Nuffnang Ads

Thursday 30 September 2010

Salam Lebaran 2010 (3)

Seperti yang dijanjikan, akak hapload pix raya...ni semua masa 1st day raya. kat rumah aku di rawang. we ol beraya ngan keluarga pakcik yakni adik bapak aku yang juga adalah jiran kami. pix akan dihapload berperingkat ye...


Family Abdul Rashid Hashim


Family Shapiansuri





Family Abdul Aziz (yakni atuk aku) Shapiansuri & Zulkipli



Ni sebelum start amik pix family




Ticca & atuk


Tok ayah rakam aksi gedik ticca


Ticca ngan tok ayah & nenek


Ticca amik mood posing...




melantak time...


menu pagi raya, sorryla umah ai x de queen anne ke vantage, semua masuk periuk dan hidang...tunggu la tahun depan aku beli bekas proper sket...


ticca & mak ngah nadirah


bermaafan ngan daddy


sebaik lepas mandi...bangun lewat minah ni, dah kejut banyak kali pun x bangun2. last kol 10 pagi baru le bukak mata, itupan lepas kene paksa.














Monday 27 September 2010

disko uols!


pix di atas tiada kaitan ngan tajuk entri. ni pix masa umurnya tiga bulan, lepas kene sunat...nanges kejap pastu dah bley g jenjalan...
malam tadi aku tlah menyaksikan satu lagi perkembangan batrisya. sudah boleh berdisko uols...mengelenjat habes! tak henti2 neh menari ikut irama (macam crita ahmad albab tu) sambil aku memegang tangannya.
lokasi kejadian di rumah makcik aka babysitter. memula sampai dah merangkak satu rumah, pastu nampak meja terus panjat je. skang ni dah laju memanjat anak tangga kat rumah. aku la yang risau, bapak pulak asyik x senang duduk sebab cucunya pantang lepa, terus tuju ke tangga je. ari tu bapak aku leka tgk tv, aku plak ke dapur buat susu, tetiba bapak aku jerit suh tgk apa si batrisya neh dah buat...dah memanjat tangga uols! diam2 je dia buat keje.
skang ni pulak dah ligat menari! wah dancing queen uols! tak sampai sebulan lagi umur batrisya setahun. aku adalah merancang nak buat majlis birthdaynye kecil-kecilan, harap2nya menjadila sebab awal oktober bapak aku akan ke ijn, takut kelam kabut pulak. hopefully masa tu maid dah sampai, tadi tepon ke agency katanya 5 oktober ni sampainya...

Thursday 23 September 2010

sesi makan2 di kabul

sorry yer, ticca x boleh makan...tengok je sudah!




ekspresi wajah yang baru dipelajari...asyik le buat muka cengginih!



akak posing tuang teh hape ke benda tah namanya. ada rasa bunga cengkeh bagai. nun budak kecik yang kat belakang tu anak jiran kampung, adib namanya. mak paknya pun makan kat sini gak. bapak aku panggil budak ni 'bf batrisya'.

1st day menerai makan kat sini...




Dua hari berturut2 kami dik makan malam kat restoran kabul di tesco rawang. Hari pertama aku anak beranak. Hari kedua bawak bapak. laki lah beria sangat ajak makan kat sana, sedap katanya. memang sedap pun beriani ngan menu lain. harga pun berpatutan ngan portion menu. bapak pulak, dah x toleh kiri kanan bila dapat roti naan ngan puri (kalau x salah la) kambing.

Monday 20 September 2010

Salam Lebaran 2010 (2)

kat rumah moyang di mahmodiah, jb



kat rumah atok kat klang







kuar jenjalan ngan tok ayah, tesco rawang sajork...monyok je??? pehal???




Dah sambung kerja semula sejak jumaat lepas. ni pix batrisya g beraya ke rumah atuk2 sedara dan posing2 ngan kawan baru, farisya anak kazen aku. pixnya x banyak, lepas deadline hapload pix raya beserta stori morinya...

Wednesday 8 September 2010

Salam Lebaran 2010

di saat ini, pada jam 11.54 pagi, khamis 9 september aku masih mengadap pc di kubikel. bila aku boleh bergerak pulang. esok dah raya. banyak benda yang perlu diselesaikan. apa boleh buat, cuti x banyak, terpaksalah gagahkan diri datang kerja. minggu depan aku cuti lama. lepas hari malaysia baru masuk kerja.
semalam seharian aku membelek majalah2 dan baca blog2. sampai terlelap beberapa kali. bukan takde kerja, tapi mood x mari...hahaha.
balik ni misi pertama membasuh semua pakaian kotor sebab esok lepas sembahyang jumaat nak gerak balik jb. lepas tu perlu menyiapkan rendang dan sambal ikan bilis. malam nanti laki pulak yang akan ambil alih tugas memasak kari kambing. esok pepagi kenelah aku gagahkan diri masak kuah lodeh.
mujur malam tadi aku dah kupas bawang bagai. cili kering kisar pun dah beli. kuah kacang beli instant je. malam ni tugas aku menyediakan bahan untuk lodeh, hiris bawang ngan kacang panjang.
terpaksalah aku mintak kazen jaga batrisya kejap sementara aku siapkan barang2 ni...
esok pertama kali aku beraya kat rumah sendiri bersama laki, anak ngan bapak. happy ada, sedih pun ada. yerla selama ni beraya kat muar tapi lepas atuk aku buat perangai, bapak aku pun malas nak beraya kat sana. lebih baik beraya kat rumah sendiri. tak pergi melawat kubur mak la nampaknya. takpelah, doa lepas semayang pun dah memadai.
sah2 tetamu yang akan datang esok family pakcik aku yang tinggal berjiran...pastu we ol pegi beraya ke rumahnya. senang...hahaha.
teringat pulak masa mak aku ada, dia kelam kabut masak, pastu nak siapkan barang2 nak bawak balik kampung susun dalam keta. selalunya dia buat sorang sebab aku ngan bapak x pandai nak susun. dan selalunya dia akan membebel sebab perlu buat sensorang.
esok turn aku, siapkan abju sendiri, anak ngan bapak. laki selalunya akan kemas barang2 sendiri. bab susun dalam bonet, kerja dia jugak. tq yer sayang (bodek la sket...hahaha).
kepada semua kengkawan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA KITA TERUS KEKALKAN PERSAHABATAN...selamat beraya sakan!

ps: bos baru singgah suh aku chow kol 1pm. yaay!

Sunday 5 September 2010

menjelang 30 tahun











sorry la yer, uols terpaksa baca entri tentang peningkatan usia aku yang ke 30 je sebelum raya ni. lepas balik kerja jumaat lepas, aku ajak kazen aku kluar g jenjalan kat selayang mall. konon nak carik baju raya...dah jalan2 tgk dan x de yang berkenan last2nye masuk parkson belikan mainan batrisya.
pastu kol 11 lebih pg ke papa rich kat rawang sebab kazen aku kate dah lapa. anak aku pun macam lapar jugak sebab sebelum ke selayang mall dia tlah memuntahkan semua makanan yg ditelan sebelum tuh.
bila dah abis melantak dan tunggu laki otw ke sana dari tempat kerja aku bukakkan mainan baru kasik batrisya. macam biasala, anak aku memula dapat cam excited la...bila dah 10 minit, mainan dicampak ke lantai. ceyh...abis 40 hengget aku...
bila laki sampai melewati 12am, langsung dia buat2 lupa bahwasanya aku sudah berusia 30 tahun...lalu bermulalah rentetan siri merajuk selepas itu...hahaha.








surprised!





wah gitoh tajuk entri...sebelum ni kan akak tlah merajuk sakan sebab laki x ucap selamat hari tua gitu...tengahari sabtu lepas (4 september) masih boleh tahan rajuk dan buat2 cam x de hapa berlaku. bila dah masuk jam 9pm mula rasa geram. lepas pukul 12am terus meletup, bila laki balik kol 4.30am akak terus dah x nak bercakap lantak kau lah gitu...
pepagi ahad (takla pagi sgt kol 11am gitu, akak buat hal sendiri siapkan kan anak bagi makan mandi semua) kol 1pm (gila lambat) basuh baju (guna tangan hokey...baju2 kerja aku x guna mesin) laki bagitau ajak pg berbuka puasa ngan kengkawannya..dalam hati waktu tu, hmmm...layankan je. memang plan semalam nak pg ke ampang park carik baju raya aku. kalau laki x nak ikot smalam, aku nekad pegi sendiri je, bawak kazen aku yang sorang neh, dia ni mmg rajin mengikut. maunya tak nak, lepas puas berjalan pg makan2, selalunya cam tu la...
dalam keta otw ke ampang park aku dah tak kuasa nak merajuk, buat macam biasa je ngan laki. kira redha je lah dapat laki yang x reti nak ingat tarikh lahir aku kan??? dah puas berabis duit kat ampang park (memang pokai dah, dah bayar primium insuran bagai...) aku cadang we ol trus ke klcc suh laki ajak kengkawannya ke sana je sebab aku nak ke la senza.
tapi laki buat2 tak nak dan kate nak drop aku kat klcc dan dia nak join kengkawannya. dalam hati aku memang dah agak akan ada berlaku sebab laki beria sangat nak join kan???
dah sampai kat area kedai makan kat pandan cahaya dan selepas berbuka posa, aku bagi hint ajak balik sbb nak ke klcc. tapi laki suh tunggu jap ada satu lagi benda katanya. masa ni memang aku dah pasti mesti akan ada kek yang bakal kluar tapi buat2 bingai je lah kan??? yang kazen aku ni dok la sibuk tanya bila nak chow, sedangkan laki dah bagitau plan surprise tuh kat dia. ceh konon2 x tau pape lah kan.
x lama pastu muncullah sebiji kek berlilin 3 batang di saat aku mengendong batrisya yang tengah lena tido. jeng, jeng, jeng...tepat x tekaan akak cik bedah??? terima kasih la kat laki yang susah payah buat kezutan. saya x mintak...ucapan selamat mengingati tarikh lahir tepat pada masanya (yakni 4 september) sudah memadai. tapi kalau disertai dengan surprise gini kira advance lah kan??? akak terharu gitu, tapi takde pulak air mata yang mengalir semalam...hehe
jadi inilah kisahnya kejutan sambutan hari lahir yang ke 30 daripada laki pada tanggal 5 september. lewat sehari...tolonglah tahun depan jangan buat camneh lagi...buat2 lupa tarikh lahir ai...tak suka tau!!!