Nuffnang Ads

Monday 22 February 2010

Akan menyusul...

Selepas ini saya akan menghapload pix dan cerita terbaru secepat mungkin. Minggu lepas dah beli laptop berjenama Dell dengan membuat loan daripada bapa. Jika streamyx diaplikasi dalam minggu ni, sempat la kot. Broadband maxis yang diguna sebelum ini sudah pun diterminate.

Thursday 18 February 2010

Eh, dah 2010!

Cepatnya masa berlalu, last entri masih di 2009, skarang dah Februari 2010! Pantasnya! Sedar tak sedar, Ahad lepas dah setahun aku dan Rashid menjadi suami isteri. Dalam masa setahun juga, kami dah ada seorang puteri.

Ahad lepas kami mengadakan majlis akikah Puteri Batrisya Nur Qaseh. Majlisnya simple aja, ramai jugak yang datang walaupun cuti panjang raya Cina. Sebenarnya terlalu banyak aku nak tulis di blog tapi tak sempat2. Gambar pun banyak yang nak di upload, tapi apakan daya tak berkesempatan. Gambar raya dan shopping baju baby pun masih tersimpan, dah basi kalau di upload.

Hari ini merupakan hari ketiga aku bekerja di tempat baru. Tempatnya di bangunan SSP Seri Kembangan, x jauh dari astro. Untuk 3 bulan ni, aku akan join team AKsi. Insyaallah jika tiada aral akan join magazine terbitan astro selepas AF tamat nanti. Semoga segalanya berjalan lancar, dah penat nak bekerja dengan orang yang suka mencarik pasal neh... Lagipun dah ada anak ni, elokla rasanya akak mempunyai pekerjaan yang kurang hectic dan off day sabtu dan ahad. Kang laki bini asyik bekerja kesian pulak kat anak. Biarlah laki je yang bekerja bagai nak gila, sebab dia kan ketua keluarga???