Nuffnang Ads

Monday 30 August 2010

buka posa @ TGI Friday's










seperti biasa setiap hari ahad sepanjang ramadan we ol memang keluar sebab hari tu je laki cuti. ahad baru2 ni we ol tlah ke shah alam sebelum ke mid valley. kira marathon carik barang2 raya siri 2. siri 3 aku dah buat sorang2 balik kerja semalam (isnin). siri 4 tunggu ahad ni, nak tuju ke ampang park plak.
tujuan ke shah alam sebab nak tukar barang2 kemas lama, yakni tinggalan arwah emak dan tukarkan ngan barang kemas fesyen baru. nak tunggu aku beli sendiri entah bila tahun lah kan??? setiap bulan duit manjang je x cukup.
kedai emas miezza atau dna germs (dua2 milik tokei sama) memang dah jadik kedai emas rasmi ktorang sejak aku sekolah2. huiii ramai betul la kakak2 dan makcik2 yang datang. mostly kelantanese dan org ganu...dan org rawang cam aku. hahaha. total rege barang2 kemas yang ditukar hari tu 16 ribu lebih...wah sakan akak pilih yang baru. dapatla amik untuk batrisya jugak. sib baik arwah neneknya tinggalkan, kalau x lambat la nak merasa pakai emas sebab aku lebih rela abiskan duit kat makan pakainya dan jugak barang2 mainan.
tapi betulla, sapa yang rajin beli emas, boleh buat duit. patutla orang2 pantai timur, mami penang, sakan beli barang2 kemas...
kalau rege barang kemas turun, rasanya aku nak gagahkab diri membeli...itupun kalau ada duit lebihla kan??? selalunya setiap bulan manjang je x cukup.
x sempat pun nak pusing2 pkns tu...laki dah sibuk ajak ke mid valley plak. kat mid valley we ol singgah gardens dan buka posa kat tgi fridays. 1st time cuba makanan kat situ, laki kate delicious lebih sedap. haruslah lepas ni feeling2 lepak kat delicious je...hehehe. tapi diakui makanan kat delicious sangat sedap...sebab tu banyak media event buat kat sini.
kat gardens aku beli diskaun guess handbag dan kasut kickers tu pun yang dah diskaun 60%. jadikla...alang2 beg lama dah rosak, tukar la.





Friday 27 August 2010

pregnancy so far...


alhamdulillah...

ticca berdiri



dah pandai berdiri dah...tgh belajar nak memanjat pulak...fening, fening!!!

buka posa & supper
















ni kejadian sabtu minggu lepas, sebelum aku diserang mc. we ol anak beranak g buka posa kat kg baru, restoran big mama. restoran ni kepunyaan idola laki, chef jasman. so ari tu kami disertai 2 lagi kawan rashid, chef mus ngan afdal (belum boleh panggil chef lagik). we ol sampai lewat sket, adala 5 minit lepas org dah buka posa. akibatnya lauk pauk semer dah licin. walaopun aritu akak x la posa sbnarnya perut ni tetap berbunti girang...lapar lagik...
lepas dah puas dorang borak2 akak bagi hint ajak balik. destinasi seterusnya ke midvalley. walaopun hanya ada kurang sejam, sempatlah beli baju2 batrisya kat mothercare. we ol kluar mothercare pun dah 10.05 gitu.
memandangkan jusco je yg tutup kol 11pm, ktorg tuju ke sana pulak. carik baju batrisya lagi...dapatla beli sepasang hot pant ngan blouse. mak aii, blouse budak2 regenya 100++. kalah baju aku. so amik yg 50% diskaun. nak pakai pun kejap je. masuk ni dah 3 kali beli baju batrisya, memula tu kat sogo masa belum posa. memandangkan baju2 sedia ada dah ketat, kenela borong. dia pun dah 10 bulan, alang2 amik baju 12-18 bulan...
lepas beli baju, perut aku dah x tahan kelaparan, terus tuju delicious. itu je yg masih bukak sebab dah hampir 11pm. memang tekak aku pun lama ngidam carbonara. dah x kira keping2 dalam purse dah...janji dapat. dan batrisya pun happy dapat tumpang sekaki. tapi minum air je lah kan...mana la dia mampu nak mengunyak spaghetti tu...










Wednesday 25 August 2010

MC 3 hari

Isnin baru-baru ni aku keracunan makanan. inilah padahnya kalau main beli je juadah berbuka kat bazar ramadan. kita bukan tau tahap kebersihan si pembuatnya. mulanya nak masak mee kari, tapi macam dah lambat mood trus hilang, tukar plan pegi kuala kubu baru (sanggup tau, perjalananje dekat 40 minit), pakcik aku kate best sangat. akibatnya, aku mc 3 hari sebab perut memulas2 esoknya (isnin). lepas subuh aku dah ke klinik ngan laki, dapat mc sehari, bila sampai tengahari tak baik2 gak, laki suggest g jumpa obstetrician, dr abdul rahman kat hospital tawakal.
since aku dah mc dan overdue untuk monthly checkup, we ol pergi la. wah excited sungguh enter new building tawakal. cantik, tapi bila tengok kemasan lantai, tepi2 dinding tak lah sekemas mana...mesti kontraktor kaki kapor jugak.
timbang berat badan turun 4 kg, kencing dah clear x de protin. alhamdulillah. bila scan baby dah gerak2. yippe...sukala tuh. lepas scan dr suh g amik darah, result tunggu sejam. dalam masa sejam tu sempat la pulak akak ni muntah2 sambil terkucil. habis basah seluar. alamak, habislah...dah la lepas tu kene jumpa dr balik. last2 buat je lah muka tebal, jumpa dr...dia kasik injection kat bontot hilangkan loya dan sakit perut. ari tu dr bagitau darah putih ada kuman dan bagi antibiotik.
semoga kelahiran kali ni dipermudahkan tanpa sebarang penyakit sampingan seperti kencing manis dan darah tinggi. biarla beranak normal...tak sanggup nak bayar bil spital...hehehe. lagi la pulak dah ada bagunan baru kan, mesti charge naik lagi.
kata laki, ni semua (sakit perut) balasan Tuhan sebab pada hari ahad tu aku asyik membebel kat dia ngan bapa...tambah hangin bila dua2 keta aircondnya out. hangin satu badan akak. dahla cuaca mesia ni melampau2 panasnya skang neh. ceyh, pepandai jer nak jatuh hukum...hehehe.

Thursday 19 August 2010

maid 0 maid

sedang ayik tengok blog bergambar bazar ramadan kj. tetiba dapat panggilan agen maid. katanya maid yg aku pilih tu tetiba plak mak bapak dia meroyan tak kasik datang kerja sini. sepatutnya maid aku sampai minggu depan. hanjeng tol, dah tau mak pak ko x kasik yg ko gatal2 tangan gi apply wat pe? kira skang ni aku da tanggung kerugian sebab terpaksa pilih maid lain dan buat balik proses all over yg amik masa sebulan. walaupun ajensi kata x charge pape, tapi still, aku kerugian masa!

laki dah mengamuk sebab maid lambat...aku plak cam x de perasaan marah plak posa2 ni. kira ni ramadan kedua la ada insiden. tahun lepas we'ol bertegang urat ngan kontraktor yg jugak jiran kampung sebab menjahanamkan rumah ktorang. akibatnya sampai sekarang dah jadik seteru. pernah jugak rasa nak upah orang bunuh sebab perangainya yg sungguh kurang ajar, mengugut2 bapak aku dan dah beberapa kali langgar orang tua tu. dah la ko charge mahal, kerja cam taik, rumah aku rosak, pasang tiles cam cibai, laman rumah aku ko biarkan bersepah x berangkat lebihan batu bata bagai. endingnya, terpaksa upah orang lain yg jugak jiran kami, mad (kwn sekolah aku) untuk bersihkan keliling rumah. malah mad ni la yg jaga laman rumah ktorg setiap bulan, potong rumput, sapu laman, tebang apa yg patut ala2 tukang kebun sekolah gitu. upah dia mahal sket, 200 sebulan tapi puas hati.

disebabkan kontraktor jahanam tu jugak, ktorg terpaksa buat tong taik baru disebabkan jamban bapak aku tersumbat...bayangkan x sampai 3 bulan rumah siap jamban dah tersumbat. stakat ni dah 3 kali tukar toilet bowl. terpaksa panggil jentolak korek lubang, dah tambah kos. spatutnya kalau ko ngaku kontraktor pandaila plan kat mana nak buat tempat kumbahan, adake guna tong lama, punyalah jauh lokasi... nasib baik la ada si kontraktor mad ni yg settle kan masalah. tapi berbaloila kan ko mintak pun kau2 punya rege...

endingnya jugak, sampai skang kitorang masih x bayar baki upah 1000++. sepatutnya lebih daripada tu, tapi bapak aku telah digertak oleh si babi kontraktor meskin (patotla rumah ko cam tu jek. sebab orang dok menyumpah kat ko. harap bergaya je lah ngan hilux ko tu..) bila aku ngan laki x de kat rumah. bapak aku ngan terketar2 tulis check 5000 bagi kat dia.

bayangkan, renovate sikit je hampir 50K. hasil kerja tah hapa2. lepas tu dinding dah mula retak seribu. sakit hati tuhan je tau.
setiap kali nampak, memang aku menyumpah gila2 punya. skang ni nampak bini dia ngan anak2 dia pun aku rasa dah menyampah sangat, walopun bini dia dulu baik ngan kitorang infact kalo jumpa kat kenduri pun masih tegur aku.

berbalik soal maid, aku baru la ingat akan ada orang yg kemas rumah sebelum raya. nampaknya memang tidakla kan??? lantakla sambut raya ngan rumah ibarat tongkang pecah. x kosa. pening kepala pikir. sebelum puasa, penyewa kat serendah dah blah. bila di check kondisi rumah, mak aii, banyak nak kene repair. nasib baik ada si mad, kenelah tunggu lepas raya baru boleh disewakan balik. cadangnya nak tukar bumbung sebab memang dah out.

kesian bapa, mesti pening pikir RM...sebab anaknya ini tidaklah kaya untuk menghulurkan duit...

Tuesday 17 August 2010

Batrisya 10 bulan

kejap je masa berlalu...hari ni 17/08/2010 batrisya dah 10 bulan. kalau dia x kluar awal ari tu, kira baru 9 bulan gitiew... apapun alhamdulillah semuanya selamat. dia pun makin sihat, makin lasak, makin nakal dan dah panjang akal. ada je benda yang dia nak. paling suka kalau dapat kertas, buku, majalah atau suratkhabar. capai, belek2 terus masuk mulut. kira kalau nak bijak, dia akan kunyah...
hari ni jugak aku dah masuk minggu ke-14 2nd trimester. so far puasa ok lagi. baru sehari tinggal, sebab x sahur. lapo... hari ni dok browsed blog2 makan. terus terliur. teringin sangat nak makan western ngan chinese cuisine...sedapnya!!!

Sunday 15 August 2010

naughty girl la you







itulah ayat bapak aku, bila mendukung batrisya sebelum berbuka semalam. anak aku sekarang ni memang lasak. kalau ada hp kat sebelahnya, terus je capai masuk mulut. selalunya hp bapak aku la akan jadik mangsa sebab kalis air liur. ni pix selepas berbuka posa...sebelum nak mandi.

jengah bazar ramadan




semalam, yakni hari ahad bersamaan 15 ogos 2010 kami anak beranak telah mencemar duli (boley???) melawat bazar ramadan di jalan raja alang. mulanya tuju jalan tar, malilau carik kat mana nak beli juadah buka puasa, yang ada hanyalah baju2 serta barang2 raya...
20 minit berjalan, laki ajak patah balik sebab dia agak tensi dengan kekonfidenan aku kata ada jual makanan buka posa kat sana.
so we'ol menuju ke jalan raja alang bersebelahan kg baru itiew untuk beli juadah...batrisya sangat kagum tengok ramai umat manusia dan deretan gerai2 yang ada. masa di jalan tar, we'ol bawak stroller, sebab yakin batrisya dah boleh duduk dengan jayanya, sebelum keluar rumah, akak mintak laki pasangkan sarung stroller. patutnya testing dulu. bila dah letakkan atas stroller, si batrisya menggelongsor ke tepi je. kejap2 nak kene betulkan duduknya. nampaknya lepas ni kene bukak la sarung quinny ni dan pakai balik carseat maxi cosy tu...
tu yang bila pegi bazar we'ol x nak dah bawak stroller...hah mrasalah lenguh2 dukung budak ni. dah la lasak. memula laki dukung, pastu bila buat pusingan balik, turn aku yang dukung...nak tercabut urat2...rasa nak tumbang je dah otw ke kereta...


barang mainan










inilah aktiviti anak aku bila balik rumah...mesti korang perasan kan, semua gambar entri di snap dalam bilik. bukan aka, malas nak duduk kat runag tamu. ruang tamu atas (rumah kayu) dah terminate sementara astro (x berbayo lagi...hehehe), jadik malas la nak melepak kat depan tv nun walaupun anak aku boleh bergolek sakan. ruang tamu 2, kat bawah, x de karpet lagipun lantainya mak aii, berabuk sakan...x sesuai la anak aku nak bergolek2...selalunya aku letak dalam walker je bila tgk tv kat sini. lgpun tv kat bawah ni bapak aku punya siaran, jadik x syok le nak kaco... sudahnya bergolek je lah dalam bilik sambil kami mak bapak layan internet.
batrisya ni lately tersangatlah lasak dan nakalnya...sampaikan aku naik semput. macam mana la makcik aku jaga dia, dahla org tua tu ada asma...hai, janganla si batrisya buat perangai...teruk dia nanti.
anak aku ni pantang la nampak benda2 pelik, semua nak dicapainya. kadang2 puas sua mainan, dia tetap nak benda2 pelik. tgkla bila dapat torch light tu, happy satu macam...
pakcik aku cakap, tak guna ktorang beli mainan mahal2 semua dicampaknya, baik bagi tutup periuk... kalau kat umah makcik aku, bila dia dah mula campak mainan kat kucing, makcik aku akan bagi cawan plastik atau pape je barang dapur yg selamat nak buat main bagi si kecik ni senyap.






Friday 13 August 2010

panggilan amy

wuaaa...kagum dengan diri sendiri bila mendapat panggilan telefon daripada rocker amy. ceyh, kecoh arr ko syaliza shapiansuri, orang lain buat asemen dapat call perdana menteri pun x kecoh...hahaha.
bukan apa, saja je nak bagitau betapa gembiranya dapat bercakap dengan beliau walaupun sekejap. hehehe. aku pernah la menghinterview amy sebelum ini, tapi interview one on one x sama la ngan kat tepon. kalau berdepan, macam2 soalan nak tanya. tapi bila bercakap ditalian, akak trus gugup...blank! tak teringat soalan2 yg nak ditanya walaupun dah di listkan. hahaha...
satu lagi, amy ni jenis cakap straight forward, ko tanya apa itu la yg dijawabnya. tak tergelincir langsung...bertambah2lah akak gugup (ceyh! poyo statement). tidaklah seperti si azwan ali itiew yg boleh bercerita berjam2 ditalian.
pape pon, terima kasih bebanyak kat norish, isteri beliau yg jelita itu mengatur phone interview. tersangatlah mudahnya. bukan macam sesetengah artis generasi baru skarang ni yg punyalah berangan ko tu hebat dan meletop sampaikan nak jawap 10 soalan pun berminggu mengejarnya. piiiiraaahhhhhhh. apa ko bajet ko hensem ke? laki aku lagi hensemla...(motif tetiba masuk bab laki pulak?)

Wednesday 11 August 2010

belajar duduk












Yippie! selepas beberapa lama hanya bergolek dan membuat pusingan 360 darjah, akhirnya semalam batrisya sudah boleh duduk dengan sendirinya. aku diberitahu sepupu (anak makcik aku aka babysitter) bahwasanya anak aku ni dah boleh duduk tanpa perlu bantuan. makcik aku bagitau sesungguhnya anak aku ini sangatlah eksennya semalam tidak mahu dipegang kerana over excited sudah boleh duduk!
malam tadi selepas berbuka puasa aku pon trus mintak batrisya buat demo sambil laki berFB... wah kelas lah anak mummy. skang ni dah boleh cakap abah panggil pakcik aku. sepupu aku plak dengan jelesnya berkata, "weh itu abah aku la, bukan abah ko" setiap kali anak aku memanggil bapaknya abah...hahaha...