Nuffnang Ads

Wednesday 25 August 2010

MC 3 hari

Isnin baru-baru ni aku keracunan makanan. inilah padahnya kalau main beli je juadah berbuka kat bazar ramadan. kita bukan tau tahap kebersihan si pembuatnya. mulanya nak masak mee kari, tapi macam dah lambat mood trus hilang, tukar plan pegi kuala kubu baru (sanggup tau, perjalananje dekat 40 minit), pakcik aku kate best sangat. akibatnya, aku mc 3 hari sebab perut memulas2 esoknya (isnin). lepas subuh aku dah ke klinik ngan laki, dapat mc sehari, bila sampai tengahari tak baik2 gak, laki suggest g jumpa obstetrician, dr abdul rahman kat hospital tawakal.
since aku dah mc dan overdue untuk monthly checkup, we ol pergi la. wah excited sungguh enter new building tawakal. cantik, tapi bila tengok kemasan lantai, tepi2 dinding tak lah sekemas mana...mesti kontraktor kaki kapor jugak.
timbang berat badan turun 4 kg, kencing dah clear x de protin. alhamdulillah. bila scan baby dah gerak2. yippe...sukala tuh. lepas scan dr suh g amik darah, result tunggu sejam. dalam masa sejam tu sempat la pulak akak ni muntah2 sambil terkucil. habis basah seluar. alamak, habislah...dah la lepas tu kene jumpa dr balik. last2 buat je lah muka tebal, jumpa dr...dia kasik injection kat bontot hilangkan loya dan sakit perut. ari tu dr bagitau darah putih ada kuman dan bagi antibiotik.
semoga kelahiran kali ni dipermudahkan tanpa sebarang penyakit sampingan seperti kencing manis dan darah tinggi. biarla beranak normal...tak sanggup nak bayar bil spital...hehehe. lagi la pulak dah ada bagunan baru kan, mesti charge naik lagi.
kata laki, ni semua (sakit perut) balasan Tuhan sebab pada hari ahad tu aku asyik membebel kat dia ngan bapa...tambah hangin bila dua2 keta aircondnya out. hangin satu badan akak. dahla cuaca mesia ni melampau2 panasnya skang neh. ceyh, pepandai jer nak jatuh hukum...hehehe.

No comments: