







seperti biasa setiap hari ahad sepanjang ramadan we ol memang keluar sebab hari tu je laki cuti. ahad baru2 ni we ol tlah ke shah alam sebelum ke mid valley. kira marathon carik barang2 raya siri 2. siri 3 aku dah buat sorang2 balik kerja semalam (isnin). siri 4 tunggu ahad ni, nak tuju ke ampang park plak.
tujuan ke shah alam sebab nak tukar barang2 kemas lama, yakni tinggalan arwah emak dan tukarkan ngan barang kemas fesyen baru. nak tunggu aku beli sendiri entah bila tahun lah kan??? setiap bulan duit manjang je x cukup.
kedai emas miezza atau dna germs (dua2 milik tokei sama) memang dah jadik kedai emas rasmi ktorang sejak aku sekolah2. huiii ramai betul la kakak2 dan makcik2 yang datang. mostly kelantanese dan org ganu...dan org rawang cam aku. hahaha. total rege barang2 kemas yang ditukar hari tu 16 ribu lebih...wah sakan akak pilih yang baru. dapatla amik untuk batrisya jugak. sib baik arwah neneknya tinggalkan, kalau x lambat la nak merasa pakai emas sebab aku lebih rela abiskan duit kat makan pakainya dan jugak barang2 mainan.
tapi betulla, sapa yang rajin beli emas, boleh buat duit. patutla orang2 pantai timur, mami penang, sakan beli barang2 kemas...
kalau rege barang kemas turun, rasanya aku nak gagahkab diri membeli...itupun kalau ada duit lebihla kan??? selalunya setiap bulan manjang je x cukup.
x sempat pun nak pusing2 pkns tu...laki dah sibuk ajak ke mid valley plak. kat mid valley we ol singgah gardens dan buka posa kat tgi fridays. 1st time cuba makanan kat situ, laki kate delicious lebih sedap. haruslah lepas ni feeling2 lepak kat delicious je...hehehe. tapi diakui makanan kat delicious sangat sedap...sebab tu banyak media event buat kat sini.
kat gardens aku beli diskaun guess handbag dan kasut kickers tu pun yang dah diskaun 60%. jadikla...alang2 beg lama dah rosak, tukar la.