Nuffnang Ads

Monday 14 February 2011

the wonderful year 2

fahd pakai nbaju kakak with pin mitten...hehehe. kelax x???

kakak sayang adik...


condo yang tlah mencuri hatiku...

wah tajuk kemain...the wonderful (erk, yelah tu) gitiew. biasalah, masa bercinta semuanya baik je, tapi bila dah jadik suami isteri, barulah nampak perangai sebenar. adalah itu ini yang tak kena, adat orang berkahwin. semoga ikatan ini kekal sehingga akhir hayat.
memasuki tahun ke-2, alhamdulillah dah ada sepasang cahayamata. cepatkan? cukuplah buat masa ni, aku nak rehat dulu, kalau ada rezeki biarlah 3-4 tahun lagi baru nak tambah. kos nak bersalin sekarang ni mahal, apatah lagi kos nak besarkan anak-anak. sebagai mak yang bekerja, aku semestinya nak luangkan banyak masa dengan anak2 aku, nak bagi yang terbaik untuk mereka - pendidikan, kesihatan, riadah. kalau banyak duit mestilah nak hantar ke sekolah yang terbaik - international school misalnya, tapi itu bukan misi utama. yang penting anak2 diberikan pendidikan sempurna. aku juga nak diorang belajar bermain instrumen, piano misalnya sesuatu yang aku nak lakukan masa kecik dulu tapi tak dapat - maklumla, bukan mak bapak aku bukan orang kaya. nak hantar ke kelas balet dan swimming atau ke art class mungkin. wah besarnya impian seorang syaliza shapiansuri. dah terbentang begitu banyak perancangan mestilah nak kene sediakan duit yang banyak jugakkan??? takpelah, biarlah aku berangan dulu, kalau ada rezeki adalah...
jadik apa yang kami sekeluarga lakukan sempena ulang tahun ke-2 ni? takde apa pun, sebabnya aku masih dalam pantang (x berapa nak pantang sangat pun). ahad kami keluar sekejap ke selayang mall. lepas tu menuju ke kawasan bukit jalil melihat2 kawasan perumahan di sana. im pian memang besar, kalau boleh aku nak berpindah ke tempat yang berdekatan pejabat. tak tahulah samada apa yang aku impikan ni betul atau tidak. kalau aku berpindah, maknanya aku akan meninggalkan rumah sekarang di rawang. bermakna juga rumah ini akan dibiarkan kosong, dan aku akan pulang pada hujung minggu saja.
kalau aku terus tinggal di rawang bermakna aku dapat berjimat, tetapi aku akan menghadapi masalah lewat ke tempat kerja...
dengan 2 anak kini dan kesesakan lalulintas yang forever di jalan selayang/kuching aku rasa ada baiknya kalau aku pindah. at least apabila ada emergency melibatkan anak2, tidaklah lambat nak sampai rumah. hai dalam dilema aku ni...






Saturday 5 February 2011

kakak & adik










layan gambar je lah ye...x kuasa nak tulis story. ni la gambar kakak & adik sepanjang 25 hari...