bangun jam 7am untuk bersiap. Flight touch down jam 0730, maknanya jam 0800 mak mertua akan muncul di pintu ketibaan antarabangsa.

Usai bersiap tanpa mengering rambut, sekadar towel dry, aku memecut kenderaan menuju KLIA. Alah, setakat kenari, berapa sangat yang boleh dipecut. Sebaik tiba, aku menyikat rambut yang mengerbang sebelum keluar dari kereta. Maklum, sepanjang perjalanan aku tidak memasang aircond, guna angin untuk keringkan rambut.

Terus menuju pintu ketibaan antarabangsa, aku tercari-cari kelibat mak mertua sebab jam menunjukkan pukul 8.20. Inilah pertama kali aku menjemput mak mertua seorang diri, sebelum ini bersama Rashid. Tanpa sebarang maklumat penerbangan aku mencari-cari possible flight yang dinaiki mak mertua.

Kakak Rashid yang bercuti di Sabah ketika itu juga gagal mendapatkan nama penerbangan. Sepanjang berdiri, aku dikelilingi aci, meenaachi, aya, baiya, appa, taggachi yang kesemuanya menunggu saudara atau kenalan yang datang ke Malaysia. Korang dapat bayangkan bagaimana situasinya???

Hmm, jenuh juga aku menunggu sehinggalah selepas 30 minit, aku nampak seseorang berbaju merah sedang duduk di tepi tiang berdekatan pintu 5 bersama troli dengan muatan beg baju serta 2 beg guni gula. Rupa2nya mak mertua sudah lama menanti. Aku je yang tak perasan kelibatnya.

Sepanjang perjalanan pulang ke Kota Damansara (pulang ke rumah aku) mak mertua dan aku berbual2 mengenai India, persiapan kahwin dan haneymoon. Selepas membeli roti canai dikedai berhampiran aku dan mak mertua makan sambil melayan pernikahan Mawi kat tv.

Wah, banyak jga komen mak mertua mengenai Mawi, antaranya, dia tak setuju Mawi tinggalkan si Ina dulu. Mengikuti perkembangan artis rupanya...

Tengahari itu aku menyiapkan asam pedas ikan tenggiri bersama ikan goreng serta sayur kacang. Nampaknya dia kurang gemar dengan stail asam pedas aku yang pedas serta kacang pancang...keras katanya. Begitu juga nasi, keras katanya. Aiseh, masakan pertama dah mendapat komen tak best.

Esoknya, dia sendiri yang masak, dari breakfast sampailah makan tengahari. Siap buatkan stok ayam goreng berempah lagi. Seronok jugak, aku cuma membersihkan pinggan mangkuk, cuci baju dan buat apa yang patut.

Aku peratikan mak mertua jenis sempoi, cuma dia tak suka baju berlonggok dan rumah lintang pukang...aku pun tak gemar jugak, serabut otak. Tapi kalau penat, aku pejamkan mata je, buat2 tak nampak.

Malam minggu aku, rashid & mak mertua ke bandar tasik selatan, ke rumah seorang saudaranya untuk mengambil kotak baju. Kelas tak??? pakai kotak je, tak yah beli luggage. Biasalah, mak mertua kalau dengan sedaranya, akan berbahasa ibundanya, aku melopong jelah, sambil pose2 cantik.

Sepanjang berada di rumah aku, mak mertua layan cerita tamil sambil makan kacang. Kalau bosan dia tidur. Yelah, rumah aku pun takde balkoni atau laman, apa lagi yang boleh dilakukan, layan tv je lah...

1 comment:

shahliza94 said...

salam perkenalan cik suri. ngeh 3x. memanglah 1st time melopong bila mak mertua berbahasa ibunda. lama2 nanti terbiasalah. blajo2lah layan citer tamil yer.... kem salam rashid.