Nuffnang Ads

Wednesday, 29 December 2010

Fotosut



ni fotosut raya puasa. baru hari ni berkesempatan nak save dalam thumbdrive...

warm up

abaikan barang2 bersepah kat belakang tu. macam ni le aksi anak aku bila nampak henpon. tu konon dia tengah cakap hello, bukan tengah praktis azan ye...


testing katil gojes, regenya 3 ribu, bilala mummy nak kaya, boley beli satu kasik batrisya...






weekend kat bangsar village, jumpa auntie zurin...


uncle wan yang sangat excited layan batrisya...

wohoooo...super excited anak aku bila naik bendalah ni...



ni gambar beberapa minggu lalu. sabtu aku kluar ngan wan selepas settlekan urusan pencen. kebetulan laki plak keje, aisey, tersangatlah boring nak balik rumah...yang ada pun orang gaji (masa tu masih maid lama). petangnya pulak jumpa kak zurin kat bangsar village.

pix ngan laki tu masa pegi beli carseat batrisya, mothercare tgh buat sale sempena krismas. hakak pun truslah pejam mata beli carseat maxi cosy yang sangat2 nak dibeli sejak berbulan dulu. memang le we ol slalu lenjan display mainan setiap kali singgah kat mana2 mothercare. nak beli, ongkos x cukup so we ol feeling2 lenjan je dulu...

kalau dulu masa arwah abah ada x le boring sangat kalau weekend, la ni tiap kali weekend kluar ke mall bawak batrisya main2 kat playland....

Wednesday, 8 December 2010

us minus abah







maid tengah termenung panjang...

ni kat kedai kawasan little india klang.


batrisya dapat kawan baru...





pix ni x de kene mengena ngan hari kejadian. pix ni diambil ketika arwah abah masih kat hospital...





we ol x mahu terlalu ikutkan perasaan sedih kerana ketiadaan abah. sempena cuti maal hijrah, we ol sefamily + maid ke klang. nak amik beg galas yang tertinggal kat mydin klang. sebelum tu singgah makan kat wong solo, shah alam. huish, sampai sakit2 perut sebab kepedasan...and of course la maid di bawak sekali, nak mengangkut apa yang patut. tgk bajunya, dah macam nak pegi event kat hotel...hahaha. baju arwah mak aku, aku sedekah kasik dia.
hari ahad lepas we ol bawak MIL pg beli barang kat little india klang, entah macam mana boleh lupa nak bawak balik beg yang diletakkan di mydin klang. kenelah menyusul semula hari selasa. sebelum ke klang tu jugak, we ol kene saman ngan polis sebab keta x de road tax. ahad yang malang...

Tuesday, 7 December 2010

Masa itu tiba jua...

Perkara yang paling aku tak ingin lalui akhirnya tiba jua. Jumaat 3 Disember 2010, abah pergi buat selama-lamanya. meninggalkan aku yatim piatu. mujur aku sudah ada anak dan suami, sekurang-kurangnya tidaklah diri terbiar sebatang kara.
alhamdulillah, abah terlantar tak lama, rabu 24 november mula tumbang dan di diagnosed stroke. aku sempat menjaga abah bergilir-gilir bersama laki dan orang gaji. doktor sendiri sudah memberi amaran abah hidupnya tidak lama, kalau untuk sembuh seperti sediakala mungkin tipis. tapi ketika itu aku percaya, kalau Allah izin tentu saja abah boleh pulih. tapi apakan daya, sudah ini ketentuanNya.
seminggu di hopital, abah dibenar pulang ke rumah. kami sewa ambulan kerana abah badannya lumpuh sebelah. tak sampai sejam di rumah, abah menarik keluar tiub yang menjadi tempat laluan makan dan ubat. marah kami bukan kepalang, tapi disimpan dalam hati. itu karenah biasa orang sakit. malamnya kami bawa juga abah ke wad kecemasan dengan kereta dibantu jiran tetangga. hampir 3 pagi abah dibenar pulang.
terlantarlah abah di atas katil sepanjang hari hingga ke malam. tangannya terpaksa kami ikat bimbang ditariknya tiub semula. apabila diberitahu abah boleh di bawa pulang semua kelengkapan sudah kami beli, daripada tilam angin untuk mengelakkan belakang badannya melecet sehinggalah alatan untuk tekanan darah, termometer dan sukatan gula dalam badan. bilik abah ibarat klinik mini!
khamis, abah diurut seseorang. ada perubahan - kakinya sudah boleh ditegakkan, matanya sudah berkelip-kelip, tangannya tidak lagi kesakitan bila diangkat. malam itu abah berpeluh-peluh, sangka kami itu kasan daripada urutan siangnya. malah itulah pesanan tukang urut, abah akan memberi tindak balas pada malamnya. jiran kami sebelum ini pernah lumpuh, dia juga pernah menerima tindak balas seperti itu, alhamdulillah dia pulih seperti biasa. dalam kes abah, rupa-rupanya itulah petanda dia akan pergi. 3 pagi laki beritahu abah sedikit berbeza, nafasnya makain laju, matanya memandang ke atas - lalu dibacakan yaasin 3 kali dan dibacakan syahadah. abah kembali reda dan dia masuk tidur.
6.30 pagi, aku bangun sembahyang subuh. terdetik juga hendak jenguk abah tapi tidak pula aku berbuat begitu. aku terlena sehingga maid kelam kabut mengetuk pintu. tahulah aku ada yang tidak kena. sepanjang berada di hospital dan rumah, maid ditugaskan menjaga abah sepanjang malam. laki menjenguk abah antara jam 1-3 pagi sebelum balik ke rumah (pada awal laki yang tido di hospital, bila abah dah stabil kami suruh maid yang tido di hospital).
bila disoal, maid beritahu sebelum dia keluar menyapu laman abah seperti biasa terbaring dan masih bernafas, apabila dia masuk ke bilik semula, abah sudah tidak bernyawa.
aku redha walaupun ada jiran-jiran yang terlalu sibuk untuk tahu siapa yang mengadap ketika abah pergi. sebagai anak aku sudah melakukan yang terbaik untuk abah. tidak timbul soal siapa yang berada di sisinya. malah ketika emak pergi dulupun, dia pergi sendiri ketika makcik aku sedang solat subuh.
ramai yang melihat jenazah abah sedang tersenyum seperti ketika hayatnya masih ada. malah ketika dimandikan, sepupu abah memberitahu jenazahnya masih panas seperti baru meninggal. ramai yang menyembahnyangkan arwah selepas solat jumaat.
alhamdulillah segala-segalanya telah selamat. ada yang memberitahu abah rindukan emak sejak tiga tahun ini. semoga roh keduanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin.

Thursday, 25 November 2010

panjangkan umurnya

aku sedang berada di dalam toilet dalam masa sama menulis cerita ini. ini saja masa yang ada. waktu sekarang 7.20 pagi. jumaat. hari ini aku mahu EL lagi. hari ketiga abah di hospital. kene strok.
semalam dr beritahu perkara paling aku takuti. kemungkinan abah boleh pergi bila-bila masa menghadapNYA.
sedih, memang terlalu ketika pada waktu diberitahu aku keseorangan. tapi aku kene terima kenyataan. syukur suami banyak membantu dan mujur juga ketika abah rebah tempohari, dia ada di rumah. mujur juga ketika ini aku punya pembantu, setidak-tidaknya kebersihan rumah terjaga disaat-saat kelam kabut begini. malah pembantu bengong itu juga yang menjumpai abah tersungkur di tepi katil ketika mahu ke toilet.
ketika mula2 diberitatahu dr mahu berjumpa, aku tahu pasti ada yang tidak kena. aku kuatkan semangat sebab kali pertama aku menghadapi situasi macam ni ketika emak sakit kanser dulu. bila dr cadang diajar mengucap dan memanggil sedara mara jenguk abah, terus gugur air mata walaupun aku dah cukup kuat untuk tidak menangis pada awalnya.
petang semalam 'keajaiban' berlaku juga apabila scan kali ke-2 mendapati kerosakan otak abah maintain seperti hari pertama - maknanya ada potensi untuk abah bertambah baik atau mungkin kedaannya kekal seperti itu, tidak mampu berkata-kata dan bergerak....
Allah semoga engkau panjangkan usia lelaki itu. tapi kalaupun ajalnya setakat ini, aku terpaksa juga terima kenyataan.

Monday, 22 November 2010

zero=puding=batrisya

serius. aku x de mood nak menulis skang. zero. bahan dah ada, tapi nak memulakan ayat, payahnya la. dari awal tadi aku asyik mengadap pc dengan minda kosong, ngantuk yaamat! kejap2 aku terlelap. tengok keliling, masing2 serius ngadap pc. yang sebelah kiri mmg le manjang ngadap pc, subtitling department. yang belah kanan, yakni team aku, x tau langadap pc sebab menulis atau buat benda lain. tapi masing2 senyap je...tak macam tempat2 kerja aku sblm ni, riuh rendah!

ari ni pepagi dah melantak nasik lemak, disamping bawak belakan puding roti yang laki buat malam tadi. teringin sangat nak makan, terus mintak laki buatkan. lepas balik keje, berlari ke tesco beli bahan2. malam tadi jugak bakar... semalam aku g asemen kat restoran puteri sg penchala. punyalah dok kejar si pasha sandha, zamarul ngan almy, sampaikan makan pun lite2 sajork, x sempat pun menjamah puding roti kat situ. bila dah abis interview, akak pekerja kat situ dah kasik bungkus puding roti. trus terbayang kesedapan puding sepanjang pulang ke opis.

cerita bab batrisya, skang ni ada je benda baru yang dia belajar. semalam aku menyaksikan macam mana dia protes bila ada benda yang dia x nak buat. dah pandai buat muka geram sambil ketap2 gigi. bila kau paksa, dia mula cakar muka. haish! garang tol! pastu bila akak jerit bgtau jgn pegang pampers ketika aku tgh cuci bontotnya, 2 kali ganda kuat jeritannya. bila ingat2 balik, cam sama je perangai aku bila melawan mak aku dulu. hehehe. tapi bila laki jaga, elok je dia behave. bila laki jerit skali, trus diam, nanges...x melawan dah.

ok, aku nak sambung keje...dah dapat mood nak menulis artikel. weeee...

Monday, 15 November 2010

anda rasa saya comel?


warm up dulu...

pastu tunjukkan wajah ceria bersama dua batang gigi...


posing lagiiiiiii ceria...

maintain posing sambil daddy saya melihat2 keta uncle farid...


okeh, saya dah ready nak tido! (dah puas jenjalan)


13-15 November lepas we ol 3 branak ke kuantan. sebelum check in kat swiss garden, jumpa kawan aku si jasmin ngan laki dia farid utk guide ktorg ke resort. ni pixxies masa baru sampai area gambang, tunggu farid amik we ol singgah ke rumahnya sblm ke pantai balok. batrisya baru bangun tido trus je ready utk di snappy gambarnya...