Nuffnang Ads

Wednesday, 8 June 2011

pulang ke jb


















susunan agak kelam kabut. 4-6 jun we'ol balik jb. lama giler x balik, ni lah berpeluang balik. sempat la g jenjalan ke zoo, aeon tebrau ngan berkaroks ngan rahman yg turun dari singapore. lepas karok menjamu ikan bakar kat melodrum @ 4am. anak kecik aku tinggal ngan mak mertua, si kakak terpaksa angkut sebab dia takmo tido2. x banyak berjalan pun sebab diselangi ngan aktiviti kenduri arwah di rumah MIL ngan nenek rashid ngan 2 kenduri kawen.

Tuesday, 7 June 2011

fashionista


dah pandai nak menerai wedges plak...

Wednesday, 1 June 2011

malas bersisa

Sejak dah ada baby baru, semakin malas pulak nak update blog. tapi aku x de la niat nak padam blog ini. kengkawan lain cam kak ct, ben, kak yam pun nampaknya dah jarang2 berupdate blog. bz melampau mungkin. sama macam aku, kadang2 masa terluang sekejap dihabiskan dengan membrowsing internet. novel2 yang dibeli sebelum bersalin dulu pun x habis2 lagi dibaca. sedang hasben sudah membacanya berulang2.
kat rumah, boleh dibilang dengan jari waktu aku memegang laptop. balik kerja jangan haraplah nak sentuh. kekadang rasa masa bersama ngan anak2 bila hari bekerja sangat sekejap. adalah 2 jam, lepas tu tido. perjalanan pulang selama 1 1/2 atau 2 jam yang disebabkan jem melampau buat aku penat, marah.
hujung minggu masa membersihkan apa yang perlu dan melayan anak2 menonton playhouse disney. ahad pulak adalah hari wajib seisi keluarga menghabiskan masa kat luar. kesian kat anak2 memerap kat rumah je sepanjang 6 hari. hari ahad adalah masa untuk bawa diorang jalan2...
alhamdulillah, batrisya sudah boleh membuat beberapa ayat menggunakan perkataan2 yang dipelajari walau baru 19 bulan. adik pun dah galak gelak bila diagah. skang tengah gian nak bergolek...mujur jugak makcik aku yang dok jaga batrisya rajin mengajar perkataan2 harian. cuma aku harap dia akan ajar english words patu buat sentences. kat rumah bila aku bagi arahan dalam english, dia faham. bullshitkan grammar sebab aku yang tua ni pun terkial2 bab grammar. yang penting dia boleh faham dan bercakap dalam bahse tu.
last week, bila ke mothercare dan disarungkan jengging (jeans+legging) terus perkataan tek (cantek) terpacul daripada multnya. kali pertama aku dengar dia cakap camtu ketika aku datang rumah makcik, dan si batrisah ke hulu kehilir sambil bawak cermin. melihat wajahnya (walaupun fokus tang idung je) yang bertudung. bila tengok cermin dia akan cakap "tek" iaitu cantik.
terasa cepat betul masa berputar...

Tuesday, 3 May 2011

Sunday, 10 April 2011

Monday, 14 March 2011

kembali bekerja

tempoh cuti bersalin 2 bulan secara rasminya dah tamat.hari ini 14 mac aku kembali bekerja. seawal 4.30 terjaga sebab fahd nak menyusu. pukul 5 dah bersiap cuci baju, mandi bagai. 7.05 gerak ke rumah babysitter 1 yakni makcik aku hantar batrisya. 7.20 gitu sampai ke rumah babysitter 2, hantar Fahd pulak. 8.30 dah sampai opis. nasib ari ni x banyak keta. 5.23pm, badan dah terasa penat sangat. inilah dugaan terbaru, berdikari menjaga rumahtangga tanpa bantuan maid yang sesungguhnya sangat hanjing! juga tanpa bantuan ahli keluarga (anak yatim lah katakan)...kalau ikutkan perasaan memang rasa nak meroyan je pikir. tapi akal ni masih waras, mungkin inilah dugaan aku, mungkin sebab dosa2 semalam??? cewahhhh....hahaha.
dan ini semua buatkan aku lebih x sabar nak berpindah...walaupun aku tahu anak2 akan lebih terjamin keselamatannya di bawah jagaan maksu dan cik nami (makcik ni jaga aku masa aku kecik2 dulu, skang jaga anak aku la plak) daripada jagaan taska. fizikal dan mental aku penat, jadik aku perlu berpindah ke tempat berdekatan opis...taklah aku menghabiskan masa 1 jam 1/2 setiap hari di jalanan.

Monday, 14 February 2011

the wonderful year 2

fahd pakai nbaju kakak with pin mitten...hehehe. kelax x???

kakak sayang adik...


condo yang tlah mencuri hatiku...

wah tajuk kemain...the wonderful (erk, yelah tu) gitiew. biasalah, masa bercinta semuanya baik je, tapi bila dah jadik suami isteri, barulah nampak perangai sebenar. adalah itu ini yang tak kena, adat orang berkahwin. semoga ikatan ini kekal sehingga akhir hayat.
memasuki tahun ke-2, alhamdulillah dah ada sepasang cahayamata. cepatkan? cukuplah buat masa ni, aku nak rehat dulu, kalau ada rezeki biarlah 3-4 tahun lagi baru nak tambah. kos nak bersalin sekarang ni mahal, apatah lagi kos nak besarkan anak-anak. sebagai mak yang bekerja, aku semestinya nak luangkan banyak masa dengan anak2 aku, nak bagi yang terbaik untuk mereka - pendidikan, kesihatan, riadah. kalau banyak duit mestilah nak hantar ke sekolah yang terbaik - international school misalnya, tapi itu bukan misi utama. yang penting anak2 diberikan pendidikan sempurna. aku juga nak diorang belajar bermain instrumen, piano misalnya sesuatu yang aku nak lakukan masa kecik dulu tapi tak dapat - maklumla, bukan mak bapak aku bukan orang kaya. nak hantar ke kelas balet dan swimming atau ke art class mungkin. wah besarnya impian seorang syaliza shapiansuri. dah terbentang begitu banyak perancangan mestilah nak kene sediakan duit yang banyak jugakkan??? takpelah, biarlah aku berangan dulu, kalau ada rezeki adalah...
jadik apa yang kami sekeluarga lakukan sempena ulang tahun ke-2 ni? takde apa pun, sebabnya aku masih dalam pantang (x berapa nak pantang sangat pun). ahad kami keluar sekejap ke selayang mall. lepas tu menuju ke kawasan bukit jalil melihat2 kawasan perumahan di sana. im pian memang besar, kalau boleh aku nak berpindah ke tempat yang berdekatan pejabat. tak tahulah samada apa yang aku impikan ni betul atau tidak. kalau aku berpindah, maknanya aku akan meninggalkan rumah sekarang di rawang. bermakna juga rumah ini akan dibiarkan kosong, dan aku akan pulang pada hujung minggu saja.
kalau aku terus tinggal di rawang bermakna aku dapat berjimat, tetapi aku akan menghadapi masalah lewat ke tempat kerja...
dengan 2 anak kini dan kesesakan lalulintas yang forever di jalan selayang/kuching aku rasa ada baiknya kalau aku pindah. at least apabila ada emergency melibatkan anak2, tidaklah lambat nak sampai rumah. hai dalam dilema aku ni...