Nuffnang Ads

Thursday 30 October 2008

Rehat sebentar...

Bosannya nak menaip story. Tadi baru menyiapkan satu gosip. Ini tengah berkira mahu memulakan intro Siti Sarah. Penatnya otak...tapi dah tanggungjawab, kenelah buatkan?

Malam semalam, aku dan Abdul Rashid telah bertemu official photographer untuk wedding kami, Ikram Ismail di Chawan, Bangsar. Seperti biasa, Syaliza Shapiansuri ini akan tiba lewat daripada yang dijanjikan. Selepas melihat beberapa album dan bertanya serba sedikit aku terus membayar deposit. Alah, takde apa yang nak tanya, dah faham sangat cara kerja abang Ikram masa kerja di BP dulu.

Sekejap sungguh masa berlalu, diam tak diam, hujung minggu bakal menjelma. Esok aku akan ke prebiu media Quantum of Solace...hooray!!! Dan petangnya akan bertemu Man Kajang...yaay!

Oh, malam semalam juga Rahman ada menelefon dan kami berbincang mengenai tema dan warna baju yang akan dipakainya selaku best man. Siapa agaknya bakal menjadi best woman? Hmmm.....

3 comments:

rynas said...

wah dah book pgrafer..masanya semakin hampir..cuma membilang bulan dan hari..cam ner berdebar2 tak hehhehe

Anonymous said...

Cik Suri jgn lupa eh jemput hamba
aritu dh le x dpt dtg masa tunang,
terigin tgk cik suri bersandingan :p

MummySuri said...

jangan bimbang semua kengkawan akan dijemput...