Nuffnang Ads

Sunday 18 July 2010

finally she's insured!











alhamdulillah, setelah menunggu lama, akhirnya semalam aku dan suami membelikan polisi insuran untuk batrisya. sebenarnya dah lama nak beli, tapi asyik tertangguh sebab kewangan tak stabil. yerla, masa lahir, aku dah hantar surat resign rashid plak masa tu tgh menunggu promotion hotel lama yang main tarik tali nak naikkan postnya.

akhirnya selepas dia blah ke hotel baru dan aku dapat keje kat astro ni, we ol da x mau tungguh2 lagi, terus je belikan. memangla tempat keje ada tanggung kos perubatan keluarga, tapi takat mana la sangat?

lepas ni dah tak payah nak risau sebab batrisya dilindungi prudential itiew. semalam pun akak telah sain untuk polisi diri sendiri. dah ada insuran aig yang abah belikan (opps sampai skang abahku yg bayar ye...eii malu weh!) tapi x mencukupi. tiba masa aku beli polisi yang lebih besar nilai tanggungannya. wah agak parah jugak belanja bulanan...lepas ni dah kene bayar orang gaji lagi. nasib baik la nak ke opis ni tak ada tol bagai...pastu tak banyak asemen luar. boleh la jimat sket kan? (boleh ke?).
untuk baby baru pun aku dah berkira-kira nak belikan insuran, tapi kene tunggu kandungan 5 bulan. lepas bersalin batrisya, rasa amat perlu beli insuran untuk baby baru. macam batrisya, lepas lahir dah kene masuk inkubator, pastu kene fototerapi lagi. kalau ada insuran , ringan la sket, sebab boleh claim.
lepas sain, we ol jalan2 le window shopping. sempat le jelajah mothercare, momours, combi, ngan toys r us tgk2 katil, carseat untuk batrisya. sambil2 tu tanya2 la jugak rege stroller utk baby baru... wah smalam we ol window shopping ala2 rich and famous gitu, walaupon poket nan adoo pitih! x pe, gaya, mutu, keunggulan memang diperlukan...
after window shopping singgah kenny rojes, bukan mak bapak je lapar, anak pun boleh tahan kebulurannya. aku belikan baby bottled food. ceyh, bau dah macam makanan kucing! x sedap!

2 comments:

rynas said...

iskkk akak penah beli makanan dlm botol tu tapi tak penah bg anak makan. cam tak lalu jer makanan org putih tuh baik masak sendiri bubur nasi..
betul Liza insuran itu amat penting akak pun lepas masuk nst terus amik prudential dulu dh amik takaful dah tp rasa cam tak cukup jer. comeinya batrisya...muka rashid da sangat

MummySuri said...

slalu bagi nestle bubur ayam. ari tu cam malas nak bawak mangkuk bagai, tu yang beli jer. eww, x sedap! saya sorang ibu yg malas la, slalu x sempat nak masak bubur...batrisya cam dah muak je makan instant food!
betul la kakak sejak mak saya di diagnosed cancer, rasa kita sangat perlu insuran, nak harap hospital kerajaan, ikut suka dorang je lah kan. nak buat ct scan pon amik masa 2 minggu walhal, patiet dah sah2 sakit teramat.