Nuffnang Ads

Thursday 15 July 2010

baju raya

Hari ni akak bermalas-malasan di opis. separuh hari dihabiskan mencari baju di jedan, shah alam untuk fotoshoot. bila dok mikir puasa tak lama lagi, mula gelabah, baju raya tak ditempah lagi. alahai mana nak carik tailor yang jahit sedap? tengok baju2 kat jedan tadi jatuh cinta, beadednya, wahhh mengerlip gitu. bila belek rege, wah 2 ribu hengget! overnya beli baju raya sampai 2 ribu! tunggulah kalau aku dah kaya nanti, rege 2 ribu tu mungkin ibarat 2 hengget je...hehehe
akak pun saja tanya, kalau nak tempah jahit berapa charge. katanya rege bermula 400 ke atas. tak termasuk beads gitu. wah2 cukuplah baju2 kawin akak je rege cecah ribu2...kalau nak raya lupakan je lah!
tapi bila difikir balik, sebenarnya memang berbaloi hantar ke tailor berjenama ni...bukan apa, kualiti terjamin. dah tentu ukuran mereka tepat, molek pada badan gitu. beads nya pun memang puas hati. takla sakit hati, beli kain memahal, tapi bila dihantar jahit kat tailor tah hapa2, jadikla baju raya edisi siasat. kita nak kene siasat, betul ke baju tu kita punya sebab saiznya larik!
sempat ke akak berbaju raya sakan tahun ni? takkan macam tahun lepas lagi, pakai baju ngundung edisi opis!

No comments: