Nuffnang Ads

Thursday 15 July 2010

korek2 kotak kasut







wah, kelas tajuk entri...macam rancangan korek2 azwan ali dulu2. alkisahnya, malam tadi tah kenapa aku rajin sangat mengeluarkan kasut2 kawen ni. punyalah lama tersimpan dalam kotak, akak pun keluarkan. lagipun nak guna untuk fotosut editorial team minggu depan.
wah, lama tol tak bergambo2 bagai, last dulu masa keje ngan IR, fatosut raya editorial team. semangat lama muncul kembali neh, trus akak pon semangat nak bergaya sakan, maklumlah, baju dah di loan dari jedan. akak pilih kaftan ijo siap ngan beaded bergermerlap. syangnya kene mekap sendiri pulak. haruslah akak tenyeh muka ni ngan warna2 viva da vast gitu...nak blend kan ngan baju ijo.
bila belek2, aiseh, kasut2 ni ada yang dihinggapi cendawan gitu...kalau cendawan besar boleh gak buat makan. sayangnya...haruslah ujung minggu ni membersihkannya.
bila fikir2 balik, rasa rugi pun ada gak beli kasut silver berbatu ngan peep toe nine west itiew. bukan apa, silver berbatu tu beli konon nak pakai masa sanding, tup2 designer dah sediakan kasut sekali. kerana dah beli aku pakai gakla kan. tu sekali tu jelah, adalah 3 jam masa hari sanding. pastu simpan...dah x tau nak pakai pg mana, takkan nak pegi event media pakai, sah2 orang kata reporter over, datang nak wat keje ke nak melaram! hah!!
yang hok peep toe nine west tu, kasut hantaran, rasa rugi plak beli. memang betul kata pepatah, menang membeli, menang memakai. tapi yang aku beli tak menang memakai. dahla regenya mahal (tak sampai 400 pon, mahal woo bagi aku), kualiti ala2 je. dah mula menampakkan tanda2 kulitnya akan tanggal gitu. kasut ni baru sekali gak akak guna, masa sanding siang kat jb. sebab utama tak dipakai sebab terlalu tinggi. jadi nasihat akak kepada adik2 yang akan melangkah ke alam perkahwinan. biarlah melabur untuk beg dan kasut yang betul2 berkualiti sebagai barang hantaran anda...contohnya belilah coach, LV dan seumpanya sekiranya mahukan ketahanan berpanjangan. sekiranya bf anda tu kaya, peluang untuk mendapatkan jenama2 ni memang le cerah...kalau macam akak, memang tidak la. kenela tunggu kot2 astro bermurah hati bagi bonus 5 bulan utk dapatkan benda2 neh. hahaha.
satu lagi nasihat akak, kalau beli kasut hantaran, biarlah ketinggiannya sedang2 je...sebab kalau tinggi sangat, potensi nak digunakan balik amatlah tipis, contoh terbaik akak le. lepas kawen trus ngandung, pastu skang pun ngandung lagi. badan bagai dipam2, memang tak sesuaiiii langsung pakai high heels cam neh!

sekian saja nasihat akak yer...err korang dah tempah baju raya ke blom? help, kalau ada kengkawan yg jahit baju sedap dan murah (bawah 100), silalah beritahu yer...






2 comments:

Anonymous said...

kasut kawen aku mana eh... hahahah ada bawah meja opis

hahahaa

MummySuri said...

motif bawa ke opis??? lain kali frame kan. hahaha