Nuffnang Ads

Wednesday 8 September 2010

Salam Lebaran 2010

di saat ini, pada jam 11.54 pagi, khamis 9 september aku masih mengadap pc di kubikel. bila aku boleh bergerak pulang. esok dah raya. banyak benda yang perlu diselesaikan. apa boleh buat, cuti x banyak, terpaksalah gagahkan diri datang kerja. minggu depan aku cuti lama. lepas hari malaysia baru masuk kerja.
semalam seharian aku membelek majalah2 dan baca blog2. sampai terlelap beberapa kali. bukan takde kerja, tapi mood x mari...hahaha.
balik ni misi pertama membasuh semua pakaian kotor sebab esok lepas sembahyang jumaat nak gerak balik jb. lepas tu perlu menyiapkan rendang dan sambal ikan bilis. malam nanti laki pulak yang akan ambil alih tugas memasak kari kambing. esok pepagi kenelah aku gagahkan diri masak kuah lodeh.
mujur malam tadi aku dah kupas bawang bagai. cili kering kisar pun dah beli. kuah kacang beli instant je. malam ni tugas aku menyediakan bahan untuk lodeh, hiris bawang ngan kacang panjang.
terpaksalah aku mintak kazen jaga batrisya kejap sementara aku siapkan barang2 ni...
esok pertama kali aku beraya kat rumah sendiri bersama laki, anak ngan bapak. happy ada, sedih pun ada. yerla selama ni beraya kat muar tapi lepas atuk aku buat perangai, bapak aku pun malas nak beraya kat sana. lebih baik beraya kat rumah sendiri. tak pergi melawat kubur mak la nampaknya. takpelah, doa lepas semayang pun dah memadai.
sah2 tetamu yang akan datang esok family pakcik aku yang tinggal berjiran...pastu we ol pegi beraya ke rumahnya. senang...hahaha.
teringat pulak masa mak aku ada, dia kelam kabut masak, pastu nak siapkan barang2 nak bawak balik kampung susun dalam keta. selalunya dia buat sorang sebab aku ngan bapak x pandai nak susun. dan selalunya dia akan membebel sebab perlu buat sensorang.
esok turn aku, siapkan abju sendiri, anak ngan bapak. laki selalunya akan kemas barang2 sendiri. bab susun dalam bonet, kerja dia jugak. tq yer sayang (bodek la sket...hahaha).
kepada semua kengkawan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA KITA TERUS KEKALKAN PERSAHABATAN...selamat beraya sakan!

ps: bos baru singgah suh aku chow kol 1pm. yaay!

No comments: