Nuffnang Ads

Thursday 29 July 2010

persiapan raya

kalau korang selalu baca fesbuk aku, mesti perasan yang lately aku selalu cakap pasal baju raya. ye, memang aku tengah mencari2 tailor yang sesuai nak hantar baju. bila dibilang2 puasa, ada ke lagi yang nak terima tempahan?

jujurnya aku sudah lama tidak menempah baju tradisonal ni. last dulu tahun 2008. ada satu tailor kat kota damansara, budak ni baru bukak kedai, kira baru2 juga belajar menjahit. nak kata tak sedap buatannya, tidak la sangat. tahap ok je. masa arwah mak aku ada dulu, dia yang selalunya siapkan tempahan segala, hantar kat satu makcik ni. tapi biasalah, stakat baju kurung kain biasa tu memang le sedap dipakai. bila bagi kain yang mahal sket, jadik menyesal sebab potongannya tak cantik. inilah dilemma yang selalu aku hadapi, sejak azali lah! over tak statement.

malam tadi aku nekad hantar kain2 yang ada ke teoh, ampang park. aku pernah hantar sekali, masa tempah baju sanding petang kat jb. oklah, walaupun ada kata potongan tu buat aku nampak ala2 kak rosmah gitu...katek dan rendang!. dalam masa 2 minggu siap semuanya termasuk beads yang ala2 je.

bagi yang punya potongan badan ideal, senangla beli siap je, lebih murah berbanding menempah. masalah utama yang akan aku hadapi bila beli siap, lengan berlebih2, kain sendat, dada ketat! kalau baju saiz M memang dah elok terletak, tapi kainnya pulak masalah, x boleh nak bernafas gituh!

kesimpulannya, pejamkan mata je lah bila bayar rege yang dimintak nanti. daripada menyesal seumur hidup kain jadi tah hapa2 baik le kita reda je bayar, asal baju tu boleh dipakai selesa dan berulang2.
bincang2 malam tadi, we ol sepakat (ye ke sepakat? rasanya aku guna kuasa veto) pilih hijau sebab aku dah ada beberapa pasang fabrik warna tu. doa2 le aku dapat beraya ngan baju kurung atau kebaya edisi mak buyung tahun ni yer..hehehe.

hati ni dah x sabar nak beli baju2 raya batrisya, tapi bila fikir gaji bulan lepas sampai skang tak dapat2. mood happy trus hilang! hanjeng tau hr astro, ada ke kata lupa. boley? ko buat apa sampai lupa aku ni staf ko?

mujur dia kata bulan dapat sekaligus! tapi tak seronoklah, dah dekat nak raya, bilanya aku nak menyopping?

No comments: