Nuffnang Ads

Sunday 5 September 2010

surprised!





wah gitoh tajuk entri...sebelum ni kan akak tlah merajuk sakan sebab laki x ucap selamat hari tua gitu...tengahari sabtu lepas (4 september) masih boleh tahan rajuk dan buat2 cam x de hapa berlaku. bila dah masuk jam 9pm mula rasa geram. lepas pukul 12am terus meletup, bila laki balik kol 4.30am akak terus dah x nak bercakap lantak kau lah gitu...
pepagi ahad (takla pagi sgt kol 11am gitu, akak buat hal sendiri siapkan kan anak bagi makan mandi semua) kol 1pm (gila lambat) basuh baju (guna tangan hokey...baju2 kerja aku x guna mesin) laki bagitau ajak pg berbuka puasa ngan kengkawannya..dalam hati waktu tu, hmmm...layankan je. memang plan semalam nak pg ke ampang park carik baju raya aku. kalau laki x nak ikot smalam, aku nekad pegi sendiri je, bawak kazen aku yang sorang neh, dia ni mmg rajin mengikut. maunya tak nak, lepas puas berjalan pg makan2, selalunya cam tu la...
dalam keta otw ke ampang park aku dah tak kuasa nak merajuk, buat macam biasa je ngan laki. kira redha je lah dapat laki yang x reti nak ingat tarikh lahir aku kan??? dah puas berabis duit kat ampang park (memang pokai dah, dah bayar primium insuran bagai...) aku cadang we ol trus ke klcc suh laki ajak kengkawannya ke sana je sebab aku nak ke la senza.
tapi laki buat2 tak nak dan kate nak drop aku kat klcc dan dia nak join kengkawannya. dalam hati aku memang dah agak akan ada berlaku sebab laki beria sangat nak join kan???
dah sampai kat area kedai makan kat pandan cahaya dan selepas berbuka posa, aku bagi hint ajak balik sbb nak ke klcc. tapi laki suh tunggu jap ada satu lagi benda katanya. masa ni memang aku dah pasti mesti akan ada kek yang bakal kluar tapi buat2 bingai je lah kan??? yang kazen aku ni dok la sibuk tanya bila nak chow, sedangkan laki dah bagitau plan surprise tuh kat dia. ceh konon2 x tau pape lah kan.
x lama pastu muncullah sebiji kek berlilin 3 batang di saat aku mengendong batrisya yang tengah lena tido. jeng, jeng, jeng...tepat x tekaan akak cik bedah??? terima kasih la kat laki yang susah payah buat kezutan. saya x mintak...ucapan selamat mengingati tarikh lahir tepat pada masanya (yakni 4 september) sudah memadai. tapi kalau disertai dengan surprise gini kira advance lah kan??? akak terharu gitu, tapi takde pulak air mata yang mengalir semalam...hehe
jadi inilah kisahnya kejutan sambutan hari lahir yang ke 30 daripada laki pada tanggal 5 september. lewat sehari...tolonglah tahun depan jangan buat camneh lagi...buat2 lupa tarikh lahir ai...tak suka tau!!!

2 comments:

rynas said...

tgk laki ingat sebenarnya saja nak wat surprise tau..jgn merajuk2 lagi tau cik liza

MummySuri said...

sensitif la kakak, hati ni ibarat kaca...wahhhh kelas x statement??? hahaha...