Nuffnang Ads

Thursday 30 October 2008

Rehat sebentar...

Bosannya nak menaip story. Tadi baru menyiapkan satu gosip. Ini tengah berkira mahu memulakan intro Siti Sarah. Penatnya otak...tapi dah tanggungjawab, kenelah buatkan?

Malam semalam, aku dan Abdul Rashid telah bertemu official photographer untuk wedding kami, Ikram Ismail di Chawan, Bangsar. Seperti biasa, Syaliza Shapiansuri ini akan tiba lewat daripada yang dijanjikan. Selepas melihat beberapa album dan bertanya serba sedikit aku terus membayar deposit. Alah, takde apa yang nak tanya, dah faham sangat cara kerja abang Ikram masa kerja di BP dulu.

Sekejap sungguh masa berlalu, diam tak diam, hujung minggu bakal menjelma. Esok aku akan ke prebiu media Quantum of Solace...hooray!!! Dan petangnya akan bertemu Man Kajang...yaay!

Oh, malam semalam juga Rahman ada menelefon dan kami berbincang mengenai tema dan warna baju yang akan dipakainya selaku best man. Siapa agaknya bakal menjadi best woman? Hmmm.....

Sunday 26 October 2008

Kerna Rynas

Sepanjang minggu ini, seorang ex officemate, Rynas namanya, mahu aku update blog yang dah bersawang ini. Wah...tak sangka, blog ini ada pembaca. Ingat sekadar blog syok sendiri...kira ok la tu! (seperti yang selalu di sebut Saida).

Baiklah, demimu Rynas dan pembaca setia, Abdul Rashid, ku gagahi juga menyusun ayat-ayat sambil mengingati peristiwa penting sepanjang 'kekosongan' blog ini. Bagus juga TV Chap Ayam di rumah ni rosak, sekurang-kurang perhatian akan beralih kepada laptop yang ku kira sangat lembap dan facebook!

Petang tadi aku dan Rashid menghadiri open house Aidilfitri. Rasanya Syawal tahun ini banyak dihabiskan menghadiri rumah terbuka berbanding tahun lepas, secara puratanya sepanjang Syawal berada di hospital menjaga arwah emak.

1 Syawal lalu, pertama kali aku berhari raya tanpa emak. Kali ini kami berhari raya di rumah baru atuk, dan emak di rumah barunya nun jauh di alam barzarkh. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang mukmin...

Tiada baju baru seperti tahun-tahun sudah, cukuplah sepasang kaftan yang dibeli dari Jharah. Itupun sehingga sekarang masih tidak mahir mengikat kain pareonya. Tetamu pun silih berganti, dan banyak masa hanya di dapur.

Ada seorang saudara, datang sekeluarga bersama anak cucu. Setiap tahun datangnya pasti pada raya kedua 12pm. Tahulah hari raya, tapi perlukah kamu datang pada waktu makan tengahari? sudahlah yang datang ibarat rombongan Cik Kiah, kamu pula datang tanpa rasa bersalah... kami yang dikunjungi ini terpaksa pula menyiapkan makan minum kamu, sedangkan kami hanya bertiga (aku, makcik & atuk). Akhirnya tuan rumah terpaksa makan tengahari pada 3 petang!

Inilah perkara yang aku paling benci. Memanglah Aidilfitri masa berkunjung ke rumah saudara mara, tapi jangan sampai menyusahkan tuan rumah dan menambah dosa kami kerana hati membara dengan sikap tetamu.

Syawal juga bermakna aku terpaksa belajar membiasakan diri berhari raya tanpa Abdul Rashid. Saban tahun, 1 Syawal akan diraikan di dapur hatel. Hari akhir Ramadan, aku sempat menyediakan rendang ayam dan ketupat segera sebelum pulang ke Muar. Tapi sayngnya, Rendang yang di bawa ke Muar basi pada tengahari 1 Syawal.

Minggu kedua Syawal, aku mula bertemu wedding planner. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Favors By Eddy akan menyediakan semua keperluan dari pelamin, barang hantaran, khemah dan PA system. Aj dan Faiz dari CantikNYa! Florist menyediakan bunga pahar dan gift tetamu.

Jurugambar pilihan semestinyalah abang Ikram Ismail. Jumaat ini aku akan memilih fabrik bersama abang Man Kajang. Seronoknya! Walaupun plan awal mak mentua mahu fabrik dibeli di Singapura. Ini pun rasa bersalah sebab tak mengajaknya memilih fabrik...

Insan paling berdebar semestinya pakcik Shapiansuri, pastinya dia suspen memikirkan RM yang bakal terbang tidak lama lagi. Minggu ini, RM10K diperlukan untuk membayar semua deposit. Sorrylah bah, ija pokai...!!!