Nuffnang Ads

Wednesday 2 January 2008

Tahun Baru. Azam Baru. Hidup Baru???

Wel, well...it's now 2008. Jadi apa agaknya benda hebat akan engkau buat pada tahun ini? Aku seperti tahun-tahun sebelum ini, meriah dengan azam, tapi adoo???

2008, tahun baru untuk aku memulakan perjalanan hidup yang lebih baik. Setelah pemergian emak menemui Illahi pada 6 Disember 2007, aku redha, aku kini perlu menjadi manusia yang patuh pada azam. Patuh pada apa yang aku janjikan.

Aku ingin jadi manusia yang lebih produktif. Pasanan terakhir emak pada aku, "Kerja rajin-rajin". satu ayat klise yang biasa dituturkan oleh orang-orang tua. Tapi perkataan klise itu akan aku ingat sampai bila-bila kerana itu adalah bualan lisan terakhir daripadanya, tiga hari sebelum ke alam lain.

Dan tugas aku sebagai anak, tidak akan berakhir di situ. Ada seorang lagi yang perlu aku jaga, perlu aku curahkan kasih sayang, abah. Nampaknya dia masih bersedih, hilang kekasih dan isteri yang selama ini mengatur makan pakainya. Sesekali air matanya berlinang. Aku tidak boleh turut sama mengalirkan air mata. Aku harus dan akan menjadi insan yang kuat berhadapan cabaran, aku belum sebatang kara. Dan andai aku sebatang kara, aku akan bersiap sedia, jadi insan super.

Terima kasih aku kepada my precious Rashid, kerana dia, aku boleh jadi setabah ini. Dia banyak menasihati agar aku tidak terlalu bersedih dan redha dengan apa sahaja yang berlaku. Dia juga yang menemankan aku sepanjang aku menunggu jenazah tiba dari Terengganu ke Muar.

Nampaknya hubungan kami bertambah baik. Sepanjang emak sakit, ada beberapa kali dia datang bertanya khabar. Emak aku seperti merestui hubungan kami, itu yang aku harapkan. Penerimaan family lain juga bagus.

Pada hari kedua tahun baru ini, aku menerima berita gembira dan sedih. Gembira sebab tunang Rashid mahu putuskan pertunangan apabila diberitahu mengenai hubungan kami; baguslah, aku tak perlu jadi no 2. Sedih sebab aku jadi orang ketiga dan family rashid akan menyalahkan aku.

Tapi aku tak kisah. Buat apa aku takut jika orang yang aku sayang berani memberitahu perkara sebenar. Itu maknanya dia serius. Andai mereka masih bertunangan, aku tetap berada di posisi sekarang, sebab aku sayang dan mahu bersama lelaki ini.