Nuffnang Ads

Sunday 15 August 2010

barang mainan










inilah aktiviti anak aku bila balik rumah...mesti korang perasan kan, semua gambar entri di snap dalam bilik. bukan aka, malas nak duduk kat runag tamu. ruang tamu atas (rumah kayu) dah terminate sementara astro (x berbayo lagi...hehehe), jadik malas la nak melepak kat depan tv nun walaupun anak aku boleh bergolek sakan. ruang tamu 2, kat bawah, x de karpet lagipun lantainya mak aii, berabuk sakan...x sesuai la anak aku nak bergolek2...selalunya aku letak dalam walker je bila tgk tv kat sini. lgpun tv kat bawah ni bapak aku punya siaran, jadik x syok le nak kaco... sudahnya bergolek je lah dalam bilik sambil kami mak bapak layan internet.
batrisya ni lately tersangatlah lasak dan nakalnya...sampaikan aku naik semput. macam mana la makcik aku jaga dia, dahla org tua tu ada asma...hai, janganla si batrisya buat perangai...teruk dia nanti.
anak aku ni pantang la nampak benda2 pelik, semua nak dicapainya. kadang2 puas sua mainan, dia tetap nak benda2 pelik. tgkla bila dapat torch light tu, happy satu macam...
pakcik aku cakap, tak guna ktorang beli mainan mahal2 semua dicampaknya, baik bagi tutup periuk... kalau kat umah makcik aku, bila dia dah mula campak mainan kat kucing, makcik aku akan bagi cawan plastik atau pape je barang dapur yg selamat nak buat main bagi si kecik ni senyap.






No comments: