Nuffnang Ads

Monday, 14 February 2011

the wonderful year 2

fahd pakai nbaju kakak with pin mitten...hehehe. kelax x???

kakak sayang adik...


condo yang tlah mencuri hatiku...

wah tajuk kemain...the wonderful (erk, yelah tu) gitiew. biasalah, masa bercinta semuanya baik je, tapi bila dah jadik suami isteri, barulah nampak perangai sebenar. adalah itu ini yang tak kena, adat orang berkahwin. semoga ikatan ini kekal sehingga akhir hayat.
memasuki tahun ke-2, alhamdulillah dah ada sepasang cahayamata. cepatkan? cukuplah buat masa ni, aku nak rehat dulu, kalau ada rezeki biarlah 3-4 tahun lagi baru nak tambah. kos nak bersalin sekarang ni mahal, apatah lagi kos nak besarkan anak-anak. sebagai mak yang bekerja, aku semestinya nak luangkan banyak masa dengan anak2 aku, nak bagi yang terbaik untuk mereka - pendidikan, kesihatan, riadah. kalau banyak duit mestilah nak hantar ke sekolah yang terbaik - international school misalnya, tapi itu bukan misi utama. yang penting anak2 diberikan pendidikan sempurna. aku juga nak diorang belajar bermain instrumen, piano misalnya sesuatu yang aku nak lakukan masa kecik dulu tapi tak dapat - maklumla, bukan mak bapak aku bukan orang kaya. nak hantar ke kelas balet dan swimming atau ke art class mungkin. wah besarnya impian seorang syaliza shapiansuri. dah terbentang begitu banyak perancangan mestilah nak kene sediakan duit yang banyak jugakkan??? takpelah, biarlah aku berangan dulu, kalau ada rezeki adalah...
jadik apa yang kami sekeluarga lakukan sempena ulang tahun ke-2 ni? takde apa pun, sebabnya aku masih dalam pantang (x berapa nak pantang sangat pun). ahad kami keluar sekejap ke selayang mall. lepas tu menuju ke kawasan bukit jalil melihat2 kawasan perumahan di sana. im pian memang besar, kalau boleh aku nak berpindah ke tempat yang berdekatan pejabat. tak tahulah samada apa yang aku impikan ni betul atau tidak. kalau aku berpindah, maknanya aku akan meninggalkan rumah sekarang di rawang. bermakna juga rumah ini akan dibiarkan kosong, dan aku akan pulang pada hujung minggu saja.
kalau aku terus tinggal di rawang bermakna aku dapat berjimat, tetapi aku akan menghadapi masalah lewat ke tempat kerja...
dengan 2 anak kini dan kesesakan lalulintas yang forever di jalan selayang/kuching aku rasa ada baiknya kalau aku pindah. at least apabila ada emergency melibatkan anak2, tidaklah lambat nak sampai rumah. hai dalam dilema aku ni...






Saturday, 5 February 2011

kakak & adik










layan gambar je lah ye...x kuasa nak tulis story. ni la gambar kakak & adik sepanjang 25 hari...




Monday, 17 January 2011

Fahd Amrain Qhalis

alhamdulillah, akhirnya putera pertama kami, Fahd Amrain Qhalis (FAQ) selamat dilahirkan pada 11.30 pagi rabu 120111. sepatutnya lahir 13 februari tapi dek kerana history aku yang pernah buat cesearean masa 1st baby ditambah ukuran baby yang besar, Dr suggest aku beranak awal kaedah sama. risiko untuk kelahiran normal amatlah bahaya seandainya stitches terbukak masa tengah meneran, cost jadik double. akhirnya aku setujula beranak awal.

tarikh yang dicadangkan pada minggu akhir januari. tapi sebab aku asyik complain ada contraction Dr terus suh beranak awaliaitu pada 14 jan. isnin 10 jan contraction agak teruk. siangnya ke hospital, Dr bagi mc dan suntik matangkan paru2 baby. selasa aku ke hospital untuk suntikan ke-2. hari rabu, dapat contraction seawal 1 pagi. tunggu laki balik keje kol 2 pagi, gitu gini kol 5 grak ke hospital. bila sampai hospital contraction dah kurang...nurse kol Dr dan Dr kata x boleh tunggu, kene masuk Operation theater pagi tu gak. sepatutny pukul 9 am masuk OP, ntah macam mana tunda ke 11am. bayangkan, aku dengan rasa x selesanya nak menunggu. tiub kencing pulak dah pasang, kol 10am contraction datang balik, sakitnya Tuhan je tahu. menangis aku hokeyyyy...

alhamdulillah, lepas tu semuanya selamat. FAQ selamat dilahirkan dan aku pun selamatlah membayor bil...hehe. rashid pun dapat tengok kelahiran baby. alhamdulillah baby x ke inkubator, x de jaundice awalnya. pendek kata, sangat bagus untuk kelahiran pramatang 35 minggu. tapi tadi (17jan) FAQ kene tahan di hospital sebab ada jaundice. kenela aku tinggalkan dia hospital dan aku balik rumah (both mummy n baby discharge sabtu lepas).

Thursday, 6 January 2011

Tinggalan 2010

alala, dah 6 hari di 2011, akak baru nak buat review 2010...apa boley buat, malam ni je baru berkesempatan. batrisya dah tido, jadik inila masanya untuk akak menaip. tu pun x tau la brapa lama je lenanya, skang baru 10.14pm, slalunya waktu2 macam ni tengah sakan main kang kol 12 ke atas baru ler nak lena, tu pun jenuh kene paksa. last2 aku gak yang bangun lambat.

awalan 2010 permulaan yang baik hidup berkeluarga, batrisya baru 3 bulan ++, tapi untuk kerjaya bukan permulaan yang baik sebab aku x bekerja masa tu, bolehla dikatakan kontrak aku x disambung. lepas raya cina, aku join team aksi af untuk astro, itupun kontrak je. jadikla ada gak income, walaupun da beberapa bulan sebelum tu rongak. sengkek habis. tapi masa tu mujur arwah abah ada. at least kalo x cukup duit boley la dia top up apa yang patut.

dalam pada aku menganganggur tu, laki masih kerja kat royale chulan. dalam pada dok join aksi ada beberapa kali abah masuk hospital. masa tu dah terasa juga kalau2 abah x lama. tapi lepas beberapa ketika, abah beransur ok. kebetulan pula, masa abah admittted beberapa kali tu, rashid dalam proses nak ke double tree, adala cuti untuk dia jaga.

bila tau je abah x boleh tinggal sensorang, terus je plan nak amik maid. dan apabila aku dioffer untuk join astroview, dan dapat tau pregnant lagi, trus da x tunggu terus je g agensi amik maid.
tapi dugaannya banyak jugak, maid yang aku pilih, seorang muslim x jadik datang pulak. dahla dijanjikan akan dapat dalam masa 5 minggu. duit da bayar 4000. terpaksa tunggu lagi 4 minggu. total menunggu dah jadik 2 bulan. sedangkan kalau buat sendiri kosnya hanya 5000 dan masa menunggu 2 bulan++. maid yang aku dapat seorang kemboja buddha, dah la bongok buat keje. memang stress.

lepas abah kluar hospital, dia ada bagitau aku nak tunjuk sebidang tanah kat templer, katanya kalau dia da x de at least aku tau tempatnya. masa tu aku dah dapat rasa abh macam nak tinggalkan aku. malah ada sekali tu masa kitorang ke serendah tgk rumah sewa, dia suh singgah ke sg choh, mahu tunjuk kebun. memang aku da lama x ke tempat tu. sempat singgah kejap, aku duk dalam keta je, rashid je follow arwah tu pun sekadar kat kawasan sekitar je, sebab kawasan kebun tu di lereng bukit.

bila maid sampai, aku senang hati sket sebab abah da ada org tengok2kan bila kat rumah, walaupun bongokknye maid tu yaamat sangat! mujur juga rashid masa tu dah berenti, jadik dekat sebulan lebih dia menganggur, dia la yang ajar maid buat keje. memang kene ketuk kepala je la kejenye sebab bongok sangat. sebulan dia kat rumah ni, aku dah macam nak pulangkan agensi, tapi bagi peluang sampaila bila abah dah paralized 24 november plan nak pulangkan balik terpadam seketika. lepas abah meninggal 3 disember, aku dah berlembut hati sket sebab maid macam da pandai buat keje, walaupun masih bongok bab komunikasi. tapi bila kantoi curik nasik ngan kencing dalam tin kat bilik, terus aku dah x nak bagi peluang, esoknya terus hantar ke agensi.

kebetulan pulak masa kat agensi ada maid muslim, boleh berbahasa melayu ngan inggeris, terus je aku book walaupun kene bayar extra 3000. bayangkan, untuk maid je bayar kat agensi 13000. dugaan betul.

maid baru ni, x la pandai buat keje sangat tapi dia tahu berbahasa melayu, at least paham apa aku nak walaupun aku suspek dia banyak berehat je masa aku ngan laki g keje. takpe, kalau kantoi tahula nasib ko ye.

pasal maid jugak jiran aku buat fitnah kononnya aku mendera maid, tak bagi makan la hapa. ni semua mula masa bapak aku masuk hospital. heboh la kata maid x makan. aku pun x paham dorang lebih sibukkan maid daripada tuan rumah. malah sejak bapak aku meninggal n lepas dapat maid baru pun jiran2 x habis2 menyibuk. suruh buat itu la inilah. eh plesela, suka hati aku la nak buat apapun. maid aku, aku punya sukalah. memang mentaliti kg sungguh (susah betul dudk kat kawasan melayu). kadang2 rasa nak pindah je, dekat ngan opis, jiran pun x menyibuk.

permulaan 2011, aku dah pun ofisialnya jadik keluarga astro selepas 6 bulan tempoh probation. selama hari ni asyik kerja jadik HR contract je, leceh setiap tahun nak kene sign kontrak. finally dapat permanent.

2011 bermakna aku perlu berdikari. tiada lagi bantuan daripada abah. aku perlu selesaikan banyak benda. kene berhati-hati bila berbelanja. buat masa skang, perkara yang aku takutkan ialah bayaran untuk bersalin nanti. masa batrisya dulu bil hospital rm13 ribu. kali ni aku berharap sangat aku bersalin normal. kalau bedah pun janganlah sampai duduk di hospital sampai seminggu. biiarlah semuanya lancar.

banyak perkara jugak perlu diselesaikan esp berkenaan harta benda arwah. aku perlu settlekan semuanya dan dapatkan persetujuan adik bradik arwah. jangan pulak ada yang nak menuntut itu ini macam yang berlaku kat harta arwah mak, sampaikan hubungan aku ngan atuk n mak usu da terputus. aku jugak perlu selesaikan hutang kad kredit arwah, mujur juga x banyak. semoga keluarga aku dilindungi.
ps: kan betul, x sampai 30 minit tido, anak aku dah terjaga trus sakan main.

Wednesday, 29 December 2010

Fotosut



ni fotosut raya puasa. baru hari ni berkesempatan nak save dalam thumbdrive...

warm up

abaikan barang2 bersepah kat belakang tu. macam ni le aksi anak aku bila nampak henpon. tu konon dia tengah cakap hello, bukan tengah praktis azan ye...


testing katil gojes, regenya 3 ribu, bilala mummy nak kaya, boley beli satu kasik batrisya...






weekend kat bangsar village, jumpa auntie zurin...


uncle wan yang sangat excited layan batrisya...

wohoooo...super excited anak aku bila naik bendalah ni...



ni gambar beberapa minggu lalu. sabtu aku kluar ngan wan selepas settlekan urusan pencen. kebetulan laki plak keje, aisey, tersangatlah boring nak balik rumah...yang ada pun orang gaji (masa tu masih maid lama). petangnya pulak jumpa kak zurin kat bangsar village.

pix ngan laki tu masa pegi beli carseat batrisya, mothercare tgh buat sale sempena krismas. hakak pun truslah pejam mata beli carseat maxi cosy yang sangat2 nak dibeli sejak berbulan dulu. memang le we ol slalu lenjan display mainan setiap kali singgah kat mana2 mothercare. nak beli, ongkos x cukup so we ol feeling2 lenjan je dulu...

kalau dulu masa arwah abah ada x le boring sangat kalau weekend, la ni tiap kali weekend kluar ke mall bawak batrisya main2 kat playland....

Wednesday, 8 December 2010

us minus abah







maid tengah termenung panjang...

ni kat kedai kawasan little india klang.


batrisya dapat kawan baru...





pix ni x de kene mengena ngan hari kejadian. pix ni diambil ketika arwah abah masih kat hospital...





we ol x mahu terlalu ikutkan perasaan sedih kerana ketiadaan abah. sempena cuti maal hijrah, we ol sefamily + maid ke klang. nak amik beg galas yang tertinggal kat mydin klang. sebelum tu singgah makan kat wong solo, shah alam. huish, sampai sakit2 perut sebab kepedasan...and of course la maid di bawak sekali, nak mengangkut apa yang patut. tgk bajunya, dah macam nak pegi event kat hotel...hahaha. baju arwah mak aku, aku sedekah kasik dia.
hari ahad lepas we ol bawak MIL pg beli barang kat little india klang, entah macam mana boleh lupa nak bawak balik beg yang diletakkan di mydin klang. kenelah menyusul semula hari selasa. sebelum ke klang tu jugak, we ol kene saman ngan polis sebab keta x de road tax. ahad yang malang...