Nuffnang Ads

Monday 17 January 2011

Fahd Amrain Qhalis

alhamdulillah, akhirnya putera pertama kami, Fahd Amrain Qhalis (FAQ) selamat dilahirkan pada 11.30 pagi rabu 120111. sepatutnya lahir 13 februari tapi dek kerana history aku yang pernah buat cesearean masa 1st baby ditambah ukuran baby yang besar, Dr suggest aku beranak awal kaedah sama. risiko untuk kelahiran normal amatlah bahaya seandainya stitches terbukak masa tengah meneran, cost jadik double. akhirnya aku setujula beranak awal.

tarikh yang dicadangkan pada minggu akhir januari. tapi sebab aku asyik complain ada contraction Dr terus suh beranak awaliaitu pada 14 jan. isnin 10 jan contraction agak teruk. siangnya ke hospital, Dr bagi mc dan suntik matangkan paru2 baby. selasa aku ke hospital untuk suntikan ke-2. hari rabu, dapat contraction seawal 1 pagi. tunggu laki balik keje kol 2 pagi, gitu gini kol 5 grak ke hospital. bila sampai hospital contraction dah kurang...nurse kol Dr dan Dr kata x boleh tunggu, kene masuk Operation theater pagi tu gak. sepatutny pukul 9 am masuk OP, ntah macam mana tunda ke 11am. bayangkan, aku dengan rasa x selesanya nak menunggu. tiub kencing pulak dah pasang, kol 10am contraction datang balik, sakitnya Tuhan je tahu. menangis aku hokeyyyy...

alhamdulillah, lepas tu semuanya selamat. FAQ selamat dilahirkan dan aku pun selamatlah membayor bil...hehe. rashid pun dapat tengok kelahiran baby. alhamdulillah baby x ke inkubator, x de jaundice awalnya. pendek kata, sangat bagus untuk kelahiran pramatang 35 minggu. tapi tadi (17jan) FAQ kene tahan di hospital sebab ada jaundice. kenela aku tinggalkan dia hospital dan aku balik rumah (both mummy n baby discharge sabtu lepas).

1 comment:

rynas said...

tahniah liza untuk kelahiran baby kedua