Nuffnang Ads

Monday 5 January 2009

Nu Yer

Kejap sungguh masa berlalu kan??? Dah masuk hari kelima 2009...rasa seperti semalam je baru lepas SPM...(mesti ada kata "Haik Tuih"...hahaha). Pada hari terakhir 2008, aku telah sain kontrak baru. Syukur, nampaknya rezeki di sini kekal. Harapnya aku tidak terlepas bonus yang akan diagih pada Mac atau April nanti.

Tinggal 39 hari saja lagi sebelum aku bergelar 'isteri'. Excited ni, tapi banyak lagi yang perlu di settle. Aku perlu menunggu kepulangan abah dari Mekah untuk menghulur duit...ngehngehngeh. Langsir belum ditempah, kelengkapan bilik pengantin belum ada lagi. Dinding luar rumah perlu dicat baru. Perlu juga mencari kain sedondon untuk famili. Uikss, maunya terkangkang akak nanti.

Tadi Jeejee dari Favors By Eddy baru email quotation tambahan untuk PA system, menjadikan totalnya hampir 6K...dah macam nak buat konsert plak. Tu belum lagi quotation tambahan gift tetamu malam nikah.

Mujur jiran aku, Mad Supian sudah membersihkan persekitaran rumah, segala kotak, botol, zink, kayu atau apa sahaja diangkutnya. Sampaikan kuda mainan aku ketika kecik dulupun diangkutnya, baru plan nak turunkan kepada anak aku nanti. Mujur dia tak membuang lebihan kayu dinding yang ada...maunya bapak aku mengamuk nanti. Yelah, sekeping papan harganya lebih 30 hengget, kalau lebih 100 keping??? Tapi bukanlah menolong dengan tangan kosong, 500 hengget dah tentu. Mamat ni buat keje memang bagus, memang rumah bersih gile.

Sabtu 2 minggu lepas, Rashid membelikan 2 ekor kucing. Memang le best, tapi bila kucing2 tuh hyperaktif, aku plak yang hypertension!!! Apa pun terima kasih Rashid, selepas ni kita sama2 taking care kucing2 tuh yer???

4 comments:

rynas said...

akak pun terexcited juga nak tunggu Liza naik pelamin. kejap jer masa berlalu.pasni timang anak plak pas timang anak kucing hehheheh

Anonymous said...

wahhhh x sabar i nak tunggu kad cik suri, dah lama x nengok kwn2 kawen. tp tercuit hati plak ngan kuda tu, kot dismpan leh gak bg anak2 ci suri ekkekekkee

Anonymous said...

http://lavender-jmkjunk8.blogspot.com/

Lawatilah... blog baru :)

Anonymous said...

http://lavender-jmkjunk8.blogspot.com/

Lawatilah... blog baru :)